dupavisitometer

Kalau Lantik Pun Salah, Tak Lantik Pun Salah, Maka Sampai Ke Anak Cucu Kita Nantilah Masalah Kepimpinan Ini Jawabnya Tidak Selesai.

  1. Apa yang terjadi di Thailand? Thailand ketika ini yang amatlah rusuh, kerana tindakan penyokong pro-Thaksin menuntut Abhisit untuk turun takhta dan diadakan pilihanraya semula. Tuntuan ini ada betulnya. Jika melalui proses demokrasi tulen, Thaksin telah menang dan berhak ke atas kerajaan Thailand. Namun, isu rasuah yang membelenggu dirinya dan kroni-kroninya itu telah juga menjadi kubur politiknya.
  2. Setelah mengepung lapangan Terbang, maka pemerintah tunduk dan menyerahkan kuasa kepada Abhisit melalui lantikan. Sekarang, sudah dua kali lima jadi sepuluh. sekarang giliran pro-Thaksin pula yang menjadi kumpulan pendesak. Kalau jatuh Abhisit, jalan-jalan raya di Thailand pasti penuh dengan baju kuning. Jatuh kuning, jalan-jalan raya penuh pula dengan baju merah. Kalau begini apakah yang akan terjadi kepada Thailand?
  3. Dalam konteks Malaysia, selepas pengumuman anggota kabinet yang lalu, akhbar ternama 'berita Harian' yang baru-baru ini menobatkan nabil sebagai artis paling popular yang mana telah meminta maaf kununnya dek kerana terlalu gembira telah terpeluk aweknya, irma, iaitu ex-gfriend kepada farid kamil telah melaporkan MIC telah memberi kata dua akan meninggalkan BN jika YB-YBnya yang menag tidak diberikan jawatan kanan dalam kabinet.
  4. Jika tuntutan ini dilayan, apakah ada komponen-komponen BN lain yang bakal membuat tuntutan yang sama. Dan jika tidak dilantik, adakah benar MIC akan meninggalkan BN? MIC perlu buat post-moterm dahulu akan perihal kekalahannya dalam PRU 12 yang lalu, kemudian baru berani buat tuntutan. Janganlah bersikap bodoh tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut.
  5. Jadi, sementelah lantik pun salah, tidak dilantik pun salah, maka bagaimanakah urusan-urusan kenegaraan yang penting, ekonomi dan khidmat awam contohnya akan dipersembahkan dengan sebaik mungkin jika dalam hal lantik-melantik ini pun kita saling mengeraskan kepala masing-masing?
  6. itu belum dikira kes-kes mahkamah yang bakal membicarakan hal siapayang dilantik, siapa yang tidak di lantik, dan lantikan siapa pulak yang sah, yang sedang berlangsung di Mahkamah kini. Yang mana Ni? Tu, yang di Perak tu apa cerita? Cukupkah dengan hanya dengan melihat, membaca dan bersembang-sembang sahaja?

3 comments:

besi said...

indonesia...mula2 macam tue juga...namun hasil keterbukaan...menyebabkan rakyat mereka tidak lagi suka merusuh...
semuanya berjalan macam biasa...

thailand...? mereka semua tahu...tapi masing2 buat tak tau..
sbbnya rakyat tiada keje...nak wat apa lagi...merusuh je la.....

vairus said...

kat thailand akan selesai jika raja thailand masuk campor.tue sebab taksin sembah raja thailand agar raja buat keputusan.sekarang nie dalam UMNO n BN pon dah tegang setegang di Batang Ai.kalau benar UMNO ikhlas perjuang Melayu kenapa tak di letakkan sahaja semua menteri dan tim menteri orang melayu sebab MIC MCA dan Gerakan kalah teruk dalam pilihan raya yang lepas.UMNo sembang boleh ler laung idup Melayu sebab dia tahu melayu yang ader dalam UMNO semua kaki jilat ampu lebih kerja O

vairus said...

amboi sahabat meresa jugak hang g india.berlatar belakang taj mahal pulak.tue mmg blog aku menulis biler takder outstation.berjaya juga sahabat sahabat aku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...