dupavisitometer

RAMADHAN KAREEM 2011


Ramadhan kareem. ahlan wa sahlan ya ramadhan al-mubarak.

dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka, syaitan dirantai dan dijanjikan satu malam yang lebih baik dari 1000 malam. itulah kelebihan ramadhan.

ramadhan kareem.

apahal dengan parking masjid?

kurang pasti kalau perkara ni terjadi di masjid di kawasan lain, tapi dekat masjid dekat tempat aku sembahyang dan menunaikan tanggungjawab, sudah ada perkara yang amat menyakinkan kepala aku, terutamanya apabila datang time juma'at.

iaitu masalah reserved parking.

ada aku tengok reserved untuk VIP, pengarah itu dan pengarah ini. untuk imam dan jawatankuasa masjid tak nampak pulak. apahal ada reserved-reserved parking ni? bukankah yang datang ke masjid itu semuanya tetamu-tetamu Allah S.W.T dan tiada satu benda pun yang membeza-bezakan hamba-NYA melainkan tingkat TAQWA mereka. bukannya taraf parking yang direservedkan untuk mereka-mereka itu.

sungguh sedih melihat keadaan ini, jadi mana masjid yang tak buat lagi, janganlah buat. yang dah buat, kalau boleh janganlah teruskan.

Berakhirnya Sinar Sang Mutiara (Tribute to Mama, Dr Lo'lo' binti Mohd Ghazali)

Berikut adalah catatan seorang anak untuk mamanya yang telah pergi menemui Allah S.W.T yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..semoga Dr. Lo'Lo ditempatkan dikalangan kekasih-kekasih Allah S.W.T -- Al-Fatihah...-Muhamad Rosli Zainuddin-

Suasana hening bersulamkan alunan ayat suci Al-qur’an memenuhi segenap bilik Mama. Satu hari Ahad yang penuh barakah itu. Nisfu sya’ban merupakan salah satu hari yang istimewa kerana pada hari itu buku amalam setiap anak Adam dan digantikan dengan buku yang baru. Sanak saudara bergantian masuk untuk melihat perkembangan dan membacakan surah yasin sepertimana yang diajar oleh Rasulullah. Babah tidak putus bertalkin di sebalah mama. Meskipun terpancar keletihan di muka, namun Babah terus tabah dan bersungguh-sungguh membacakan talkin untuk mama. Bukannya sekejap, sudah tiga hari Babah begitu. Meskipun kami adik beradik mengambil giliran utk meneruskan bacaan talkin bagi memberi rehat kepada Babah, namun Babah hanya mengambil masa rehat yang sekejap dan meneruskan talkin bersama-sama kami. Sungguh kuat jalinan percintaan antara Mama dan Babah. 30 tahun melayari bahtera perkahwinan yang penuh dengan cabaran dan rintangan menyebabkan cinta yang terjalin menjadi utuh dan erat. Babah memang seorang suami yang setia dan merupakan watak yang paling penting disebalik kejayaan Mama.

Kedatangan saudara mara baik yang dekat mahupun yang jauh memberi kami kekuatan untuk mengharungi detik-detik sukar. Kami adik beradik tidak berganjak untuk kekal berada di sekeliling mama. Timbul rasa kasihan melihat Chor dan Kak Fizah yang sarat mengandung namun tetap cekal membacakan yasin untuk mama. Bukan mudah untuk mereka duduk lama dalam keadaan sebegitu. Kadangkala melihat mereka mengurut-ngurut pinggang disebabkan duduk terlalu lama. Namun mereka tidak rela berehat melihat keadaan Mama begitu. Samalah juga dengan Inah, Abang dan Aku. Kami bergilir berada di sisi Mama, memegang erat tangan lembut seorang ibu yang telah banyak berkorban demi mendidik anak-anaknya. Meskipun Mama sibuk dengan tugasan hariannya, namun Mama tidak pernah lupa tanggungjawabnya sebagai ibu. Sering kali Mama meluangkan masa-masa berkualiti bersama kami. Sama ada meluangkan masa dalam percutian ataupun aktiviti-aktiviti di rumah. Memang menjadi kegemaran mama untuk menyediakan juadah istimewa kepada kami sekeluarga apabila mama mempunyai masa terluang. Pelbagai resipi dicuba oleh mama, namun kami tidak pernah kecewa dengan hasil air tangan mama. Meskipun juadah itu kadang kala tidak sempurna, namun kasih sayang dan keikhlasan mama menyerap dalam makanan menyebabkan setiap kunyahan merasakan satu kenikmatan yang sempurna.

Namun hari ini, Mama terbaring lemah di hadapan kami. Kami sedar mungkin inilah saat-saat terakhir kami untuk bersama dengan Mama. Semua tugasan atau tanggungjawab lain ditinggalkan demi menghabiskan masa bersama Mama tercinta. Pagi tadi berlangsungnya Program Sinergi Keluarga anjuran Nisa’ Titiwangsa dibawah kendalian Ustaz Hasrizal. Tungkus lumus Kak Fizah mengadakan persiapan untuk program ini yang juga merupakan salah satu hasrat terakhir Mama. Meskipun dalam keadaan terbaring tanpa ada daya fizikal, namun Mama tidak pernah lupa tanggungjawabnya pada masyarakat. Sering kali Mama meluahkan kerisauannya terhadapanya rakyat di Titiwangsa apabila diziarahi pelawat. Mama khuatir tiada sumbangan yang dapat diberikan kepada rakyat apabila menjelangnya Ramadhan dan Syawal memandangkan wang simpanan dalam bank yang semakin haus. Hanya ratusan ringgit yang tinggal sedangkan bantuan dan sumbangan memerlukan ribuan ringgit untuk disalurkan. Menitis air mata Mama mengenangkan kesusahan rakyat di Titiwangsa walaupun hidup dalam bandar Kuala Lumpur yang sarat dengan kemajuan.

Tidak tertahan melihat keadaan Mama terbaring lemah terutama apabila melihat linangan air mata adik beradik Mama yang setia berada di Hospital. Mama memang watak yang penting dalam keluarga. Mama tidak pernah lokek membantu adik beradiknya yang dalam kesusahan. Apabila pulang ke kampung, ada sahaja kerja yang hendak dilakukan. Mama akan memastikan setiap tenaga yang ada digunakan untuk menceriakan rumah Opah. Mama tetap dengan kerjanya memberikan perhatian kepada Opah terhadap tahap kesihatannya. Antara kerja lain yang menjadi pilihan utama mama adalah menggubah semula bunga-bunga hiasan dalam rumah. Mama memang pakar dalam hal ini. Ketika majlis-majlis perkahwinan saudara-mara, tak perlu mengupah orang lain untuk menggubah bunga. Hasih gubahan mama memang ada kelasnya yang tersendiri. Di samping itu Mama juga akan memastikan sanak saudara untuk turut serta dalam solat berjemaah, sama ada di rumah ataupun di Masjid. Suara Mama pasti menjadi suara utama di rumah Opah. Mama memang unik.

Semakin ramai sanak saudara yang tiba di Hospital memandangkan keadaan Mama yang semakin tenat. Kunjungan pelawat juga tidak putus-putus untuk menziarahi Mama. Namun tidak semua yang dibenarkan masuk atas keadaan Mama yang tidak mengizinkan. Namun yang pasti, semua yang masuk akan mengalirkan air mata melihat keadaan Mama yang lemah. Satu keadaan yang sangat berbeza dengan Mama yang dikenali ramai. Mama memang terkenal dengan tenaga yang luar biasa. Tercungap-cungap dibuatnya bagi mereka yang tidak biasa dengan rentak Mama. Meskipun dua tahun lebih Mama diduga dengan penyakit Kanser, namun tidak ramai yang tahu. Mama sentiasa siap berkhidmat. Namun penderitaannya bukannya mudah, bukan calang-calang manusia mampu menghadapinya. Mama memng insan luar biasa. Akan tetapi sebak rasanya melihat sahabat-sahabat Mama yang datang menziarahi Mama menceritakan rasa sedih mereka pada kami. Semuanya ibarat masih baru dan segar dalam ingatan.

Menjelang Maghrib, keadaan Mama semakin tidak stabil. Berkerumun kami sekeluarga di sisi Mama membacakan Talkin di telinga mama. Sanak saudara terus mengalunkan surah yasin baik daripada dalam bilik ataupun di luar bilik. Tidak senggup rasanya untuk meninggalkan mama pada saat-saat begini. Tangan mama ku genggam erat. Kadangkala kami membisikkan kata-kata terakhir kami kepada Mama dengan harapan Mama mendengarnya. Namun bacaan talkin tidak pernah putus kedengaran. Meskipun dalam keadaan genting begitu, kami masing-masing mengambil giliran untuk menunaikan tanggungjawab kami kepada Sang Pencipta. Gugur air mata kami merayu agar Allah memberi kesudahan yang terbaik kepada Mama. Sesuangguhnya tiada lagi tempat untuk bergantung selain daripadaNya. Kami yakin Mama merupakan hamba yang dikasihiNya.

Masa semakin berlalu, keadaan Mama semakin kritikal. Tekanan darah, kadar oksigen dan nadi Mama turun sedikit demi sedikit. Kehilangan Mama sudah terbayang menjadikan keadaan menjadi lebih sayu buat kami. Satu demi satu alat perubatan ditanggalkan demi memberikan keselesaan terakhir buat Mama. Aku mengambil kesempatan untuk memberikan kucupan terakhir buat mama. Sungguh lembut dan wangi keadaan Mama ketika itu. Mama kelihtan semakin tenang di saat akhir kehidupannya. Sungguh mudah Mama mengakhiri hidupnya. Tidak tersedar oleh yang lainnya melainkan Babah dan aku yang berada dekat di kepala Mama. Kami menyaksikan lidah Mama bergerak buat kali terakhirnya seakan memberikan persaksian terakhir terhadap Allah. Tiba-tiba petunjuk keadaan Mama naik secara mendadak sedangkan tiada lagi pergerakan kelihatan. Inah membuat pemeriksaan terakhir sebagai kepastian. Runtuh jiwanya apbila pasti Mama sudah tiada lagi. Aku sudah menggelengkan kepala sebagai tanda kepada yang lainnya. Hanya ucapan Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji’un yang mampu ku ucapkan. Sesungguhnya kami Milik Allah dan kepadaNya jua kami kembali. Sekitar 10.13 malam Mama pergi bertemu dengan Tuhan yang Maha Menyayangi dengan buku amalan baru yang suci.

Doktor dan jururawat dipanggil sebagai prosedur memberi pengesahan terakhir. Babah memejamkan mata Mama namun tidak tertutup rapat kerana jangkitan pada mata Mama. Namun setelah mendapat pengesahan doktor. Mata mama seakan tutup sendiri, mulutnya juga begitu. Tidak perlu diikat dagu Mama seperti yang lazim dilakukan. Semuanya seakan berlaku sendiri. Jenazah Mama disiapkan untuk dibawa pergi ke Masjid. Babah dan Abang sibuk menghubungi pihak yang berkaitan untuk memudahkan urusan jenazah Mama. Berita mula disebarkan melaui rangkaian telefon dan juga internet. Orang ramai mula hadir ke hospital untuk menghulurkan bantuan. Semuanya mudah dan lancar. Jenazah Mama dibawa masuk ke dalam van jenazah yang sudah tersedia di luar bilik mayat. Kawasan di situ penuh dengan orang ramai yang datang. Baru ku sedar keadaan di luar basah kerana hujan yang turun seakan menangisi pemergiaan Mama. Hanya rangkap-rangkap doa dapat ku ucapkan apabila menemani Jenazah Mama hingga ke Masjid Akram. Beberapa kereta dan motor turut serta menyertai konvoi kami.

Setibanya kami di Masjid, kami disambut oleh orang ramai yang sudah menunggu ketibaan Jenazah Mama. Seakan menunggu tibanya seorang wira. Jenazah Mama diletakkan dalam dewan serbaguna Masjid sementara menunggu pagi untuk pengurusan seterusnya. Pelbagai lapisan masyarakat hadir tanpa mengira kaum dan agama. Semuanya menangisi pemergian sebutir Permata yang telah banyak berjasa untuk Islam dan masyarakat. Salah seorang daripada hadirin yang berbangsa Tiong Hua memeluk Wan Ju (adik Mama) yang dikatanya mirip Mama sambil menyatakan sumbangan Mama kepadanya dalam keadaan tersedu. Ternyata Mama telah berkhidmat tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. Buktinya dewan tidak pernah kosng dengan kehadiran orang ramai yang datang mengalunkan Kalimah suci Allah. Aku menemani jenazah Mama hingga waktu pagi.

Pagi Isnin bersamaan 16 Sya’ban, Orang ramai mula memenuhi masjid bagi menziarahi Jenazah Mama. Jenazah Mama dibawa ke bilik mandi untuk diuruskan oleh adik beradik dan keluarga. Maha Suci Allah, tubuh Mama suci dari segala jenis kekotoran. Segalanya mudah, cepat dan lancar. Selesai dimandikan dan dikafankan, Satu lagi petanda ditunjukkan Allah. Mama kelihatan tersenyum. Sungguh menyejukkan mata yang memandang. Kami anak beranak memberi kucupan terakhir kepada Jenazah Mama sebelum Jenazah dibawa keluar. Bergolaklah kesedihan dalam diri. Biarpun di luar nmpak tenang, tiada siapa tahu kesedihan hati ku ini. Namun kucupan diberikan buat kali terakhir tanda perpisahan seorang anak terhadap bonda yang tercinta. Satu-satunya ratu dalam jiwa. Hatiku pasrah.

Jenazah diletakkan di bahagian belakang masjid bagi memberi laluan kepada orang ramai untuk melihat Mama buat kali terakhir. Ratusan malah mungkin ribuan bergilir memberi penghormatan terakhir buat Mama. Aku mengulang-ulang doa agar menjadi ikutan hadirin yang lalu melihat Jenazah Mama. Berguguran air mata apabila sahabat mama memberi kucupan terakhir buat mama. Berderai jiwa melihat cucu kesayangan Mama, Izz Nu’man memberi ciuman penuh semangat seakan mehu mengejutkan jaddahnya yang disangkanya ‘tidur’. Saat yang menyayat hati semua yang melihat. Tiba masa yang ditetapkan, Jenazah dibawa ke bahagian depan masjid untuk disolatkan. Tuan Guru Dato’ Seri Hadi Awang mengimamkan solat, ribuan Muslim turut serta. Penuh bahagian bawah Masjid dengan hadirin yang hadir.

Selesai solat dan doa, Jenazah dibawa keluar mebelah lautan manusia untuk dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat. Buat pertama kalinya dalam sejarah, jenazah diusung berarak daripada Masjid ke tanah perkuburan. Ribuan hadirin turut serta hingga ke tanah perkuburan. Dikatakan oleh salah seorang yang hadir, ada segumpal awan yang turut mengikuti jenazah seakan memberi payungan kepada mereka yang hadir. Aku, Abang dan Babah berada dalam liang lahad untuk meletakkan Jenazah Mama ke dalam kubur. Sungguh ringan dirasakan saat Jenazah dihulur dan diletakkan dalam lahad. Setelah tanah memenuhi lahad, doa dan tazkirah dibacakan oleh Tuan Guru Dato’ Seri Hadi Awang. Maka berakhirlah sebuah kisah seorang anak, isteri, ibu, adik, kakak, sahabat, doktor, pempimpin, pejuang yang telah pergi menemui Ilahi. Satu kehilangan yang sukar diganti. Kerana Mama setanding namanya. Sebutir Permata yang tak mungkin pudar dalam ingatan.

Bagi pihak keluarga kami memohon maaf atas segala kesalahan Arwah terhadap semua. Andai ada urusan yang masih belum selesai, bolehlah menghubungi pihak keluarga untuk diselesaikan. Kami juga mengucapkan Jutaan Terima Kasih buat sanak saudara, dan sahabat-sahabt sekalian atas bantuan, sokongan dan doa yang diberikan. Semoga Allah membalas jasa kalian.

"Ya Allah. Sesungguhnya kami redha bonda kami Lo'lo' bt Mohd Ghazali di bawah jagaan-Mu. Kerana tiada jagaan lebih baik daripada jagaan Mu. Maka ya Allah, Kami memohon agar kau lipat gandakan kebaikan yang dibuatnya dan hapuskan segala kesalahannya. Kau masukkan lah bonda kami dalam syurgaMu dan jauhkannya daripada azab kubur dan api neraka. Kasihanilah bonda kami sebagaimana dia mengasihani kami. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Mendengar" :

kenapa takut dengan dakwat kekal - spr ke atau rakyat yang tak faham?


apa yang susah sangat nak faham pasal penggunaan dakwat kekal? kenapa spr tak nak terima dan rakyat (baca: aku) macam boleh terima?
kalau sistem dan proses demokrasi berjalan lancar dan DIAKUI tranparens, soal menggunakan dakwat atau biometric untuk mengenalpasti pengundi yang sah tidak timbul. yang menjadi masalahnya ialah, sistem dan proses saringan YANG LAYAK MENGUNDI yang boleh dipertikai, itu yang menjadi soal. antara yang menjadi masalah, kecurigaan, duri dalam daging serta kebencian rakyat adalah masalah-masalah yang berikut:-

1. pengundi hantu :-
(orang lain mengundi atas nama orang lain atau ditempat yang lain, dimana ini mencabul ras dan kemurnian proses demokrasi itu sendiri) (samada pas atau umno boleh menggunakan peluang pengundi hantu, selagi senarai orang mengundi itu serabut dan ada pertindihan)

2. undi pos. :-
(undi luar kawasan. pengundi hantu boleh masuk mengundi untuk undi pos. disebabkan undi pos ini dibawah kawalan spr, dan spr adalah perkakas pemerentah, maka ia dilihat sebagai biggest manipulator of vote data. dalam tahun 2008, banyak kita lihat keputusan berbuah dan majoriti tipis disumbangkan oleh undi pos. dan, keengganan spr memlupus atau mencadangkan mekanisma baru bagi menggantikan mekanisma undi pos kepada pihak pemerentah adalah tindakan yang paling jumud dan mengecewakan pada pandangan rakyat. kita sudah di tahun 2011, sudah 12 kali mengahadapi pru, dan berdemokrasi selama 55 tahun, kenapa bongok sangat untuk tak nak berubah kepada yang lebih baik dan praktikal?).

Oleh yang demikian, 2 masalah mak nenek ini hanya boleh dan hanya boleh diselesaikan , ataupun separuh diselesaikan dengan membuat saringan awal (melalui sistem biometrik atau dakwat kekal)sebelum proses mengundi.

saringan awal ini, sebagai counter check kepada senarai atau list yang layak mengundi yang ada di pusat pengundian, dalam simpanan umno ataupun pas. jika senarai pengundi itu sah, makasistem biometrik atau dakwat kekal ini akan menyaring pengundi yang datang itu bertepatan dan match dengan list pengundi tadi.

jadi, sistem manakah yang lebih praktikal dan nampak realistik?

1. kalau list layak mengundi itu betul, dan orang yang datang mengundi itu betul, dan dia celup dakwat, maka PASTI dia hanya boleh mengundi sekali sahaja. sebab, kalu dia pengundi hantu, dia dah tak boleh pegi mengundi ke tempat lain atau atas nama orang lain, sebab tangan dia dah ada dakwat. kalau ada isu dia boleh padam atau boleh bawa sembahayang ke tidak, kenalah pikir cara lain nak mengatasi isu boleh padam dengan boleh bawa sembahayang ke tidak. namun, ia bukan alasan untuk menolak 100% penggunaan dakwat kekal ini.

(kalau isu dakwat boleh di padam, boleh guna ultra light macam cerita CSI apa. ataupun memang dia padam, sekurang-kurangnya dakwat tu melambatkan usaha pengundi hantu tu tadi nak mengundi tempat lain, sebab dia kena padam dulu dakwat kekal tu? bab boleh bawa sembahyang tu, kenalah cari dakwat yang halal dibawa sembahyang, yang pegi cari dakwat yang tak boleh bawak sembahyang jadah apa? :)

2. kalau list layak mengundi tu betul, dan orang yang datang mengundi tu tak betul, dan dia scanned guna biometrik yang track back dari IC, kalau yang pegang IC tu indon atau bukan warganegar TETAPI MATCH DENGAN SISTEM BIOMETRIK DAN LIST PENGUNDI SAH apa macam? disinilah faoul sistem biometrik ni. sebab dia cross check dengan database IC, yang still boleh dimanupulasi oleh pihak yang ingin memannipulasikannya. (selalunya indonlah yang jadi mangsa, sebab indon ni muka mcm melayu dan senang diugut), sekarang pun PAS dah dedahkan usaha memberikan IC haram kepada pendatang. berbeza dengan sistem dakwat kekal, dimana list pengundi yang sah dimatchkan dengan fizikal pengundi yang datang tadi.


aku ingin sangat nak tengok proses saringan pengundi menggunakan dakwat kekal ni realisasikan. namun, jika kita mempunyai sistem pilihanraya yang diakui dan dirasai adil,transparen berkredibeliti, kita tidak memerlukan apa-apa untuk menjayakan sistem demokrasi kita ini.
cukup dengan penilaian yang bebas oleh rakyat, tanpa doktrin ditakut-takutkan oleh sesetengah pihak.

Nasihat Al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah di zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

...petikan dari blog Dr. Maza

Nasihati Hasan al-Basri

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan ‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:
“Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.

Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)

Ku Li: rayuan yang serupa yang entah berapa kalinya

ku li, figura politikal utuh tanahair dan mantan pegawai kerajaan yang bijaksana, telah menubuhkan angkatan amanah merdeka (amanah) dengan berinspirasikan kewajipan dan keinsafan untuk terus memenuhi tuntutan kemerdekaan dan pengisiannya, yang dilihat compang-camping sejak zaman merdeka 57, sejak zaman tunku nabdul rahman.

segala keluh kesah dan keprihatinan ku li dapat dibaca disini, dalam notis ucaptama pelancaran dan penubuhan amanah:-

Ku li: suara menuntut kebenaran (kredit kepada harakah daily)

jika diteliti, ucaptama tersebut tiada beza dengan surat yang dikirimkan oleh ku li semasa zaman semangat 46 dulu, sewaktu ku li didalam angkatan perpaduan ummah (apu) yang sama-sama ingin menumbangkan kerajaan barisan nasional (BN). sama,

cuma ku li masih belum sedar, negara ini kalau tidak ditadbir urus dengan baik adalah disebabkan oleh umno-BN, sebab merekalah yang berkuasa sejak 57 tahun yang lalu.

masakan pihak yang tidak berkuasa mampu membuat kehancuran? bengong bin tolol.

yakuza / cosa nostra / triads

yakuza hierarki



cosa nostra

File:Mafia family structure tree.en.svg

triads

File:Triad structure.svg

umno



kredit to wikipedia

Petikan Artikel Dr. Maza : Fakta Benar Perlukan Kesimpulan Betul


...Misalnya, ada kerajaan yang ingin melanjutkan pusat hiburan sehingga pukul 3 pagi. Saya percaya, jika tokoh ulama ini ditanya oleh awam, atau media, atau jika dia menjadi ahli Parlimen pasti dia akan berkata: “Saya tidak boleh mengkritik atau membantah ulul amri di khalayak ramai kerana itu haram”. Maka mandullah negara, rosaklah rakyat. Sedangkan para sahabat seperti Salman al-Farisi bangun membantah tindakan Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab dalam majlis terbuka. Demikian juga sahabat yang lain. Betapa banyak riwayat para sahabah dan ulama salaf bangun memberikan kritikan terhadap keputusan para penguasa di depan khalayak ramai.
Dalam riwayat al-Tabarani yang dinilai hasan oleh al-Albani:
“Muawiyah bin Abi Sufyan r.a (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya: “Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu”. Tiada seorang pun yang menjawabnya.
Apabila tiba jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya. Pada jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata: “Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami”.
Apabila selesai solat, Muawiyat memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai berkata: “Habislah dia”. Kemudian orangramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai: “Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga Allah menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun”.
Kata Muawiyah: Aku bercakap pada jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata: “Aku termasuk dalam kalangan mereka”. Aku bercakap pada jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga Allah menghidupkannya”.
Itu generasi salaf. Itu khalifah di zaman salaf. Bagaimana pula dikatakan mazhab salaf melarang sama sekali menegur pemerintah di khalayak rakyat?! Ya, adapun soal maksiat peribadi, seperti akhlak buruk pemerintah, atau keluarga mereka yang tidak membabitkan kepentingan negara, maka di situ kita dilarang mendedahkan atau menceritakan keaiban orang lain di khalayak ramai. Islam menyuruh kita menutup aib orang, apatah lagi mereka yang mempunyai peranan yang besar seperti itu. Di sini Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah 507. Sanadnya sahih seperti yang dinyatakan oleh al-Albani).
Apa yang dibuat oleh sesetengah pihak dengan menceritakan aib peribadi pemimpin di khalayak ramai adalah menyanggahi syarak. Namun, itu bukan alasan untuk kita mengharamkan mengkritik pemimpin dalam perkara yang membabitkan soal kemaslahatan umum rakyat. Fatwa mengharamkan mengkritik kerajaan secara terbuka adalah sikap mengampu yang berlebih. Maka, amatlah penting untuk membuat kesimpulan yang betul atas fakta yang dilihat. Jangan, lain fakta, lain kesimpulannya. Fahami teks dan konteks, nas dan realiti.

vidoe bersih versi jujur, keputusan suruhanjaya, dan agregat 5 - 3 (785)

video bersih versi jujur
-----------------------------

akhirnya, satu video yang jujur, propaganda free dan amatlah low tech telah dikeluarkan untuk tuntonan orang ramai. setelah di'siap'kan selama seminggu dan sedikit lambat penyiarannya dalam youtube, hasilnya amat mengecewakan dan tidak memberangsangkan jika digunakan sebagai alat propaganda.

dan, pak-pak menteri nampaknya sangat 'ber'syukur' dengan penanyangan video tersebut, sebab komen dalam akhbar jadi panjang sebab ada video. kita sudah ada video, hanya video inilah yang diiktiraf kerajaan dan selainnya hanyalah dakwah dan dakyah kotor pembangkang.

cara berfikir dan bertindak cara lama dari politikus yang dah sezen.

video yang amat buduh ini tidak lain tidak bukan hanya menambahkan sisi bengong kerajaan. tak payah video pun takpa. siapa yang nak percaya? ini masalah persepsi, bukan posisi mana?

keputusan suruhanjaya
-----------------------------

ada sedikit tak faham, teoh tidak dibunuh tetapi cenderung untuk bunuh diri sebab doktrin dan prosedur siasatan yang keras. takda prosedur, mungkin teoh tak bunuh diri. dengan sebabnya ada prosedur itu baru ada kemungkinan teoh nak bunuh diri? tak paham apa yang disiasat? dan tak paham apasal lamanya kes ni nak selesai.

kerajaan dengan penyelesaian cara kerajaan, keluarga dan penyokong teoh dengan cara penyelesaiann mereka sendiri. apa benda yang korang nak? 

Agregat 5 -3
-------------------

walaupun padang tu nampak pelik, sampai boroi pun boleh score, namun keupayaan untuk ,melawan dan merapatkan jurang itulah yang paling dihargai. media malaysia ni sebabkan dah lama sangat duk ikut kata politician, macam tu lah tulis pasal skuad harimau.

dasar dungu...

The Godfather (1972)


The release of The Godfather in 1972 was a milestone in cinema. The near 3-hour long epic, which chronicled the saga of the Corleone family, received overwhelmingly positive reviews from critics, and fetched Coppola the Academy Award for Best Adapted Screenplay, which he shared with Mario Puzo, and two Golden Globe Awards- for Best Director and Best Screenplay. However, Coppola had to face a lot of difficulties while filming The Godfather. Firstly he was not Paramount's first choice to direct the movie. Italian director Sergio Leone was offered the job first, but he declined in order to direct his own gangster opus, Once Upon a Time in America.[17] Peter Bogdanovich was then approached but he also declined the offer and made What's Up, Doc? instead; Bogdanovich has often said that he would have cast Edward G. Robinson in the lead had he accepted the film. According to Robert Evans, head of Paramount Pictures at the time, Coppola also did not initially want to direct the film because he feared it would glorify the Mafia and violence, and thus reflect poorly on his Sicilian and Italian heritage; on the other hand, Evans specifically wanted an Italian-American to direct the film because his research had shown that previous films about the Mafia that were directed by non-Italians had fared dismally at the box office, and he wanted to, in his own words, "smell the spaghetti". When Coppola hit upon the idea of making it a metaphor for American capitalism, however, he eagerly agreed to take the helm.[18]

There was intense clash between Paramount and Coppola on the issue of casting also. Coppola stuck to his plan of casting Marlon Brando as Vito Corleone, though Paramount wanted it to be either Ernest Borgnine or Danny Thomas. At one point, Coppola was told by the then-president of Paramount that "Marlon Brando will never appear in this motion picture". After pleading with the executives, Coppola was allowed to cast Brando only if he appeared in the film for much less salary than his previous films, perform a screen-test, and put up a bond saying that he would not cause a delay in the production (as he had done on previous film sets).[19] Coppola chose Brando over Ernest Borgnine on the basis of Brando's screen test, which also won over the Paramount leadership. Brando later won an Academy Award for his portrayal, which he refused to accept. Coppola would later recollect:[14]
The Godfather was a very unappreciated movie when we were making it. They were very unhappy with it. They didn't like the cast. They didn't like the way I was shooting it. I was always on the verge of getting fired. So it was an extremely nightmarish experience. I had two little kids, and the third one was born during that. We lived in a little apartment, and I was basically frightened that they didn't like it. They had as much as said that, so when it was all over I wasn't at all confident that it was going to be successful, and that I'd ever get another job.
After it was released, the film compelled overflowing laurels from all corners. It went on to win multiple awards, including Academy Award for Best Adapted Screenplay for Coppola. The film routinely features at the top in various polls for the greatest movies ever. It has been selected for preservation in the United States National Film Registry. In addition, it is ranked third, behind Citizen Kane, and Casablanca on the AFI's 100 Years…100 Movies list by the American Film Institute. It was moved up to second when the list was published again, in 2008.[20] Director Stanley Kubrick believed that The Godfather was possibly the greatest movie ever made, and had without question the best cast.[21]

Mengapa kejam pada rakyat sendiri

By : Abaidullah   ( Gabungan Rakyat Malaysia New Zealand)
    
Kami rakyat Malaysia yang berada di New Zealand pada masa ini berasa amat terkejut dengan cara Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia serta barisan Kabinetnya menangani isu BERSIH pada 9 Julai yang lalu. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan ugama kami dengan ini membantah sekeras-kerasnya cara Kerajaan Malaysia berhadapan dengan isu BERSIH. Kami sedih mendengar Kerajaan Malaysia yang sanggup membunuh dan mencederakan rakyatnya sendiri. Kami membantah perbuatan kejam ini kerana kami sayang negara dan seluruh rakyat Malaysia.

Ramai rakyat New Zealand yang menumpang marah kepada YAB Perdana Menteri serta barisan Menteri Kabinet kerana memberi arahan kepada Polis untuk melakukan perbuatan kejam terhadap rakyat sendiri. Imej baik Malaysia di luar negara kini merosot teruk akibat tindakan kejam YAB Perdana Menteri, Kabinet dan Polis Malaysia. Betapa ruginya rakyat Malaysia kerana mempunyai Perdana Menteri dan barisan Kabinet yang tidak sayangkan rakyat sendiri. Mereka hanya sayang rakyat pada waktu pilihanraya sahaja. Jelas sekali sayang palsu yang dibuat-buat hanya untuk memenangi pilihanraya. Selepas mendapat kuasa mereka membunuh dan mencederakan rakyat yang telah memberi mereka kuasa.

YAB Perdana Menteri, Kabinet dan Polis tidak perlu berperang dengan rakyat sendiri. Mereka tidak perlu menggunakan belantan atau gas pemedih mata atau water canon. Mereka tidak perlu menggunakan air berasid atau penumbuk atau penampar terhadap rakyat. Mereka hanya perlu sekeping hati bersih yang dilimpahi perasaan kasih sayang terhadap rakyat. Hati yang bersih akan memimpin fikiran dan seluruh anggota untuk bertindak secara waras dan bukan bertindak kejam. Tugas kami sebagai rakyat Malaysia ialah menashat YAB Perdana Menteri Malaysia, Kabinet dan Polis supaya menunjukkan sifat kasih sayang terhadap rakyat Malaysia.

Kasih sayang tidak boleh dibina di atas darah yang mengalir. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas pembunuhan rakyat. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas kecederaan rakyat. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas kesakitan rakyat. Hanya kebencian dan dendam sahaja yang ada. Betapa ruginya YAB Perdana Menteri Malaysia kerana membeli kebencian dan menjual kasih sayang. Mungkin nasihat ini sudah terlambat untuk YAB Perdana Menteri Malaysia dan barisan Kabinetnya kerana terlanjur perahu boleh diundur tapi kalau terlanjur perbuatan amat buruk padahnya.

Sebelum ini kami rakyat Malaysia di New Zealand berasa tidak perlu memberi nasihat kepada YAB Perdana Menteri dan Kabinet yang mewakili kerajaan Malaysia kerana kerajaan Malaysia nampaknya mahu melakukan perubahan positif demi kemajuan Malaysia. Namun begitu cara kerajaan Malaysia menangani isu BERSIH amat memalukan kami sebagai rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Kerajaan Malaysia adalah wakil kami dan cermin kami walau pun di pelusuk dunia mana kami berada. Jadi setiap salah laku kerajaan akan memberi kesan negatif pada kami sebagai rakyat Malaysia di luar negara. Membunuh dan mencederakan rakyat sendiri adalah amat memalukan.

tembak tear gas ke hospital: kerana mulut badan binasa, low

yang terlepas cakap, terlepaslah sudah. belum apa-apa, tak tau hujung pangkal, dah buat penafian. sedang di zaman FB dan youtube ini, setiap patah kata penipuan, mungkin akan memakan tuannya kembali. 

didalam insiden menembak tear gas ke hospital tung shing, menteri low secara confidentnya menyatakan tiada tembakan dilakukan secara terus ke premis hospital, atau lebih kurang begitulah kenyataannya sebagai quick response pasal event bersih 709. 

tetapi, semalam, sekumpulan doktor antaranya Dr. Johari Bux membuat joint statement dengan doktor-doktor hospital tung shin yang lain yang mengesahkan  bahawa memang terdapat tembakan tear gas secara tepat ke premis hospital.

makanya, kenyataan dan kesimpulan awal low itu dilihat sebagai satu kenyataan yang bangang, tergopoh-gapah dan lebih kepada aksi menjilat dan mengampu dari nak memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat.

sebagai maklumbalas terhadap joint statement para doktor tersebut, low hari ini mengarahkan satu kajian atau siasatan penuh dilakukan berkaitan perkara tersebut.

menteri low kelihatannya sudah tidak begitu confident untuk memberikan response jika dibandingkan dengan kenyataan awal sehari sebelumnya.

berikutan joint statement itu juga, KPN telah memberikan assurance bahawasanya mana-mana anggota yang tidak mengikut SOP dalam menangani illegal assembly akan dikenakan tindakan, memetik sumber berita buletin utama 14/07/2011.

kenytaan ini telah menimbulkan persoalan dikalangan masyarakat awam bahawa memang ada terdapatkah  anggota yang tidak mengikut SOP?

Sub - Bersih

nampaknya, cerita bersih masih lagi hangat dan membakar netizens. banyak pengalaman - pengalaman peserta bersih yang dinukilkan untuk tatapan bersama, yang menghancurkan tembok kecurigaan masyarakat majmuk malaysia yang disiarkan dalam internet ini. apa yang hendak dipelikkan, sebab ini zaman internet, mana yang tak sah, boleh disahkan, mana yang sah boleh dipersoalkan, tanpa batasan.

dan, inilah para-para mamat-mamat sensitif putrajaya kena perhati elok-elok.

dan, sesungguhnya amat kesallah dengan propaganda-propaganda media-media perdana belaan yang semakin mengamalkan directive information, dengan memaparkan berita-berita dan analisis yang selektif dan berupa kosmetik untuk mebaikkanpulih rupa yang buruk. itu tidak mengapalah, tetapi dengan memetik dari sumber yang separa fasik, yang makan upah, serta para pengkhianat, itu terlebihlah sudah.

mereka, sudah jauh menyimpang dari tanggungjawab dan aspirasi rakyat. mereka menafikan hak maklumat dan berita yang bebas, seimbang dan bertanggungjawab.

mana mungkin berita sumbernya dari seorang yang diupah? dan mengapa mengambilkira pendapat dan analisis dari pemimpin yang tidak bertanggungjawab, yang khianat dengan amanah rakyat, yang bacul untuk turun dari kerusi yang dimenangi atas nama parti, bukan atas namanya sendiri, yang membusuk hingga ke tulang. 

akhirnya, yang paling malang, sedang rakyat marhaen mengikat perut dengan belanja kelengkapan yang meninggi, mereka masih boleh lagi memebeli cincin bernilai 25 juta!!

bukalah mata hatimu wahai para marhaen.

bersih

Akhirnya, dengan sebegitu banyak songeh kiri dan kanan, kuning dan merah, bersih datang juga ke kuala lumpur. memang banyak teka dan teki, sama banyak dengan dakwa dan dakwi. banyak kalau dan begitu juga dengan jika. kalau begitu, bolehlah begini. jika begitu, beginilah kita.

namun, semuanya telah menyampaikan mesej dengan jelas pada lawan masing-masing. 

yang disekat untuk turun, akhirnya turun dengan jumlah yang boleh dikira lumayan. dari pandangan mata dah nampak yang berhimpun tu dah lebih 5,000 orang. janganlah terlalu daif dalam berfikir, dan janganlah terlalu mengamalkan sikap denial, tak bagus untuk kesihatan. yang disekat telah melontarkan mesej yang keras bahawasanya, mana yang ditakrifkan sebagai hak kami, akan kami tuntut. 

dan pihak yang menyekat, juga telah menghantar mesej yang jelas, bahawa, ini bukan caranya, dan ini juga bukan lagak seorang rakyat yang bertanggungjawab. kita sudah punya saluran, jadi gunakanlah saluran tersebut. jika terdapat kelemahan disana-sini, sama-samalah kita memperbaikinya. namun, tiada kompromi jika kamu melanggar batasan. baru nak langgar pun dah kena.

adakah ini senario bermasyarakat terkini? 



17717

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...