hingga ke hari ini, orang masih mendebatkan antara pele dan maradona, siapakah pemain tebaik dunia. kedua-duanya agung di persada bolasepak kelab dan piala dunia. keajaiban kedua-duanya sebagai seorang pemain, memukau dan mengagumkan.
namun, edisi piala dunia 2010, maradona datang sebagai seorang peneraju. dan ujian peringkat kumpulan berjaya dilalui dengan jaya, walaupun tidak terlepas dengan kritikan. dalam situasi bolasepak hari ini, asalkan menang sudah baik. corak permainan kira perkara yang kedua. pertamanya menang.
Mungkin sebab maradona, atau mungkin juga sebab messi, argentina umpama hidangan lazat untuk edisi kali ini. dan, argentina juga sebelumnya muncul sebagai salah sebuah pasukan pilihan edisi kali ini dan sehingga setakat ini telah membuktikan statusnya itu.
Cuma, jika ditakdirkan argentina muncul juara piala dunia edisi kali ini, dimanakah letak duduk maradona dalam masyarakat argentina selepas itu. maradona sudah mencapai taraf lagenda hidup bolasepak argentina. apakah yang boleh seorang manusia didewa-dewakan lagi, selepas dia didewa-dewakan sebagai seorang lagenda?
adakah kejayaan maradona itu nanti membenarkan teori-teori bolasepak masa kini yang mana percaturan pengurus itu lebih menyerlah dari keupayaan pemain di tengah padang?
sama-samalah kita tunggu.
No comments:
Post a Comment