dupavisitometer

Kurang Minat

keinginan untuk menulis kurang. perlu menumpukan pada sesuatu yang lebih penting. mungkin yang terbaik dan terberat setakat ini. mohon dipermudahkan jalan. salam.

Kemelesetan Ekonomi Berganda

Malaysia mungkin akan berdepan dengan kemelesetan ekonomi berganda. itu komen Tun M yang baru pulang dari Uk baru-baru ini. katanya lagi, kerajaan malaysia pada ketika ini telah melakukan langkah-langkah perlu untuk menangani krisis ini, namun ianya (kemelesetan ekonomi berganda) adalah sesuatu yang diluar kawalan dan sukar diramalkan.
Tun M juga, sedikit masa dulu memberikan komentar masalah ekonomi USA pada adalah terlalu besar untuk Obama dan juga untuk PM Najib pada masa kedua-duanya dilantik ke puncak kuasa.
dan, realitinya, kemelesetan ekonomi dunia ini bukanlah dibawah kawalan sesiapa di dunia ini. yang ada hanya ketidakseimbangan. terlalu sedikit negara memiliki terlalu banyak kekayaan, dan negara yang terlalu miskin memiliki terlalu banyak hutang. ekonomi global tidak boleh dikawal, namun, ianya boleh dimanipulasi. manipulasi ini mengakibatkan orang menanggung hutang nyata dengan pendapatan yang tidak nyata. dan itulah yang dilakukan pak man telo internasional, sepeti skim madoff yang menawarkan tidak lain tidak bukan hutang yang nyata, namun pulangan hangus.
jika kita seorang peniaga, dan kita berniaga dalam pasaran yang berisiko, mungkin kita melakukan apa yang terdaya dalam kawalan kita untuk menarik pelanggan untuk membeli barangan jualan kita, termasuklah menganalisis pesaing, upgrade mutu barang jualan, tawarkan diskaun dan insentif belian, kurangkan kos (tarik subsidi) dan apa yang terdaya untuk memastikan setiap jualan ada untung.
Namun, jika pelanggan tidak datang membeli barang jualan kita walaupun ditawarkan dengan pakej terbaik, kerana mereka terlalu miskin dan terlalu berkira-kira, apakah yang dapat kita lakukan? bolehkah kita mengawal dan menyuruh orang membeli barangan kita?
mungkin boleh, tetapi pada harga pembeli, bukan harga kita. kadang-kadang, mungkin harga beliannya dibawah harga kos kita, dan akhirnya kita berniaga dalam rugi. dan selama manakah kita boleh menggung kerugian?
itulah hubungkait rakan dagang dan kuasa pasaran. dan, bayangkan peniaga itu adalah malaysia.
15416

Jambatan Bengkok Lagi

tidak semena-mena, jambatan bengkok kembali panas. idea asal oleh Tun M ini, yang dibatalkan pada pemerintahan Pak Lah dan kini ditimbangkan semula oleh pentadbiran Najib kembali bergema dengan kenyataan terbaru nazri aziz yang mana keputusan kerajaan kekal dalam pembatalan jambatan bengkok yang menghubungkan Malaysia-Singapura.
realitinya, Singapura yang memerlukan Malaysia, dan seharusnya Singapuralah yang beria-ia untuk berkehendakkan jambatan baru, dan bukan sebaliknya.
namun, mungkin kita tidak berfikir sejauh Tun M. mungkin ada galang ganti dan keuntungan yang bakal disemarakkan, khasnya untuk pelabuhan tanjung pelepas. perlu diingatkan, perdagangan melalui Singapura dilindungi oleh US dan UK, dimana para pengeksport akan menikmati kadar potongan cukai antarabangsa sekiranya barangan eksport daripada pelabuhan singapura.
Inilah kekuatan singapura sebagai negara dagang (trading country), yang banyak beza dengan malaysia selaku negara pengeluar (producing country). sekiranya Malaysia menikmati perlindungan cukai antarabangsa, pastilah kita berupaya untuk mengeksport barangan hasilan dalam negeri dengan lebih murah, kerana pegangan kos masih dalam kawalan malaysia.
berbeza dengan singapura yang mengeksport barangan siap. mudah kira, kita menjual harga kilang, sedangkan singapura menjual harga runcit.
namun, pembinaan jambatan bengkok ini juga akan menyemarakkan dagangan terus singapura-thailand untuk barangan-barangan harian perlu seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. kelebihan nilai matawang singapura secara mudahnya akan menyerap kos penghantaran thailand - singapura.
Begitulah delima jambatan bengkok ini. satu perkara yang membebankan dari mula usaha pembinaannya hinggalah siap, jika diteruskan.
15384

invictus


francois (sebut: frensua) pienaar, kapten springboks, dalam filem semi-dokumentari 'invictus' memikirkan bagaimana seseorang yang dipenjarakan selama 30 tahun mampu memaafkan ketidakadilan yang dilakukan terhadapnya.
seseorang itu adalah pejuang penentangan dasar apartheid, nelson mandela.
filem ini dikembangkan dengan penuh berhati-hati. penuturan dialog-dialog 'sensitif' perkauman secara ajaibnya tidak melambangkan sifat rasis, sebaliknya menjelma perasaan simpati kepada pimpinan dan rakyat negara baru iaitu Afrika selatan yang menginginkan perpaduan.
Nelson mandela melihat springboks lebih penting dari sekadar sukan ragbi. ianya adalah peluang untuk seluruh rakyat afrika selatan bersatu dibawah paksi perjuangan dan bendera kebangsaan yang satu.
one game, one nation.
filem ini baik. filem ini toleran, dan filem ini memberi definisi tepat apa yang dikatakan pemimpin dan kepimpinan. (leader and leadership).
filem ini sekitar piala dunia ragbi 1995, dimana afrika selatan selaku tuan rumah yang underdog telah menjuarai kejuaraan ini dengan mengalahkan all blacks.
Filem ini telah diangkat daripada buku tulisan John Carlin yang bertajuk "Playing The Enemy: Nelson Mandela And The Game That Made The Nation"
Mandela berpendapat, seorang pemimpin itu, dalam apa keadaan pun perlu sentiasa mempunyai inspirasi dan sumber kekuatan. Baginya, caranya dengan mengambil kekuatan melalui pembacaan puisi. dan antara puisi-puisi yang diulang baca adalah karya William Ernest Henley (1849- 1903) yang bertajuk invictus :-
Out of the night that covers me,

Black as the pit from pole to pole,
I thank whatever gods may be
For my unconquerable soul.

In the fell clutch of circumstance

I have not winced nor cried aloud.
Under the bludgeonings of chance
My head is bloody, but unbowed.

Beyond this place of wrath and tears

Looms but the Horror of the shade,
And yet the menace of the years
Finds and shall find me unafraid.

It matters not how strait the gate,

How charged with punishments the scroll,
I am the master of my fate:
I am the captain of my soul
15364

Antara Politik PKR, Assunta Dan LCCT

Perkumpulan tagan-tagan PKR selangor minggu lepas, memberi gambaran ada sesuatu yang sedang berlaku diantara MB, khalid ibrahim dan mungkin Azmin Ali. akhirnya, ketua PKR selangor milik Azmin, dan pemerintahan autonomi selangor berpecah kepada 3 bahagian, iaitu tadbir urus ekonomi negeri (Anwar), tadbir urus awam (khalid), dan tadbir urus politik (Azmin), mengikut kata khir toyo.

Dan, setakat ini, pimpinan PKR yang berselisih dengan Azmin ali selalunya akan tewas dan tersungkur hina diluar parti PKR.

zaman UMNO dulu, ketua penerangan adalah juga MB yang selalunya menjaga hal-ehwal kewangan dan tanah negeri.

Sekarang, zaman PKR semuanya diasingkan. Ada cross-checking, kata khalid ibrahim. mana yang lebih baik? ideanya sama macam pemerintahan kapitalis lawan pemerintahan komunis, mungkin.

Tidak kisahlah pecah berapa pun, tetapi inilah bentuk politik yang mengecewakan rata-rata orang melayu. dulu berkumpul-kumpul orang melayu dalam UMNO, berpecah belah sebab ada kepentingan politik. Kemudiannya, apabila mood orang melayu sudah yakin PKR dan komponen-komponen lain PR umumnya boleh menjadi alternatif kepada UMNO, pimpinannya berpecah lagi dengan isu unity government dan terbaru, tadbir urus negeri selangor.

Pokok pangkalnya, orang melayu ini, pemimpinnya selalu benar berpecah-pecah. apabila dalam poitik sahaja kita sudah nampak pecah, jangan harap kita, orang-orang melayu akan bersatu padu dan saling sokong-menyokong dalam ekonomi dan hal-hal lain.

ada masa, sila-silalah buka mata apa yang berlaku di Hospital assunta, P.J, LCCT sepang. cuba lihat siapa yang menyokong siapa.

Maradona : Perjalanan Mencipta Keajaiban

maradona.
hingga ke hari ini, orang masih mendebatkan antara pele dan maradona, siapakah pemain tebaik dunia. kedua-duanya agung di persada bolasepak kelab dan piala dunia. keajaiban kedua-duanya sebagai seorang pemain, memukau dan mengagumkan.
namun, edisi piala dunia 2010, maradona datang sebagai seorang peneraju. dan ujian peringkat kumpulan berjaya dilalui dengan jaya, walaupun tidak terlepas dengan kritikan. dalam situasi bolasepak hari ini, asalkan menang sudah baik. corak permainan kira perkara yang kedua. pertamanya menang.
Mungkin sebab maradona, atau mungkin juga sebab messi, argentina umpama hidangan lazat untuk edisi kali ini. dan, argentina juga sebelumnya muncul sebagai salah sebuah pasukan pilihan edisi kali ini dan sehingga setakat ini telah membuktikan statusnya itu.
Cuma, jika ditakdirkan argentina muncul juara piala dunia edisi kali ini, dimanakah letak duduk maradona dalam masyarakat argentina selepas itu. maradona sudah mencapai taraf lagenda hidup bolasepak argentina. apakah yang boleh seorang manusia didewa-dewakan lagi, selepas dia didewa-dewakan sebagai seorang lagenda?
adakah kejayaan maradona itu nanti membenarkan teori-teori bolasepak masa kini yang mana percaturan pengurus itu lebih menyerlah dari keupayaan pemain di tengah padang?
sama-samalah kita tunggu.

Prioriti

Inilah masalah politik tanah melayu ini. mereka cenderung membetulkan kesan dari merawat punca. sibuk membetulkan sisi yang kurang penting dari menjuruskan penyelesaian kepada masalah asasi yang dihadapi.
sekiranya sudah berfikir-fikir hilang sokongan, yang dibetulkan adalah bagaimana caranya nak mendapatkan kembali sokongan, bukannya membetulkan punca sokongan itu boleh hilang. bagai membaiki rumah condong, yang beria-ia dibetulkan dinding dan tingkap, sedangkan yang betul-betul perlu diubah dan dibetulkan adalah pasak dan tiang rumah.
Contohnya; keinginan kuat berjudi itu yang patut diselesaikan, bukannya judi 'underground' dilesenkan.
Contohnya; keinginan kuat berkhalwat itu yang diselesaikan, bukannya menambah kakitangan jais buat serbuan.
Contohnya, keinginan kuat menyuap dan makan rasuah itu yang diselesaikan, bukannya menambah kakitangan SPRM.
contohnya, subsidi penuhkan segmen pendidikan melalui biasiswa, bukannya pinjaman dan membelanjakan duit pada tempat-tempat seperti istana, horse endurance tournament, lumba moonsoon, dan parlimen baru. barulah modal insan jurutera pembina istana, pelumba kuda professional dan skipper kapal layar yang agung, dan ahli parlimen yang berpelajaran dan sensitif dapat dilahirkan.

Ulama Masuk Parti

diberitakan akan ada ulama umum masuk parti. satu berita yang menarik. kerana dua sebab; pertamanya disebabkan oleh ulama itu sendiri, dan keduanya parti yang akan dikatakan akan disertainya. memang menarik. parti sudah umum. ulama tersebut, sehingga entry ini ditulis, belum ada kata muktamad. macam kerajaan sekarang, semuanya tidak muktamad.
parti tersebut sudah bermain politik psikologi. umum dulu. kalau jadi masuk bonus. kalau tak jadi masuk, entah apa bentuk press statement yang akan keluar nanti, kita sama-sama tunggu. kalau jadi masuk, satu political gain kepada parti. untung besar. imej akan naik, sokongan boleh diraih, banyak isu boleh pertahan. presiden pun sudah isytihar, ini masanya kita sama-sama berusaha menolak dakyah palsu membuta tuli.
Ulama itu pun bukan calang-calang orangnya. dia seorang strategis. sudah mula turun naik mahkamah. lawan institusi. muncul di sini, tetapi angin pula bertiup ke sana. semua orang berteka-teka. sebagai seorang ulama, yang memilih wadah perjuangan kepartian, apatah lagi dengan memilih parti yang itu, sekali lagi, adalah satu perkembangan lanskap politik tanahair yang memang menarik.
masing-masing punya strategi.sama-sama kita tunggu juma'at ini. doa siapa yang makbul.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...