dupavisitometer

Harga Petrol, Gula Elektrik 2010

satu sms masuk. katanya " agak-agak ko, berapa minyak naik". satu topik menarik.
pertamanya, bila akan naik? suku kedua mac 2010. maknanya 15hb keatas. terkini, keputusannya telah ditangguh kerana mekanisme subsidinya masih dalam perancangan dan pemeringkatan akhir. Tujuannya, agar nilai subsidi hanya benar-benar dinikmati oleh rakyat malaysia, bukannya melimpah kepada ekspatriat dan pekerja-pekerja asing.
Mekanisme pemulangan subsidi melalui road-tax sebelum ini gagal apabila harga minyak dunia yang terjebak dalam urusniaga spekulatif bertenang dan jatuh ke paras 60 dollar per barrel. Dan keseluruhan ekonomi eropa dan US merudum mulai sept 2008 dan berkecai-kecai hingga ke hari ini. Greece dan Sepanyol kini mengundang MIF untuk menyelamatkan ekonominya yang hampir bankrupt.
kadar petrol paling maksima boleh naik setakat 20 sen. Ron 95 perlu maksimum 2.00 per liter. Ron 97 dalam 2.20.
Untuk tahun ini, apakah kenaikan bersih yang ditanggung oleh kita dan masyarakat peniaga? kenaikan bersih maknanya gula, elektrik, dan petrol. isi rumah boleh menyerap kenaikan ini. namun industri (peniaga) tidak boleh menyerap kenaikan ini. kerana ini adalah kos. jadi, besar kemungkinan peniaga akan menurunkan kenaikan ini kepada isi rumah.
Akhirnya, isi rumah akan menanggung penuh kenaikan ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...