dupavisitometer

Tol: Keputusan Menaikannya Dan Menangguhkannya Adalah Keputusan Yang Sama Dungu, Agaknya lah.

Minggu lepas, telah berlaku satu melo-drama yang sedikit bingung. Pada ketika rakyat rata-ratanya selesa dengan beban petrol RM 1.80 per liter untuk kegunaan sehari-hari, dan dalam situasi ekonomi negara yang dalam keadaan pre-recession, rakyat secara tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman kenaikan kadar tol di 5 buah lebuhraya utama dengan kadar kenaikan yang secara pukul ratanya membebankan.
Sudahlah kadar yang sedia ada sudah sedia membebankan, kini ditambah lagi. Adalah sesuatu yang bacul menggunakan perbandingan sen per kilometer, dan bukannya peratus, kerana pasti kadar kenaikan dalam bentuk peratus amat tinggi dan menyakitkan mata, iaitu hampir 30%. Satu taktik recycle yang telah digunakan dalam mengumumkan kenaikan petrol pada April 08. Seperti biasa, alasannya ialah kerana kerajaan tiada pilihan kerana terikat dengan tuntutan konsesi. Mengapalah tiada cerdik pandai atau seorang yang betul-betul ahli dalam perundingan (negotiator) sewaktu konsesi itu ditandatangani dulu. Kalau ada, tidaklah kita menjadi terlalu dungu seperti sekarang. Tertekan dan ditekan dalam satu perjanjian konsesi yang kelihatannya berat sebelah dan membebankan satu pihak sahaja. Tindakan mengumumkan nampak dungu. Kerana:- - Mengapa tergesa-gesa dan mendahului mendahului keputusan kabinet? - Konsesi atau kabinet lebih berhak buat keputusan? - Adakah konsesi punya kuasa mendesak yang ‘absolute’? - Siapa yang memandai-mandai, wakil konsesi atau wakil kerajaan? - Mengapa kabinet kelihatannya tidak tahu-menahu? Adakah mereka tidur? - Tiada nasihatkah oleh cerdik pandai ekonomi di MOF? - Sejak bila keputusan menteri lebih terguna pakai daripada keputusan konsensus kabinet? Tindakan menangguhkannya juga nampak dungu. Kerana:- 1. Mungkin ini ada political gain untuk pilihanraya-pilihanraya kecil. 2. Usaha untuk memperbaiki Imej dan persepsi rakyat terbanyak pada pemerintah dengan persepsi yang berikut:- - Pemerintah datang menyelamat dengan penuh keprihatinan. - Menyelamatkan rakyat di masa-masa sukar kelembapan ekonomi. - Pemerintah nampak bertegas dengan tuntutan konsesi. - Proaktif dalam isu-isu yang membebankan rakyat. Kemudiannya, diumumkan kerajaan membayar pampasan berjumlah RM 267 Juta kepada konsesi. Ganjaran opportunity lost yang ditanggung konsesi. Kemudiannya tamatlah melo-drama ini. Konsesi, kalau tidak menuntut ke rakyat, datang menuntut ke pemerintah. Tambah tolak campur bahagi, akhirnya konsesi yang dapat. Kalau rakyat tak bayar, kerajaan yang bayar. Siapa yang untung, entah, yang pasti rakyat yang rugi. Macam ini ke ‘running’ negeri? bijak, bijak.

4 comments:

besi said...

melo-drama camnie
rakyat sekarang tak nak tgk dah...
kerajaan kena wat drama stail lain
la pulak....

Anonymous said...

rotation cerita nie last2 untung kat gov and kroni2 balik .... khazanah ada share dlm syarikat konsesi.. kira macam services tax yg rakyat perlu bayar time ekonomi tengah tenat nie .. hahahha pakar ekonomi apa definition utk term nie ?????

-rasca

Anonymous said...

rotation cerita nie last2 untung kat gov and kroni2 balik .... khazanah ada share dlm syarikat konsesi.. kira macam services tax yg rakyat perlu bayar time ekonomi tengah tenat nie .. hahahha pakar ekonomi apa definition utk term nie ?????

-rasca

Ras Raka said...

Term nya ialah, jalan pulang ke rasuah.

hahahaha..

memang kerajaan patut melabur dalam bisnes-bisnes strategik dalam dan luar negara. Contoh yang ada Brunei. Bisnes strategik 70% luar negara, kutip duit rakyat asing dan eropa untuk ditaburkan balik ke poket rakyat sendiri.

Ini, labur dalam projek dalam negeri, kena caj mahal-mahal kemudia pulang balik ke ahli keluarga dan pakataan strategik politik masing-masing. Kau amik satu, aku amik dua. Ko cirit aku tadah, aku berak ko sapu.

Senang la hidup camtu brader...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...