dupavisitometer

Siaran Parlimen

Salam.
Aku ada masalah dengan visual siaran langsung parlimen Malaysia. kenapa nampak 'old-school' dan tersangat rendah teknologi-nya.
Channel @15 Astro lagi baik, dan lagi 'real-time'. Parlimen tempat kita menilai dan memberi markah kepada KPI wakil-wakil rakyat kita. Kalau wakil yang dipilih, duduk diam, tidur, menerawang, selalu lepak kantin, maka makan elaun butakah dia?
Dengar dulu bangunan Parlimen sudah di-upgrade RM 1 billion lebih. Kenapa tak 'up-grade' sistem siaran langsung itu sekali? Tak percaya? Sila tengok siaran langsung belanjawan 2010 esok petang.
Salam.

SPRM

Salam.

SPRM hari ini dikejutkan apabila pakar forensik Thailand, Dr. Porntip (Porn?) Rojanasunan mengatakan kematian TBH 80% disebabkan oleh "pre-fall injuries or homicide, rather than suicide".

Dan mengikut laporan The Edge, keluarga TBH melalui peguam belanya Govind Deo menimbangkan kemungkinan untuk menggali semula kubur TBH untuk post-moterm kali kedua. Kasihan SPRM. Baru nampak nak selesai, tiba-tiba ada u-turn.

Dan keluarga TBH pula, sungguh-sungguh benar mencari keadilan untuk TBH. Mungkin benar kata orang, setiap 'keadilan' itu adaharganya.

Moga-moga jadi pengajaran kepada SPRM. Setakat siasat salah-guna kuasa, salah-guna peruntukan, rasuah, janganlah sampai fizikal. Dan jangan pula buat pendakwaan terpilih.

Dalam kes TBH Lwn SPRM ini, apa yang dibicarakan? Punca kematian TBH ke atau Pendakwaan terpilih SPRM?

Salam.

'Dosa' Yang Berat Adalah 'Dosa' Melompat

BH 20/10/2009: Hasrat Ibrahim Ali sertai Umno akan dikaji: TPM Salam.
Siapa yang tak kenal Ibrahim Ali? Orang yang galak benar 'lompat-lompat' parti. Ibrahim Ali di zaman UITM-nya adalah pemimpin gerakan pelajar yang lantang. Namun, dia masuk UMNO dan dek kerana krisis Mahathir-Ku Li dia masuk S46, PRU13 dia bertanding sebagai calon bebas atas tiket PAS setelah digugurkan dari UMNO baru. Dan, berita diatas adalah berita basi.
UMNO pusat nampaknya menyambut keinginan Ibrahim Ali, sekali lagi. terpengaruh benar Ibrahim Ali dengan desas-desus perubahan yang dilaung-laungkan UMNO. Apa boleh buat, bagimana seseorang itu menjalani hidupnya tidaklah dapat kita campurtangan, hanya sekadar melayan sakit hati dan rasa menyampah. Selain itu, apa yang boleh dibuat lagi.
Yang berbeza, perspektif kita masing-masing. Jika secara harfiahnya, Pak Lah juga punya 'dosa' 'lompat-lompat' parti UMNO. begitu juga dengan Shahrir Samad dan Shabeery Chik. Namun, macam Isa Samad juga, dosa 'melompat' mereka sudah dibersihkan oleh UMNO.
Yang berpatah arang, berkerat rotan dengan UMNO setakat hari ini hanya Anwar Ibrahim. Mungkinkah Anwar, pada satu masa yang dizinkan, akan kembali ke pangkuan UMNO?
Salam.

Hari-Hari Tanpa Pergolakan Politik

Salam.
Sabtu & Ahad yang lepas amat menyenangkan. Nyaman. Sebab apa? sebab tiada berita politik. Ini di TV. Suratkhabar Utusan Melayu, sudah bertukar menjadi risalah parti, hanya layak untuk edaran dalaman. Apa punya tauke suratkhabar, terhutang budi apa yang sampai begitu sekali beritanya. Naik hijau mata. Namun tiada apa-apa untuk pembangunan agama, bangsa dan negara secara umum. Umum dengan maksud bukan hanya tersekat di kalangan orang UMNO, tetapi juga masyarakat Malaysia terbanyak.
Ada saudara-saudara dengar berita-berita yang bermanfaat untuk saudara minggu lepas?
Yang kencang, angin perubahan kononnya. Ini idea dalam tempurung. Katak semua dah keluar, tapi idea masih dalam tempurung. Sejak perpecahan Mahathir - Ku Li, UMNO secara dasarnya sentiasa dirundung badai perpecahan. Itu tandanya konsep perjuangan dan pegangan nilai dalam perjuangan sudah bercampur kepentingan peribadi. Dan, sedih untuk mengakuinya, dalam UMNO sekarang, kepentingan peribadi itulah matlamat. Rata-rata ahlinya tahu dan sedar, namun, mereka memilih untuk menjadi lalang.
Apa yang berlaku diluar sana, tidak diambil peduli langsung. Pada hari mereka bersidang, kadar pengangguran US menurun, dan ekonomi US masih merangkak naik. Jepun umum belum keluar dari kemelesatan. IMF kata, pembaikan ekonomi Eropa stabil, mungkin tempoh pulihnya lebih lama dari yang dijangkakan, iaitu pada lewat 2011. Palestine membentang pendakwaan jenayah perang di PBB, namun Israel laknatullah menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan Israel terkena serang juga.Pada hari mereka bersidang juga, matawang US jatuh merudum, dan emas juga jatuh takuk demi takuk.
Bilamana ekonomi menjadi fokus majoriti kerajaan dalam dunia ini, namun kerajaan Malaysia lebih seronok bercakap-cakap perihal lawak jenaka dan mengembalikan maruah dan berubah. Kita dipandang tinggi di dunia ini bila kita punya harta banyak. Dalam agama bila kita bertaqwa.
Kita sekarang, tidak juara dalam kedua-duanya, dan lebih teruk tidak berusaha kearah itu. Salam.

Kata - Kata Munafik

Salam.
Seperti biasa, bila kita berkumpul ramai-ramai, kita akan rasa seronok, megah dan cenderung untuk berlagak. tocang sama-sama naik. Tambah-tambah pula bila kita dalam 'mood' kemenangan, menang main bola contohnya. Ambil contoh Maradona, jurulatih skuad kebangsaan Argentina. Sejurus sahaja menang, dia tidak menuggu lama untuk memulangkan buah keras kepada media.
Disini juga, kita berkumpul ramai-ramai, pakai baju Melayu ramai-ramai, dan meraikan kemenangan ramai-ramai. Berjemaah. Bila berkumpul kita sering diperangkap sikap 'naik tocang. Tambah-tambah bila kita sudah 'menang'.
Kita akan suka bercakap, hu ha sana, hu ha sini. Dan kita cenderung untuk berkata-kata sebagai orang munafik. Dan lebih berat, ada pula munafik yang lain pegi sokong si munafik yang cakap tadi.
Orang yang mengkhianati janji adalah salah-satu ciri-ciri orang munafik. ini menurut Imam Ali R.A. berapa banyak janji kita, orang Melayu yang telah dikhianati oleh 'Parti Keramat' ini?
Tepuk dada tanya selera. Anwar yang dituduh banyak rasuah, Isa Samad, Ali Rustam pula yang kena gantung rasuah politik.

The Life

The Life / Present and Future / Now and forever
April. N. Counting

Malaysia PM failing to win back voters - Reuters

* Malaysia PM to set voting reforms in main ruling party * Concerns over corruption in UMNO remain * Political risk to remain elevated beyond next election * Malaysia struggles to win investment despite PM's reforms By David Chance KUALA LUMPUR, Oct 8 (Reuters) - Malaysian Prime Minister Najib Razak heads into his party's annual meeting next week promising reforms to stem corruption in a bid to reignite the waning appeal of a government that has ruled for 52 years.
Najib is also hoping for victory on Sunday in a safe state seat to stem a series of by-election losses his governing coalition has suffered since last year's poll debacle, in which it stumbled to record losses in national and state polls. The United Malays National Organisation (UMNO) will applaud Najib if a former Cabinet minister, sacked in 2004 for buying votes, wins the seat -- before they turn their attention to party reforms aimed at eliminating the kind of "money politics" and corruption that has long tainted UMNO's image.
Corruption has seen a generation of young Malays desert UMNO, the party of their parents, in favour of the Pan Malaysian Islamic Party (PAS), which promotes both an Islamic state and a strong anti-graft stance in this ethnically mixed Southeast Asian nation of 27 million people. Although Najib, who has enacted economic reforms to boost foreign investment, initially saw a spike in his approval ratings to 65 percent in July from 42 percent before he took office in April, those numbers haven't held up.
A poll by the independent Merdeka Center published on Friday showed Najib's rating had fallen to 56 percent in September and there are few signs younger voters are now embracing UMNO. "Now that another Malay party (PAS) is in power, they (UMNO) seem to be sabotaging them, creating all sort of problems," said Yusuff Ismail, a 35-year old sales clerk in northwestern Kedah state, one of the four states to fall to the opposition in 2008. "This divides the Malays more," Yusuff said. "More people will vote for PAS because at least we know they are cleaner." While Najib's economic reforms have chipped away at a three-decade old affirmative action programme that gives Malays, 55 percent of the population, preferences in company ownership, government contracts, education and housing, tough areas have not yet been touched. The government has recently been hit by a multi-billion dollar corruption scandal over the construction of a free trade zone in the country's biggest port. Critics have charged it has been covered up. "What worries me is that Najib worries there could be more (corruption) incidents in UMNO. Then it will be a problem he can't control," said a senior UMNO official who leads one of the party's 191 divisions, the frontline units of Malaysia's biggest mass political party. WEAKENED COALITION PARTNERS Najib also faces huge problems rebuilding UMNO's coalition allies who also lost heavily in the 2008 elections. The Malaysian Chinese Association, the second biggest government party, is mired in a leadership battle that will climax at a special party meeting this weekend. The Malaysian Indian Congress has just been through a leadership fight and shows few signs it is reconnecting with its voters after being annihilated in the 2008 elections. Ethnic Chinese account for around 25 percent of the population and ethnic Indians around 8 percent. Najib has sought to defuse racial tensions by launching a racially inclusive campaign called "1Malaysia", dismissed by critics as little more than a branding exercise. "The strategy is to pledge a yet unsubstantiated programme of '1Malaysia' while on the ground running campaigns based on the outdated model of race and money," Welsh said. The UMNO division leader does not see much chance the National Front will fare any better at the 2013 general election than it did in 2008, raising the prospect of a prolonged period of political uncertainty that will further unnerve investors. "I foresee there will not be a change of government, but it will not be a strong vote for both sides and that is bad for the country," he said. (Additional reporting by Razak Ahmad and Niluksi Koswanage; Editing by Bill Tarrant) ((david.chance@thomsonreuters.com; +603 2333 8033; Reuters messaging david.chance.reuters.com@reuters.net; bureau email areuters@gmail.com)) Keywords: MALAYSIA POLITICS/

Isa Samad: 'Hero' N9

Salam.
Akhirnya, Isa Samad, disebalik riuh-rendah, dan segala pro-cons yang dia bukan calon ADUN Bagan Pinang, dinamakan juga sebagai calon PRK Bagan Pinan. Tun M sepatutnya, menutup mulut. TPM & PM akhirnya tidak mampu untuk mengambil risiko diboikot dari dalam. Ali Rustam pun nampak bersemangat. Mungkin, lepas ini giliran dia pula.
Isa, berpeluang buat 'comebacks' macam Chua Soi Lek. Namun, Isa adalah calon yang punya isu. Isu yang sudah dibersihkan oleh UMNO. Ahmad Maslan yang kata Isa sudah dibersihkan. Oleh UMNO barangkali ya. Orang awam, Ahmad maslan kena banyak fikir dan cari maklumat lagi. Tetapi, memang perangai Ahmad Maslan cakap ikut suka kepala bana.
PAS, laluannya nampak sukar. Isa calon popular. Isa lama jadi MB. Isa mesra rakyat. Isa calon yang dalam bikinan buat 'comebacks'. Bagan Pinang bagi Isa, segala-galanya. Bagi UMNO pun segala-galanya, dan PAS juga segala-galanya. Mereka punya rancangan, dan kita tahu rancangan siapa yang akan terhasil.
PKR sekarang suka jadi kacau daun. Bagan Pinang nak kacau, Pulau Pinang nak kacau. Walau Isa Samad punya isu-isu nasional, percayalah, Hassan Ali juga yang kena bantai. UMNO kena banyak terima kasih pada Hassan Ali. Dan juga Yusmadi.
Aku rasa Isa menang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...