dupavisitometer

PAS melatah lagi

siapakah yang mula meniupkan 'berita' bahawa pru13 akan dilakukan dalam musim haji 2012? walau siapa pun dia, dan di pihak mana pun dia, tanda penghormatan harus diberikan kerana berjaya buat PAS dalam keadaan kelam kabut sekali lagi. 

kelam kabut nak menjawab dan mewaraskan apa yang sedia bodoh. banyak sungguh tenaga dan fikiran PAS yang terganggu mempertahankan 'khabar' bodoh ini. dan memang sudah dijangkakan PAS akan 'over-react' sebab kalau PAS tak react, PAS makin terdedah dengan segala kutukan lawan.

Sekiranya PAS membenarkan atau dilihat bersetuju, PAS memang bagi peluru tambahan pada UBN. kalau PAS tak setuju, kasihan jugak dekat PAS, sebab sungguh-sungguh lawan isu-isu hantu. dan memang masalah PAS dari dulu, asal ada isu, semua orang nak bercakap.

bersangka baik ajer lah PM tak buat pru 13 dalam musim haji. jangan komen dan sedar ianya hanya 'cubitan nakal' musuh nak ganggu konsentrasi PAS. sebab, memang hak PM nak umum bila pru 13. kalau dia umum juga dalam musim haji, aku pasti keputusan itu akan memberikan kesan lebih buruk pada UBN berbanding PAS.

dan, kalau PAS cukup yakin dengan bacaan politiknya, jangan melatah setiap kali UBN 'cuit' korang dengan tari-menari palsu.

dan aku secara peribadi rasa tahun ni takde pru 13. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...