dupavisitometer

4448: aidilfitri, kemerdekaan dan masa hadapan

selamat menyambut aidilfitri 2011, dan juga selamat menyambut hari kemerdekaan tanah melayu pada 31 ogos tiap-tiap tahun sebermula 1957. hari gemilang Malaysia ialah pada 16 sept yang akan datang. pada tarikh itu, barulah sabah dan sarawak dan singapura bersama-sama membentuk malaysia. brunei pada masa itu tercicir dan merdeka dengan sendirinya.

beberapa tahun kemudian, singapura meninggalkan kita, dan sekarang duitnya mahal RM 2.50 daripada kita. dan brunei pula, memang gagah perkasa sebagai negara yang terkaya didunia, dihormati timur dan barat dan sultannya memang kita ketahui sentiasa punya ferrari dan kereta-kereta mewah yang semuanya edisi khas. 

dalam tempoh 54 tahun, itulah yang berlaku. singapura masih dibawah PAP (ala-ala DAP), dan brunei masih diperentah oleh sultan yang berketurunan melayu atau dari rumpun melayu. 
indonesia, yang dulu beria-ia berkonfrantasi dengan kita agar membentuk indonesia raya, masih belum pulih dari kemusnahan ekonomi matawang pasca 1998, disusuli dengan revolusi reformasi kejatuhan suharto dan kini dibawah sby. kemiskinannnya melarat, kekayaannya hanya tergolong pada sedikit orang sahaja, kurang dari 10%. 

bayangkan, kekayaan 10% lagi banyak dari kekayaan semua orang di indonesia. memang gila dan benar-benar gila, tetapi itulah realitinya. namun mereka masih bertutur bahasa melayu dan bangga dikenal sebagai bangsa indonesia. 

dengan membandingkan keadaan brunei, singapura dan indonesia selepas 54 tahun kemerdekaan malaysia, bagaimanakah dengan keadaan malaysia dimasa hadapan? kurang 10 tahun, 2020 akan menjelang dan samada kita akan menjadi masyarakat maju, kita sendirilah yang perlu menjawabnya.

bukan infrastruktur dan prasarana yang menjadi ukuran untuk menjadi sebuah negara maju, namun aspirasi dan corak berfikir masyarkatnyalah yang menjadi tunjang. 

dan, kediktaktoran media yang diperkudakan oleh pemerentah seperti yang kita saksikan saban hari adalah bukan tanda yang kita semakin menghampiri erti kemajuan, target 2020 dan lebih buruk lagi sebagai pengisian sebuah kermerdekaan.

Salam merdeka. digarhayu tanahairku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...