dupavisitometer

Perang Mulut, Mulut Busuk, Hati Apatah Lagi.

Sekarang musim bercakap, bercakap, dan bercakap. bercakap pasal apa? bercakap pasal perubahan, bercakap pasal sokongan, bercakap pasal pilihlah aku, bercakap pasal dosa si anu yang itu, dosa si anu yang ini. Sebab itu antara sifat-sifat mahmudah itu adalah kurang bercakap. Kurang cakap, kurang dosa, kurang cakap, kurang hati yang terluka. Moga dapatlah kita mengesan, mulut-mulut yang bercakap itu tidaklah hatinya pun turut sama busuk, lagi membusukkan. Kalau tidak bercakap mahu buat apa? mem-blog banyak-banyak, ber-sms banyak-banyak. Kalau duit banyaklah. Kalau tidak simpan sahaja dalam hati, mana tau yang hendak dicakapkan itu aib orang. Dalam Islam tiada rahsia, tetapi Islam mengajar kita untuk merahsiakan beberapa perkara dan biarlah diadilkan sendiri oleh Yang Maha Adil. Kita selamanya tidakkan layak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...