dupavisitometer

himpunan hijau yang 'english friendly'.

insaf aku tengok video-video himpunan hijau kat alor star semalam (juma'at). begitu ramainya manusia yang bersama-sama dengan perjuangan PAS, dan mengambilkira kedudukan PAS, berpandukan level sokongannya untuk period 1990-2010, tambah pula dengan adanya dewan himpunan penyokong bukan islamnya, pasti membuatkan sesiapa sahaja berfikir panjang bagaimanakah semua ini boleh terjadi, walaupun tidak susah sangat untuk kita mengenalpasti sebab musababnya.

dan, statement TGHH bahawa PAS boleh ganti UBN, tidak boleh dipandang enteng lagi.

imej kekampungan dan 'parti ustaz dan lebai' ini nampaknya telah semakin terhakis daripada minda kebanyakkan rakyat. barangkali hanya orang yang perasan 'modern sangat hidup aku' sahaja yang masih merasakan PAS adalah parti kekampungan dan 'parti untuk ustaz dan pak-pak lebai'

namun, sudah tiba masanya PAS untuk maju 'to the next level' dengan lebih 'english friendly'. bukan niat untuk mempertikaikan tahap penguasaan lingua pimpinannnya (bahkan terbaik sebab rata-ratanya fasih bahasa arab) dan jauh sekali meminggirkan bahasa melayu, cuma inilah harga 'the next level'. sebab ke putrajaya itulah 'the next level' untuk PAS.

konsep 'PAS For All' itu juga adalah sebagai penanda aras akan kepentingan bahasa inggeris dalam lingkungan penerimaan masharakat terhadap PAS, dan ianya tidak hanya boleh dipertahan dan diselesakan dengan semata-mata 'English Segment' di harakah sahaja.

sebagai contoh, pasti khalayak bukan melayu merasakan PAS 'have come to the next level' apabila mereka mendengar ceramah pimpinan yang diseimbangkan dengan bahasa inggeris, terutamanya apabila mengutarakan point-point penting ceramah, dan juga ketika membalas wartawan bukan melayu dalam satu-satu sidang media.

pasti terkejut juga jika TGHH mula memberi tafsiran ayat Al-Quran, dan berbicara dengan wartawan di dalam bahasa inggeris, dan mat sabu dan mahfuz boleh ulas isu dalam bahasa inggeris secekap dan sepanas mereka mengulasnya dalam bahasa melayu. masih belum terlambat dan masih punya banyak masa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...