dupavisitometer

lemang sudah diangkit, bara masih menyala

kalau kita makan lemang sepanjang aidilfitri ini, baranya sudah padam, buluhnya sudah dibuang dan pulutnya dah masuk ke jamban.

namun, kisah mat - sabu - mat - indera - pas - umno ini 'bara'nya masih neyala dan semakin karut dan mengarut dan semakin tidak berfaedah. ada yang nak buat biografi, ada yang nak buat dialog umum, ada yang nak buat majlis debat, dan sementara cabar mencabar dan kutuk mengutuk tak kunjung padam. 

benar sejarah itu penting untuk pedoman masa hadapan. dan kita jangan sekali-kali melupakan sejarah, terutamanya sejarah kemerdekaan dan kedaulatan tanah melayu ini. nilai yang paling baik yang boleh kita belajar adalah kesatuan dan keutuhan semangat pejuang-pejuang terdahulu yang komited untuk mencapai kebebasan, dan inilah semua fakta yang sudah tertulis dan tidak boleh diubah-ubah dengan sesuka hati. 

boleh disembunyikan, namun tidak boleh dipadam.

namun, sebagai sebuah negara yang mempunyai sejarah yang panjang, selain mengingati dan insaf dengan perjuangan generasi terdahulu, penting juga kita menilai sejarah akan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh generasi-generasi terdahulu, supaya kita ambil pedoman dan pengajaran agar pemimpin kita hari ini tidak melakukan kesilapan yang sama. dan jangan pula kita biarkan.

jika kita dulu bangun untuk melawan malayan union sebab kita tau malayan union itu tdak adil, maka tidak salah untuk kita bangun sekali lagi untuk melawan ketidakadilan, walau siap pun pelakunya.
jadi, seharusnya polemik mat sabu ini dihentikan, kerana ianya tidak memberikan sebarang faedah kerana sejarah itu sifatnya tenggelam dalam arus masa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...