dupavisitometer

Telefon Bimbit

Telefon bimbit. Handphone. Mobile. Kawan-kawan aku, yang aku kenal, hampir semuanya dah ada handphone maju. Macam-macam rupa. Jenis. Pelbagai. Dwi/tri-fungsi. Ada orang bagitau, handfon sekarang dah macam nyawa. Kekasih. Kelangsungan dan penyeri hidup. Maklumat. Wujud. (Bila ada handphone, baru engkau wujud dalam dunia, baru kewujudan engkau dirasai dalam talian) Pendek cerita, ceritanya begini. Pada satu ketika, dalam urusan kerja diluar waktu kerja, aku kena buat satu keputusan penting. Macam biasa,aku kena kumpul maklumat sebelum beri kata putus. Aku minta info dari "responded party". Dan, punya lama aku tunggu, info tak dapat-dapat. Aku jadi angin.Aku telefon balik. Tanya mana info tu. Kenapa engkau tak telefon balik. Aku marah. Bila dia jawab, aku terpukul. Aku tak boleh salahkan dia. Dia jujur. Katanya, 'saya dah e-mail ke No. fon encik tadi. Encik tak dapat ke? Takkan saya nak terang satu-satu. 3 pages semuanya tu encik...' dengan nada bersalah. Itulah ketikanya, itulah saatnya, aku buat keputusan. Aku kena upgrade handphone aku. Nanti boleh baca email.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...