Kempen Ijok bermula panas. Baling sana, rejam sini. Ada menteri kena botol air. Alahai, baru botol mineral, kecoh bagai nak gila. PKR memburu kuasa, BN mempertahankan kuasa. Calon PKR bukan sebarang orang. Calon BN orang biasa. Seperti biasa, pembangkang sibuk mempertikai dan mempersoal, manakala pemerintah sibuk menjawab dan mempertahan. Lagunya sama, politik pembangunan sebelah kanan, dan politik keadilan sebelah kiri. Yang kanan membangun jasad, yang kiri membangun semangat. Penyokongnya kuat.
Penyokong kanan memikir ganjaran (sudah-sudah la mengaku berjuang untuk bangsa dan generasi depan, semua orang tahu kamu mencongak ganjaran) Yang kiri memikir perubahan dan kejatuhan.(perubahan sesuatu yang berat, mungkin tidak terpikul oleh kamu. Kejatuhan pula sesuatu yang sedikit ringan, sebab memenuh tanggungjawab pihak yang dijatuhkan itu sudah sedia berat)
Demokrasi, ianya satu seni. Seni merebut kuasa, seni mempertahan kuasa, seni membangun negara, seni menjulang maruah bangsa. Demokrasi tunangannya majoriti. Jangan diperkosa kehendak majoriti dengan rasuah, salah guna kuasa dan politk benci-membenci sebab dalam kisah benar ini, demokrasi sumpah tidak akan mengahwini majoriti yang tidak lagi dara, dimana demokrasi akan merana sepanjang hayatnya, mengimpikan segala yang terlepas, manakala majoriti akan terus disetubuh secara haram tanpa rela, sebab majoriti kini kerjanya melacur dan dilacurkan.
dupavisitometer
MATEMATIKA HIDUP
Ada seorang guru matematik. Seorang professor. Buat kerja pro-bono. Kerja sampai malam. Namanya Mr. Escalante. Hodoh, bergigi jongang, berpenyakit jantung dan diwatakkan lembap. Itu fizikal. Personanya jauh lebih cemerlang. Gigih, bijak, relevan, berani, diktaktor dan yakin. Yakin pada kekurangan, yakin pada masalah, yakin pada usaha dan yakin pada jalan penyelesaian.
Kekurangan pada fikiran Escalante akan mewujudkan masalah, masalah sentiasa menuntut usaha, dan usaha sentiasa membuahkan hasil dan selesaian.
Mengajar di sekolah bermasalah, anak-anak peribumi Chicano, yang berpeluang untuk belajar, dalam keadaan yang serba kekurangan. Serabut dengan masalah perkauman, dadah, kongsi gelap baju petak, kemiskinan, sifat malas, dan paling memuncak ialah bodoh dan dianggap bodoh.
Sekolah tinggi ini cacat jasmani dan rohaninya. Jasmaninya kurang guru, kurang duit, kurang meja, kerusi, dan kurang kemudahan. Roh dan jiwanya dipenuhi oleh guru-guru yang prejudis kepada usaha kebaikan, tidak komited, berkira dalam bekerja, dan menerima keterpaksaan sebagai satu keterpaksaan, bukannya tanggungjawab.
Escalante berjuang sesama muridnya yang dungu, dan berjuang dengan sesama rakan kerja yang dua kali ganda dungu. Bila seseorang yang berkuasa untuk merubah, tetapi memilih untuk tidak merubah, itu satu tingkat dungu yang tertinggi bagi Escalante. Lalu gelanggang pun di buka.
Escalante hadir dan mempersembahkan magis Matematik. Disiplin selesaiannya ringkas dan tidak ortodok. Contoh-contohnya relevan, dan di tangan escalante, Matematik adalah nombor yang bukan nombor, masalah yang bukan masalah, dan selesaian yang bukan selesaian. Yang ada hanya usaha dan kepuasan. Penglihatan murid yang dulu buta matematik (dan dengan kebutaan ini mereka menjadi takut) dibuka oleh Escalante seluas-luasnya.
Semuanya lulus dengan cemerlang. Semuanya mempunyai skor yang sama, dan salah disoalan yang sama. Escalante gembira, anak muridnya apatah lagi. Berhasillah sudah usaha mereka, setimpal dengan pengorbanan. Tapi ada pihak yang curiga, hingga mencadangkan siasatan dilakukan kerana dikhuatiri ada peniruan, curang ketika menjawab soalan.
Tersentak dengan semua ini, dan dinafikan hak, Escalante bangun menetang. Katanya, jika ini keputusan ini dari sekolah yang elit dan murid-murid ini tidak bernama sepanyol dan tidak tinggal di ghetto, kesudahannya pasti lain. Kes ini berunsur perkauman.
Lalu Escalante ditempelak oleh pegawai penyiasat, perkauman hanya terjadi bila minoriti sentiasa menerima curiga majoriti, dan majoriti sentiasa curiga dengan minoriti. Kami tidak mencurigai kamu, dan kamu menerima kecurigaan yang entah dari mana. Kami hanya menjalankan tugas, mengambil kira semua kemungkinan.
Buntu. Dengan kebuntuan ini, tiada siapa yang mengalah. Lalu, dicadangkan ulang periksa dalam masa 24 jam.
Malam sebelum peperiksaan, malam yang penuh dengan kerisauan, penentuan dan ketegangan, antara hasil dan pengiktirafan, ada anak muridnya bertanya, kamu takut kami gagal esok? Escalante menjawab, Tidak, kegagalan esok bukan kekhuatiran aku, aku khuatir kamu gagal di sepanjang hidup.

MEDIUM
Ust. Hasrizal (UH) dan Faisal Tehrani (FT). Antara dua bloggers yang menonjol dalam penulisan tentang Islam (aku rajin merayau disini). Pengetahuan yang dibawa, informatif, komunikatif dan segar. Walaupun bentuk info tentang Islamnya segera, tapi bermakna untuk aku berfikir, mencari dan secara halus mendorong aku untuk mendalamkan pengetahuan aku tentang Islam.
Kedua-duanya dikurniakan bakat dalam mencari dan memahami ilmu, dan bakat untuk menulis.
Siapa yang rapat dengan karya-karya FT akan tahu letak kekuatannya. Walau guru, rakan komunitinya insan-insan ternama dalam dunia sastera , FT berjaya muncul dalam bentuk dan gayanya penulisannya yang ampuh, tulen dan memikat. T. Alias Taib ada melontarkan ideanya tentang perihal bakat untuk menulis dalam sajaknya bertajuk Bakat (Antologi “Opera”, Cetakan 1988), dan FT ternyata lulus (bagi aku) dalam perihalan-perihalan itu.
Penulisan UH sesuai dengan cabang pengajiannya. Tulisannya tentang dunia dan pengetahuan Islam, walaupun hanya sekadar berkongsi pengetahuan dan cerita hidup persekitaran, ianya munasabah. Isunya relevan, rujukannya kukuh, seruannya tepat. Gaya tulisannya lurus dan telus dari pengamatan, dan pengalamannya sehari-hari.
Hargai bakat-bakat ini. Dan beberapa kerat yang lain. Rare talent. Bakat mereka ini ganjil-ganjilan. Ya, banyak orang lain yang tahu pasal Islam, dalam ilmunya tujuh lautan, tapi tak tulis blog. Tidak berjumpa medium komunikasi yang tepat. Kalau setakat ceramah, perlu terima hakikat orang muda sekarang majoritinya kurang kunjung masjid, sebab kerjanya banyak, selalu lalai, alpa, dan bertangguh-tangguh, tapi sangat istiqamah ke tempat-tempat yang ustaz kita kata dulu, tempat yang lagha (sia-sia).
Pilihan konsertnya tiap-tiap minggu, tiada cukup secara live di dewan-dewan dan di padang-padang bandaran, dibawa masuk ke dalam satelit dan memancar ke kaca-kaca TV rumah, TV-TV kedai mamak dan kedai-kedai tomyam yang berhampiran. Tayangan filem antarabangsa dan tempatan, tiap-tiap minggu bersilih-ganti yang baru. Majalah Popular picisannya, penuh cerita dalam dan luar kain artis yang memandulkan daya kritisnya hari demi hari. Majalah Ilmiahnya pula amatlah mahal dan eksklusif, yang mana harganya serta-merta menjadikannya bakhil.
Disebabkan buta bahasa arab, lalu jauhlah ia dari kitab-kitab agung warisan ulama hadis dan cabang-cabang ilmu Islam yang lain. Terjemahan kitab-kitab ini pula, bila dicari, sudahlah sukar, sikit pula bilangannya. Kalau ada pun, terjemahannya dalam tulisan jawi, dan gaya bahasanya yang kadang-kadang telor Indonesia, dan kadang-kadang telor gujerat, mematikan nafsu pembacaannya dengan sekali cantas.
Lalu dia menyalahkan perterjemah-penterjemah melayu 50 tahun belakang, sebab tidak berusaha menterjemah kitab-kitab ini. Apakah mereka ini dulu, yang berkemampuan ini, tidur?. Orang muda ini prejudis dengan terjemahan penulis barat, kerana terjemahannya ditakuti menyeleweng, manalah tahu ini usaha sesat pihak-pihak orientalis dan liberalis.
Ini antaranya adalah realiti. Jangan kita berselindung lagi. Telanjangkan kesukaan kita. Telanjangkan kelemahan kita. Ada orang kata, tumpukan pada kekuatan. Tipu. Kalau kelemahannya ketara lebih, dan kekuatannya hanya secebis, dikerjakan kekuatan itu lumat-lumat pun, pasti tidak berhasil. (-15 + 7), jawapannya tetap negatif 8, bukan? Kecuali ada kekuatan dalaman. Ada kekuatan batin. Ada kesedaran, dan ada keizinan maha kuasa.
Kita sampai bila-bila pun tidakkan dapat mengubah dunia dan cara dunia berfikir. Kita hanya boleh mengubah diri sendiri dan cara kita berfikir. Jangan fikir kita ini melukut, sebab kita antara nukleus pada sel-sel yang membentuk masyarakat dunia.
Jika kita seorang diktaktor, punya senjata nuklear yang boleh mengubah dunia, dan dunia seluruhnya hampir tunduk kepada kita, bangunlah dan beristighfar, sesungguhnya kita sedang mengalami mimpi ngeri.
PEMIMPIN, PIMPINAN DAN AMANAH
Kempen pilihanraya Kecil Machap hampir ke kemuncak. Bakal menyusul, Ijok. Di Ijok, ada yang sudah turun padang. Ini maknanya fokus, fokus dalam usaha mengekalkan kuasa. Melayu tidak masuk buku, sebab usaha kini tertumpu kepada kaum monoriti. Agaknya, sebab itu tiada isu-isu kaum Melayu yang meletup di muka akhbar perdana. Angin pilihanraya umum (PU), reda seketika. Machap dan Ijok, barangkali medan terbaik menguji keberkesanan strategi dan propaganda. Propagandis-propagandis, baik pemerintah mahupun pembangkang kini, agaknya jarang-jarang tidur lena. Analisis yang itu, cerakin yang ini, ulas yang sana, rumus yang sini. Kalau ikut kata legenda luncai, biarkan, biarkan, biarkan.
From the people, By the people, For the people. Ungkapan paling popular untuk menjelaskan konsep asas demokrasi. Rakyat memilih pemerintah, pemerintah membentuk kerajaan, dan kerajaan laksanakan tanggungjawab. Jika ada yang tidak betul dan tidak terlaksana, rakyat ada hak untuk bangun dan bertanya; Kenapa? Ini Roh demokrasi, dan ini dilindungi dalam perlembagaan, dan dalam konteks Malaysia, perlembagaan kita itu mempunyai nilai duniawi dan legitasi yang tertinggi.
Bila ada tanggungjawab, hadir sama adalah amanah. Semua wakil-wakil rakyat, baik yang berfotfolio ataupun tidak, adalah pemegang amanah tingkat komuniti ke atas. Itu sesuatu yang berat, penuh risiko dan mempunyai senarai auditasi yang panjang.
Amanah, mahupun amanat ini, pernah disentuh oleh HAMKA, antara lain tulisnya:
Tanggungjawab menegakkan masyarakat dengan segala cabang-cabangnya, dinamai Amanah. Amanah adalah amat berat sekali, sehingga Allah S.W.T memberikan perlambangan (Simbolik) betapa beratnya perihal Amanah itu melalui firmannya dalam Al-Quran (Surah Al-Ahzab; Ayat 72)
“Telah Kami tawarkan Amanah itu kepada ketujuh langit dan bumi, dan bukit-bukit, maka semuanya berat memikulnya dan semuanya memohon diri. Lalu dipikul oleh manusia”
(Di petik dari buku Islam: Revolusi ideologi & Keadilan Sosial; M/surat 301 & 302)
Perihal Pemimpin. Apa takrif pemimpin? Apa yang melayakkan seseorang itu untuk memimpin? Adakah dia dibentuk? Atau dilahirkan? Jika dibentuk, wujudkah metodologi yang tertentu untuk melahirkan pemimpin? Jika dilahirkan, perlukah kepada bahan makanan dan baka-baka keturunan yang tertentu? Hingga kini, persoalan ini dibiarkan kabur, dan tiada siapa yang berani memberikan kata akhir.
Pemimpin yang sudah tergoda dengan dugaan duit, harta dan nafsu. Pemimpin yang sudah terlepas dari saf pimpinannya hingga puak yang memilihnya dipinggirkan secara sedar. Malah, dipilih-pilih pula diantara puak yang memilihnya. Dan pemimpin yang memikul amanah dengan seringan-ringan pikulan, maka, sudah terbatallah kelayakkan sang pemimpin untuk memimpin
dari segi keagamaan, kenegaraan dan kemasyarakatan.
Setidak-tidaknya itulah yang dapat aku fikir dan putuskan.
REVOLUSI
Selalu kejadian manusia yang diberi tuhan kelebihan daripada saudaranya sesama manusia, memegang kekuasaan di dalam negeri. Setelah telapaknya teguh di dalam memegang kekuasaan itu, dia melakukan kezaliman dan sewenang-wenangnya di atas bumi Allah. Dia menghimpit menindas sesama manusia dan menumpahkan darah. Maka berusahalah golongan yang tertindas tadi melepaskan diri dari himpitan ini.
Usaha melepaskan diri ini kadang-kadang memakan masa yang lama, berpuluh-puluh tahun. Mulanya penindasan itu diterima saja dengan sabar oleh penduduk. Dipandang sebagai suatu takdir atau azab Allah yang tidak dapat dielakkan. Kerana penindasan itu tiada tertahan lagi, maka timbullah seorang manusia yang berani menyatakan fikirannya dan mencela tiap-tiap perbuatan yang tiada adil, atau hendak meminta perubahan yang baru.
Maka sangat murkalah pihak pemerintah kepadanya, dia dituduh hendak mengembangkan kekuasaan, hendak mengacau aturan yang telah lazim, hendak mengubah adat lama pusaka usang. Bukan sahaja pihak yang berkuasa amat marah kepadanya, rakyat yang hendak ditolong itu sendiri, rakyat yang hendak dilepaskan dari belenggu, menuduhnya pula sebagai pengacau, pengganggu keamanan.
Kadang-kadang pengubah itu dibunuh oleh bangsanya sendiri, atau lari dari tempat tinggalnya, kerana tiada tahan kena cela dan maki. Kadang-kadang pula dia difitnah “perkakas bangsa asing”, “menerima wang suap”, bahkan kadang-kadang teman-temannya sendiri menuduhnya pengecut kalau dia bersikap kendur, atau “Diktator” kalau dia keras, atau disuruh “undur” kalau dilihat kurang dari kekuatan lawan.
Tetapi, fikiran yang dikeluarkan oleh orang yang pertama tadi, tidak dapat ditahan lagi. Dalam masyarakat ia mula tumbuh, kian lama kian subur, walau bagaimanapun jua hambatannya.
Pekerjaan orang yang pertama belumlah sempurna, nanti ada orang yang kedua menambah dan memupuk fikiran itu, datang yang ketiga, keempat dan seterusnya, sehingga mulai goyang batu sendi susunan lama, dan seterusnya membentuk sendi pendirian baru yang teguh dalam masyarakat. Akhirnya, tibalah aksi serentak.
Tak ubahnya rupanya dengan air yang mengalir dari puncak bukit, lalu terhambat pada suatu tempat oleh suatu empangan. Mana air yang dahulu datang, berhenti dulu di muka empangan itu, menunggu temannya dan mengumpul kekuatan serentak. Setelah genap bilangannya, ditekanlah bersama-sama empangan itu, yang dimuka mendesak empangan, yang dibelakang tidak mahu undur lagi, sekaligus, dalam sorak-sorai yang riuh rendah, empangan tadi terjatuh hancur, atau tersingkir ke tepi, atau terbawa hanyut.
Maka esok pagi, kelihatanlah yang lama telah rompak, banyak batang dan pohon tumbang. Kadang-kadang ada orang yang turut hanyut, tidak tersua bangkainya lagi. Maka dari mulai hari besoknya itu dimulailah menyusun dan membangun yang baru.
Usaha melepaskan diri sampai berhasil menumbangkan satu kekuasaan yang menindas, dinamai REVOLUSI. Revolusi sosial adalah perjuangan di dalam negeri mencapai masyarakat yang lebih adil.
Prof. Hamka
(Ditulis sekitar 1945 – 1950)
Petikan dari bahagian Pendahuluan
Judul Buku: Islam: Revolusi Ideologi dan Keadilan Sosial
Pustaka Dini, Cetakan Pertama 2006
Himpunan Buku Asal:
“Revolusi Agama”, “Falsafah Ideologi Islam” Dan “Keadilan Sosial Dalam Islam”

FRAGMEN ITU LALU DAN AKU LEPAS
Sepanjang Mac 07, banyak jemputan Walimatulurus. Aku dengan rendah hatinya memohon maaf sebab gagal hadir. Ini yang aku kesalkan. Aku boleh pohon segalanya, aku boleh rancangkan semuanya, tapi bila berkaitan MASA, aku sentiasa dipihak yang kalah.
Seberang sana tanggungjawab, seberang sini persahabatan dan persaudaraan. Aku bukan bersilat alasan, dan jika aku mampu, aku 99% akan hadir meraikan kalian.
Kepada Joker (yang langsung di kuala Kangsar), Apoi (yang langsung di Lumut) dan rafHannuddin (yang langsung di Pontian), Tahniah sebab sudah bertemu jodoh dan moga kekal ke anak, cucu, cicit dan moga dilimpahkan kurniaNYA, rahmahNYA dan barkahNYA pada kalian.
Ini juga doa pada kawan-kawan yang dulu langsung (Yang sudah mempunyai waris juga!). Kepada kawan – kawan yang dalam pencarian, perancangan mahupun yang tidak pernah merancang apa-apa, percayalah jodoh kalian sudah ada. Hanya masanya sahaja belum tiba.
Subscribe to:
Posts (Atom)