dupavisitometer

Politik Pembangunan / Politik Keinsanan.

Secara kasar dan peribadinya, biarlah kita katakan cara-cara berpolitik yang sedang bergetar dalam negara kita ini, sejak 52 tahun yang lalu, adalah politik pembangunan dan politik keinsanan. Walaupun banyak cara-cara berpolitik yang lain untuk ke puncak kuasa, namun yang dominan di negeri ini adalah politik yang dua ini.
Ada bermacam-macam cara untuk berpolitik. Antaranya, politik peperangan, pecah-perentah, ber-kenegaraan dan ber-kebangsaan. Secara umumnya, cara-cara berpolitik bergantung kepada kumpulan majoriti dan tahap kesepakatan sasaran politik itu sendiri.
Politik keilmuan belum ada lagi. Mahu belajar ilmu politik banyak. Mahu belajar ilmu sepak-terajang politik lagi banyak.
Jika kita ambil negeri kita contohnya, komposisi majoritinya adalah kaum dan kehendak. Keharmonian antara kaum-kaum mestilah selari dengan kehendak-kehendak kaum-kaum tersebut. Ini syaratnya, dan inilah peraturannya. Suka atau tidak, kenalah terima. Kita boleh mempersoalkan hal-hal sampingan, tetapi inilah persoalan-persoalan pokok yang menyelesaikan banyak perkara jika ditangani dengan betul.
Ah, sudah kehabisan masa. Untuk itu, di lain masa, kita bicara lagi.

Gaza Di Palestina / Pengkhianatan / Negara Arab

Dalam letupan, darah, dan airmata Gaza, sukar bagi kita untuk memikirkan:- - Apa lagi yang terdaya oleh kita selain daripada berdoa, menyumbang dan memboikot. - Kenapa Negara Arab tidak berdaya membuat sesuatu yang lebih baik untuk Palestina, - Sekurang-kurangnya melakukan sekadar apa yang kita harapkan? Kenapa? - Kerana kita merasakan Negara Arab itu mampu. - Kalau tidak kerana ketenteraannya, sekurang-kurangnya secara ekonominya dan dengan kekayaan hasil mahsulnya.
Katakan berhujah keranan mereka masih lagi 'lumpuh' dek kerana jatuhnya kerajaan Islam Uthmaniah dulu, hinggakan sampai sekarang pun sukar berdamai dan memilih untuk hidup sendiri-sendiri., dan katakan kita terima hujah tersebut.
Tetapi, mengapa berlanjutan sampai sekarang? - Adakah permusuhan itu terlalu lama dan mempunyai parut yang dalam? - Hilang teruskah jalan untuk mereka bersatu?
Samada Sekular atau Semi-Sekular, pasti Islam yang akan dijunjung. atas nama Islam pun mereka masih berdalih, apa lagi yang boleh kita harapkan mereka dengan pengkhianatan ini?
Mereka sepertinya meminta-minta untuk diturunkan bala kepada diri mereka sendiri.

P36 / Kuala Terengganu / Enemy To My Enemy, Is My Friend

Katakanlah Begini;
Musuh politik UMNO dulu,kini dan janganlah kita harapkan selamanya: PAS Musuh politik UMNO kini (Selepas Pak Lah di takhta kuasa): Tun M Musuh Politik UMNO Dulu, 1998-1999 (Masihkah Kau Ingat?): Anwar Ibrahim.
Musuh Politik PAS dulu,kini dan janganlah kita harapkan selamanya: UMNO Musuh politik PAS kini (Selepas Pak Lah di takhta kuasa): UMNO Musuh Politik PAS Dulu, 1998-1999 (Masihkah Kau Ingat?): UMNO
Jika prinsip 'enemy to my enemy, is my friend' di ambilkira, makanya:-
- PAS is a friend to Anwar Ibrahim and Tun. M. - They have joined the bandwagon. - Current PM only stir-up the mess. - UMNO in some way, manage to create a creeping enemy for themselves. - PAS always have one and steady enemy. - PAS significantly is a strong platform for UMNO new-born enemy. - PAS is the one who always got caught in between, repeatedly. - And, I'm personally hope PAS should know this better.

P36 / Kuala Terengganu / Lagu Lama / Nafas Baru

Apa yang kita fikirkan bila mendengar satu orang/kumpulan yang menggubah lagu lama samada internasional dan tempatan sehingga mereka sanggup memberi nafas baru kepada lagu tersebut? Contohnya apa yang dinamakan gubahan semula, featuring, re-pakej dan remix? antara spektrum persepsinya ialah:-
- Lagu itu merupakan inspirasi dan mempunyai daya pengaruh yang kuat. - Keyakinan akan keupayaan menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada versi asal. - Satu bentuk pernyataan (statement), keinginan (desire), dan perjuangan (struggle) agar lagu lama itu terus relevan. - Jalan pintas untuk mendapat publisiti atau pengenalan (recognition) dalam masa singkat dan memperoleh manfaat daripadanya. - Meraih sokongan baru daripada peminat lama dan baru.
Jika spektrum persepsi ini diambilkira, ada baiknya kita luaskan spektrum ini kepada politikal Propaganda dalam konteks tempatan semasa, yang mana majlis resepsinya kita nanti-nantikan, iaitu Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (Jan 09) . Jika kita luangkan masa untuk meneliti semua ini, pastinya kita akan mendengar lagu-lagu lama ini diputarkan balik dengan nafas baru yang lebih tajam dan agresif, bergantung betapa rapatnya kita dengan berita-berita politik dan sumber berita-berita politik tersebut.
Sebagai contoh mudah dan murah, UMNO nampak gayanya tidak menunggu lama untuk melancarkan album re-pakej mereka, sehingga kadang-kadang lagu-lagu lama PAS pun dimasukkan sekali dalam album tersebut. Dan, ini menimbulkan persoalan adakah PAS juga sedang merancang mendendangkan lagu lama mereka?
Ada baiknya kita mengenal perbezaan jelas dalam istiqomah pilihanraya dan istiqomah perjuangan. Jika kita sedikit terbuka dan sedikit berfikir, barangkali tidak sukar kita membezakan yang mana istiqomah pilihanraya dan mana pula istiqomah perjuangan. Bukanlah bermaksud untuk mengutuk UMNO itu terlalu buruk perlakuannya, cuma strategi mereka boleh diagak (predictable) dan pasti terhidu kepentingan-kepentingan pihak tertentu (yang bakal bertanding Mac 09), dan bukanlah juga bermaksud untuk mengatakan PAS itu terlalu baik, cuma dalam PAS itu ada majlis musyawarrah yang aku fikir pasti memberatkan kepentingan jemaah dari kepentingan peribadi. Wallahu'alam.
Perbezaan pendapat itu biasa, dan kita sepatutnya menerima perbezaan pendapat itu secara sihat dan dengan berlapang dada. Cuma dasar yang menyebabkan kita berbeza pendapat itu yang penting. Samada kita berbeza, berpatah arang dan berkerat rotan demi kepentingan kita sendiri atau untuk semua saudara muslim kita.
Saudara muslim yang aku maksudkan melangkau jauh daripada definisi kaum kerabat siapa, bangsa apa dan sempadan negara mana, iaitu saudara-saudara muslim kita yang mengucap kalimah syahadah seluruhnya.

Tentang Cinta

Cinta. Katanya ikatan kasih sayang. Antara dia dengan si dia yang lain. Katanya perasaan yang itu terpendam. Terlindung dan sukar dimengerti oleh mana yang tidak merasa, jelas dan faham bagi mana yang merasa. Bagi yang tidak merasa, semuanya tak tercapai akal, manakala bagi yang merasa semuanya tepat dan bermakna.

T.Alias Taib mengibaratkan cinta itu api kerinduan yang menyala-nyala didalam hati dan terpancar ke mata. Kehangatannya terasa di mana-mana.

Usman Awang mengibaratkan cinta itu syurga ilusi, yang bisa sahaja terpadam oleh realiti.

P.Ramlee kata cinta itu irama dan lagu, tak terpisah lagi. Bagi yang kesampaian, kebahagiaan terpercik ke merata bahagian. Bagi cinta yang tak kesampaian, yang berkecai-kecai itu tinggal kenangan.

2009

Selamat datang 2009. Pahit manis, turun naik, suka duka 2008, jadikan pengajaran dan iktibar.
Barang yang lepas usah dikenang, jika dikenang merosak jiwa. Setiap jiwa yang aku ketemu sepanjang 365 hari 2008 masihi ini;
Pertemuan berlaku
di penjuru matamu
yang ungu
lalu membiru
Pertemuan berlalu
di penjuru dadaku
yang sayu
lalu terharu
T.Alias Talib Kuala Terengganu, 1974

Chino XL: Krisis Ekonomi Dunia Ini Belum Menampakkan Titik Hentinya Lagi.

kalau kita terjatuh dari tempat yang tinggi, pasti kita dapat menjangka, berapa tinggi kita jatuh, dan bagaimana pula sakit yang akan kita tanggung. Kita akan berfikir, apakah kesannya lepas kita jatuh itu. Dapatkah kita bangun? atau adakah kita akan pulih seperti sediakala. Dari titik kita jatuh terjelepok itu, kita mula mengatur langkah perlahan-lahan. Kalau kita masih boleh berjalan, kita mula menyumpah-nyumpah, mempersoalkan mengapa kita jatuh. Kalau kita cedera berat, kita hanya mampu berdoa bersungguh-sungguh agar pertolongan datang seberapa segera kepada kita.
Begitulah halnya dengan ekonomi dunia ini sekarang, cuma besarkan lagi skalanya. Namun, analoginya sama. Cuma apakah bezanya? Bezanya cuma satu. Kejatuhan ini, belum menampakkan titik hentinya lagi. tiada satu orang pun dalam dunia ini dapat mengagak hingga ke paras mana mata saham-saham utama dunia akan menjunam. Adakah pada 1,000 Mata? Adakah 20%? Adakah 5 Point? Ikutlah perkiraan apapun, yang pastinya ia terus jatuh dan jatuh.
Apakah perlunya titik henti kepada kejatuhan nilai-nilai saham ini? Amat perlu. Kerana dengan adanya titik henti, pasaran modal sudah boleh dikira menstabilkan kejatuhannya. Apabila ia sudah stabil, barulah ia berinteraksi dan berkembang, dan sesungguhnya proses ini amat perlahan dan memakan masa yang panjang. Dalam konteks Malaysia, kejatuhan ringgit tahun 1998 dulu, tahun 2000-2001 baru kita merasa sedikit pulih itupun secara perlahan-lahan. Itulah sifat semulajadi kitaran ekonomi sebenarnya. Namakan ia apapun jua, paten, trend, graf, ataupun petunjuk, ia pasti mengulang proses yang sama. Membelon, pecah berderai dan membelon balik.
Apabila Jepun pun sudah mula mengumumkan bahawa petunjuk ekonominya kearah `recession`, maka ada baiknya kerajaan kita memerah otak bagaimanakah cara terbaik untuk mengurus dana negara. Siapa yang kerap makan duit haram rasuah, berhenti-berhentilah, dan sudah-sudahlah. Siapa yang membazir tidak mengapa, yang melarat nanti kamu sendiri. Yang rasuah ini, menyusahkan orang lain.
untuk rakan-rakan yang baik-baik, yang mencari rezeki yang halal, yang menanggung keluarga, maka suka saya berpesan mengubah gaya hidup dan meneliti perbelanjaan kalian sehari-hari, kerana 2009 menjanjikan cabaran untuk kita yang berpoket `kais pagi makan pagi, kais petang tak makan langsung`ini.
Ini bukan masanya berjimat cermat, kerana berjimat cermat itu efektif apabila kita ada dana dan kehidupan kita sedikit selesa. kalau kita sudah sesak dan terhimpit, berjimat-cermat tiada berguna lagi, lagipun bukahkan tujuan kita berjimat-cermat adalah untuk saat-saat seperti ini? Dan teruslah berbelanja secara berhemah, kerana satu-satunya jalan untuk sesebuah negara keluar dari hambatan krisis ekonomi ini adalah apabila rakyatnya mula berbelanja dengan menggila-babi. Bila ini berlaku, itulah petanda negara itu sudah stabil ekonominya.
Sekian dulu untuk kali ini. Chino XL mohon permisi.

Ringkasan

Salam kepada saudara-saudara, mana yang jauh dimata dan dekat dihati. Awal Ramadhan, Akhir syawal dan kini dah nak masuk Raya Haji , baru berkesempatan menulis. Kini, kelapangan itu sesuatu yang lumayan untuk Chino XL. Kini Chino XL lebih banyak memperuntukkan masa untuk tuntutan tugas yang menggila. Tanpa kerja, manakan pula datangnya sepinggan nasi, walaupun harga beras sudah pun turun 20 sen (ajer??), dan minyak konsumsi petrol pula sudah turun 2.15 sen mulai 1 Nov. Satu lagi tindakan kurang cerdik untuk negara yang penuh dengan orang-orang cerdik.
Berikut adalah ringkasan-ringkasan perihal situasi semasa mengikut pandangan Chino XL :-
(tentunya tanpa prejudis kepada mana-mana pihak, kerana buah fikiran Chino XL ini suci dan murni, sesuai dengan hak Chino XL untuk bersuara dengan bebas, selagi dalam batas agama dan kebudayaan Chino XL sebagai seorang Malaysian, sekian, terima kasih.)
Institusi kewangan global kini sudah dilanda 'tsunami' (Alan Greenspan-former IMF chairman). krisis ini secara spesifiknya adalah krisis kredit, ataupun krisis hutang. Bermula dengan 'sub-prime hits', kemudian melarat kepada 'fund managers' yang terlibat dalan belian secara spekulatif dalam pasaran-pasaran komoditi dunia (Baca: Minyak) yang mengalami kerugian demi kerugian (Untuk tempoh Julai - Sept 08) yang mana nilai serapan risikonya melebihi $750 Billion.
Sebagai pemberi dana, pastilah agensi-agensi kredit terbesar dunia (yang berpangkalan di USA) yang terlebih dulu menerima kesannya (Lehmann dan AIG). Oleh kerana kejatuhan sistem kewangan ini begitu signifikan dan mengancam ekonomi (baca: pusingan wang domestik) bandar-bandar niaga dunia (London, New York, dan Tokyo), maka satu kesatuan untuk dipersetujui untuk menyuntik dana (a.k.a Bailout plan) telah diumumkan oleh USA, Britain dan Jepun. Pada ketika ini juga, Tun M telah menyindir secara sinis IMF dan negara besar yang terlibat akan langkah ini, atau dalam kata mudahnya, Tun seakan berkata, "dulu aku kencing berdiri korang kata tak boleh, sekarang korang kencing berlari boleh pulak?".
Kesan kemudiannya melarat, dengan indikasi kejatuhan indeks mata saham-saham dunia, dan secara spesifiknya rantau Asia. Akhirnya, kemudahan kredit telah diketatkan (Credit Crunch). baik sebagai 'Net Exporter' mahupun 'Net Importer' semuanya terlibat. Exporter tidak boleh menjual, dan Importer tidak boleh membeli kerana kekurangan modal dan kekangan kredit. Bagaimana dengan Malaysia? Pasti menerima kesan juga, kerana dua hasil pendapatan utama negara iaitu Petroleum dan Sawit terkena juga secara 'direct hit'. Petrol dunia jatuh dari $ 140 per barrel kepada $ 70 per barrel. Dan sawit jatuh dari RM 4,000 per metrik tan kepada RM 1600 metric tan. Kata Tun M, ada baiknya kerajaan sekarang memulakan langkah proaktif menjana pendapatan dari lain-lain industri seperti pelancongan dan hartanah (Baca: Rumah) untuk menggalakkan kecairan dalam aliran tunai negara.
Ramai penganalisis ekonomi berpendapat belon ekonomi dunia sudah terpecah, dan sekarang dalam fasa untuk stabil dan seterusnya berkembang balik. Layaknya, ini adalah satu pusingan, dan ada baiknya kita kembali menilai kisah Nabi Yunus yang mengingatkan pemerintah pada waktu itu untuk bersedia, kerana akan datang 7 tahun kemarau selepas 7 tahun musim yang subur.
Menarik bukan? tidak mengapalah, sekian dulu untuk sekarang. Nanti kita berjumpa lagi. Chino XL.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...