dupavisitometer

Shooter & Pistols

Guan Eng mendedahkan, zahrain keluar PKR kerana kecewa dipinggirkan daripada bida padang golf. Zahrain sejak itu menjadi inside pressure kepada kerajaan p.pinang. Ada udang disebalik batu. Tuntut dan buat bising disini, tapi yang hendaknya disana.
zahrain adalah bekas pemimpin UMNO p.pinang. Jadi, taktik politiknya tidak boleh lari jauh dari style UMNO. Paksa sana, rupa-rupanya yang betul-betul kena paksa disini.
Dan, kejadian zahrain juga mengesahkan persepsi kita selama ini.
Seseorang itu sanggup berbuat apa sahaja dalam politik. termasuklah merebut kembali jawatan yang melambangkan kuasa, mempertahankannya, dan mengekalkannya. Nampaknya, samada zahrain dapat untung dengan tekannannya, atau dia adalah batu kecil yang memulakan riak yang bakal menjadi gelombang kepada kebangkitan atau kemusnahan UMNO...sama-samalah kita tunggu.
Politik adalah orang yang menembak, manakala wang adalah pistolnya.

Makcik-Makcik Van Raya Cina 2010

Jika ada yang lalu di jalan lama shah alam - sg.buloh, sepanjang jalan kg. melayu subang, akan terperasan sebuah stesen minyak petronas disebelah kanan menghala ke sg.buloh. disitulah aku bertemu dengan 3 orang makcik separuh umur, yang berhenti mengisi minyak van mereka sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja, pada hari orang lain sudah mula bercuti raya cina 2010.
Disitu ada ATM, dan di ruang ATM itulah aku menegur sapa kerana perasaan hatiku telah diselubungi simpati yang teramat sangat. Seperti biasa, aku memulakan perbualan tanpa pengenalan, hanya menghulurkan bantuan, dek kerana makcik yang ku kira hampir baya dengan ibuku, kesulitan menggunakan ATM.
Dalam perempuan separuh baya dan berpakaian kusam itu terkebil-kebil, aku membantu. Pendek cerita, dia dapat mengeluarkan wang belanjanya hari ini, kemudian dipanggilnya 2 orang lagi kawannya yang mempunyai masalah yang sama. Dan aku membantu.
Mereka hampir sebaya, kalau berbeza pun hanya 3-4 tahun sahaja. mereka ibu tunggal yang punya tanggungan. Yang pertama 4 orang, yang kedua 6 orang, dan yang ketiga 5 orang. Suami mereka semuanya sudah meninggal dunia, dan meninggalkan mereka dengan permasalahan dunia.
Sebelum ini, semua urusan diuruskan suami-suami mereka, dan mereka hanya fokus kepada urusan rumahtangga. itulah layaknya isteri solehah. dunia mereka hanylah tertumpu dirumah, dan urusan-urusan luar hanya dilayan oleh suami. apabila suami mereka meninggal dunia, urusan itu terbeban dibahu mereka tanpa pilihan. Mereka berkerja cleaner, mencari rezeki lebih sempena cuti panjang.
sepanjang cerita mereka itu, demi ALLAH aku mebayangkan ibuku dikalangan mereka. mengenangkan itu, sedihlah hati tidak tertahan lagi. tidak dapat ku bayangkan ibuku merunduk malang yang sebegitu.
Dan aku jadi bersyukur dengan rezeki dan kemudahan yang ku peroleh kini. Alhamdullillah.

Diana


If you ever want something badly, let it go. If it comes back to you,
then its yours forever. If it doesnt, then it was never yours to begin with
- demi moore / indecent proposal / 1993
.

Indecent Proposal


Indecent proposal. ini kisah cinta american. apabila ianya american, kita boleh menduga apa bentuk cinta yang dipersembahkan. cinta yang tiada pedoman, hanya berserah kepada hawa nafsu. namun, bukan itu yang membuatkan filem ini benar. yang membenarkannya adalah perihal moral, kesetiaan dan kemaafan.

apakah harganya seorang isteri? mungkin tidak ternilai. dalam cerita ini, si isteri berharga USD 1 juta. Dan, duit dalam cerita ini tidak peernah membahgiakan. duit hanya menyediakan keseronokan dan romance yang artificial dan palsu.
apabila desakan dan nilai-nilai moral bertentang, konflik dalaman yang tercetus bukan alang-alang. Suspicious, ragu-ragu dan untrustworthy feeling mendominasi si isteri dan apatah lagi si suami. threat untuk si suami juga bukan alang-alang, John gage, seorang womanizer yang multimillionaire. John Gage juga hebat diranjang. ranjangnya pula diatas bot, puncak romantisme yang hanya boleh diangankan oleh isteri-isteri yang terperangkap dalam duniawi average.
konflik ini berpanjangan, menghancurkan kepercayaan dan kesetiaan yang dibina kononya atas cita dan cinta yang sejati. akhirnya si isteri menjadi bosan dengan kecurigaan yang berpanjangan, dan si suami hancur jiwanya dengan resah perbandingan kekurangan dirinya dengan pesaingnya.
akhirnya, cita dan cinta itu berkecai jua. apabila berkecai, realiti mengambil tempat. dan sebaik manapun fantasi tidakkan dapat menongkah realiti. Realiti akhirnya menaut kembali kasih yang berkecai, menyusun keping-kepingan dan mengukuhnya kembali.
Perasaan yang halus itu tidak dapat dilihat, hanya dapat dirasai dengan mendalam.
begitulah kisahnya.

Lagu Lama

Jika kita mengatakan hanya ada siaran retro di sinar fm, maka kita salah. Kita ada lagi 2 retro yang sedang didendangkan untuk santapan akal, hawwa mata dan hawwa telinga kita.
Kerajaan perpaduan PAS-UMNO dan retro sodomi pasca 1998-99. Selain perbuatan liwat, sodom juga adalah sebuah 'band' trash metal dari German.
jika kita pernah bersetuju dengan hujah politik UMNO-PAS-PKR, kita seharusnya setuju dengan kebejatan moral yang didedahkan dalam siaran media perdana tanahair berkaitan perbicaraan sodomi ini. Ianya tidak berfaedah, untuk semua peringkat umur rakyat Malaysia. Apakah tujuannya dan apakah faedahnya?
Kita tidak boleh lari dari beranggapan ianya akan memberi untung kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Jika benar pun tuduhan itu, DSAI dan Saiful sudah termalu. Jika tidak benar pun, Saiful dan DSAI termalu juga.
adakah kita ingin menyampaikan mesej yang 'its ok' untuk memalukan orang hingga ke mahkamah?
Dan, retro PAS-UMNO? Dulu mereka tidak pernah ingin. Sekarang semakin ingin-ingin? Adakah UMNO sudah membesarkan buah dada? atau PAS sudah menjadi jejaka jutawan?
Jika ia menjadi kenyataan, melayu pasti bersatu dan parti melayu memang prinsip perjuangannya hangat-hangat tahi ayam.

Saya Tidak Perlu Apologetik

“saya tidak perlu apologetik kerana apa yang saya buat adalah untuk kepentingan negara, dibuat berdasarkan maklumat yang saya mempunyai akses sedangkan orang lain tidak ada.” - King Ghaz (1922-2010)
Digeruni, disegani dan berkesan - UM 31/01/2010 oleh Chamil Wariya

Perbicaraan Dalam Perbicaraan Tahun 2010


Hari ini Ketua De Facto PKR, DSAI masuk mahkamah atas pertuduhan dan perbicaraan liwat kali ke-2. Yang pertama di era 1998-99. Dan perbicaraan itu menjadi satu sejarah kelabu dalam siri politikal sadis tanah melayu.
Sedang mahkamah membicarakan DSAI, masyarakat pada waktu itu turut juga menjalankan perbicaraan masing-masing dengan cara mereka sendiri. Kerana rakyat berupaya melakukan perbicaraan mereka sendiri, maka banyak persoalan yang timbul. apabila banyak soalan, pasti memerlukan jawapan. Dan jawapan hanya akan dapat dengan berfikir. Dan masyarakat pada masa itu sudah mula berfikir.
Hari ini perbicaraan dalam perbicaraan sedang berlangsung.
Untuk pembenci, DSAI adalah anak melayu paling barhak yang pernah ada. Pengkhianat, perasuah seks, peliwat, penindas, anjing amerika, gila kuasa dan opportunis.
Untuk penyokong, walau apapun jua DSAI itu, dia adalah putera terbaik bangsa.
Terserahlah wahai saudara, perbicaraan sedang berlangsung, dan ianya akan terus berlangsung untuk 1000 tahun lagi.

Jenis Manusia Macam Ini Pun Ada?


(Gambar Ihsan BH)
Dalam laporan Dakwa Jadi Hamba Seks (BH 01/02/2010), membuatkan kita terfikir, macam ini punya kesah masyarakat pun ada? dan, lanjutnya, kita akan bertanya pula, jenis manusia macam ini pun ada?
Dan, laporan-laporan begini jika kita letakkan sebagai penanda aras akan mutu keperibadian, akhlak dan pegangan agama Islam masyarakat seluruhnya, hendaklah kita mengucap panjang dan beristighfar banyak-banyak beserta dengan kebimbangan dengan sungguh-sungguh bimbang.
Mangsa dan pemangsa telah bergelomang dosa selama 10 tahun.
Permasalahan sosial yang berkait rapat dengan akhlak, keperibadian dan kelembutan jiwa seperti inilah yang harus diperjuangkan oleh orang-orang Melayu dan parti-parti yang menaungi mereka.
Bukannya perlumbaan ke puncak kuasa dan cubaan untuk kekal berkuasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...