dupavisitometer

Isa Samad: 'Hero' N9

Salam.
Akhirnya, Isa Samad, disebalik riuh-rendah, dan segala pro-cons yang dia bukan calon ADUN Bagan Pinang, dinamakan juga sebagai calon PRK Bagan Pinan. Tun M sepatutnya, menutup mulut. TPM & PM akhirnya tidak mampu untuk mengambil risiko diboikot dari dalam. Ali Rustam pun nampak bersemangat. Mungkin, lepas ini giliran dia pula.
Isa, berpeluang buat 'comebacks' macam Chua Soi Lek. Namun, Isa adalah calon yang punya isu. Isu yang sudah dibersihkan oleh UMNO. Ahmad Maslan yang kata Isa sudah dibersihkan. Oleh UMNO barangkali ya. Orang awam, Ahmad maslan kena banyak fikir dan cari maklumat lagi. Tetapi, memang perangai Ahmad Maslan cakap ikut suka kepala bana.
PAS, laluannya nampak sukar. Isa calon popular. Isa lama jadi MB. Isa mesra rakyat. Isa calon yang dalam bikinan buat 'comebacks'. Bagan Pinang bagi Isa, segala-galanya. Bagi UMNO pun segala-galanya, dan PAS juga segala-galanya. Mereka punya rancangan, dan kita tahu rancangan siapa yang akan terhasil.
PKR sekarang suka jadi kacau daun. Bagan Pinang nak kacau, Pulau Pinang nak kacau. Walau Isa Samad punya isu-isu nasional, percayalah, Hassan Ali juga yang kena bantai. UMNO kena banyak terima kasih pada Hassan Ali. Dan juga Yusmadi.
Aku rasa Isa menang.

1 comment:

besi said...

tahniah....ya lee



isa mmg popular
ramalan aku...
undi BN meningkat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...