dupavisitometer

P36 / Kuala Terengganu / Lagu Lama / Nafas Baru

Apa yang kita fikirkan bila mendengar satu orang/kumpulan yang menggubah lagu lama samada internasional dan tempatan sehingga mereka sanggup memberi nafas baru kepada lagu tersebut? Contohnya apa yang dinamakan gubahan semula, featuring, re-pakej dan remix? antara spektrum persepsinya ialah:-
- Lagu itu merupakan inspirasi dan mempunyai daya pengaruh yang kuat. - Keyakinan akan keupayaan menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada versi asal. - Satu bentuk pernyataan (statement), keinginan (desire), dan perjuangan (struggle) agar lagu lama itu terus relevan. - Jalan pintas untuk mendapat publisiti atau pengenalan (recognition) dalam masa singkat dan memperoleh manfaat daripadanya. - Meraih sokongan baru daripada peminat lama dan baru.
Jika spektrum persepsi ini diambilkira, ada baiknya kita luaskan spektrum ini kepada politikal Propaganda dalam konteks tempatan semasa, yang mana majlis resepsinya kita nanti-nantikan, iaitu Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (Jan 09) . Jika kita luangkan masa untuk meneliti semua ini, pastinya kita akan mendengar lagu-lagu lama ini diputarkan balik dengan nafas baru yang lebih tajam dan agresif, bergantung betapa rapatnya kita dengan berita-berita politik dan sumber berita-berita politik tersebut.
Sebagai contoh mudah dan murah, UMNO nampak gayanya tidak menunggu lama untuk melancarkan album re-pakej mereka, sehingga kadang-kadang lagu-lagu lama PAS pun dimasukkan sekali dalam album tersebut. Dan, ini menimbulkan persoalan adakah PAS juga sedang merancang mendendangkan lagu lama mereka?
Ada baiknya kita mengenal perbezaan jelas dalam istiqomah pilihanraya dan istiqomah perjuangan. Jika kita sedikit terbuka dan sedikit berfikir, barangkali tidak sukar kita membezakan yang mana istiqomah pilihanraya dan mana pula istiqomah perjuangan. Bukanlah bermaksud untuk mengutuk UMNO itu terlalu buruk perlakuannya, cuma strategi mereka boleh diagak (predictable) dan pasti terhidu kepentingan-kepentingan pihak tertentu (yang bakal bertanding Mac 09), dan bukanlah juga bermaksud untuk mengatakan PAS itu terlalu baik, cuma dalam PAS itu ada majlis musyawarrah yang aku fikir pasti memberatkan kepentingan jemaah dari kepentingan peribadi. Wallahu'alam.
Perbezaan pendapat itu biasa, dan kita sepatutnya menerima perbezaan pendapat itu secara sihat dan dengan berlapang dada. Cuma dasar yang menyebabkan kita berbeza pendapat itu yang penting. Samada kita berbeza, berpatah arang dan berkerat rotan demi kepentingan kita sendiri atau untuk semua saudara muslim kita.
Saudara muslim yang aku maksudkan melangkau jauh daripada definisi kaum kerabat siapa, bangsa apa dan sempadan negara mana, iaitu saudara-saudara muslim kita yang mengucap kalimah syahadah seluruhnya.

4 comments:

Anonymous said...

lama giler aku tnngu kau update blog ni..............

Unknown said...

Yup, sorry bro...aku busy tahap gaban la..
Biasa la, harga sawit naik aku sibuk, harga sawit turun lagi la aku sibuk..

Anonymous said...

Liiii!!! sempoi blog ni....

Riyadh

Unknown said...

Riyadh..

Thanks and welcome, bro.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...