dupavisitometer

Ramadhan Dalam Kenangan

sepanjang menjalani bulan Ramadhan (aku memanggilnya bulan puasa), yang selalu timbul dalam fikiran adalah kenangan-kenangan manis. contohnya, semasa kecil dan bersekolah rendah di tanah tumpah darah-ku, kg. rambai tujuh, kuala kangsar.
pada ketika itu, dalam darjah 3, jarang-jarang sekali tinggal puasa, sebab takutkan terlepas juadah yang amat 'mari' yang dibelikan oleh pakcik-pakcik. selalunya, dapur rumah akan sibuk menjelang pukul 5, bergantung kepada menu hari itu. selalunya, berat-berat dan jarang-jarang ada pada hari-hari biasa.
menu wajib selalunya murtabak, air tebu, dan kanji asli Kg. rambai tujuh. paling menyelerakan adalah murtabak. kalau hari itu tidak berpuasa, tiba masa berbuka kena duduk jauh-jauh, hanya sekadar melihat. sedihnya hati pada masa itu tidak terkenangkan. tetapi, itulah cara datuk dan opah mengajar cucunya akan nikmat sabar.
memang tertekan tengok orang berbuka, sedangkan kita diasingkan.
sehingga ke hari ini, di kuala lumpur ini, murtabak tidak dilupakan, dan juga bubur lambuk. seakannya, menu wajibul-ngunnah. tidak lengkap berbuka puasa tanpa bubur lambuk dan murtabak.
setiap kali menjamah murtabak ketika sayup-sayup azan maghrib berkumandang, selalunya perasaan sentimental timbul mendadak, terkenang kenangan lalu, dan juga rasa syahdu teringatkan emak dikampung.
apalah rezeki emak berbuka puasa hari ini?
Salam Ramadhan Kareem.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...