dupavisitometer

KITA DAN SOCIAL MEDIA

5 tahun dulu, kesesakan dan impak media sosial tidak lah sesibuk ini. tidak setinggi ini paras kompleksitinya. kini, di tahun 2015, bergegarnya sosial media bermaksud bergegarnya persepsi dan arah fikir kita terhadap sesuatu topik. atau nama lainnya viral. kita terpana dan terlekat kepada sesuatu isu berdasarkan info di sosial media, berbanding info yang legit dan sah. 

impak sosial media ini terus menghantui seluruh aspek sosial yang lain, antaranya persekitaran politik, ekonomi, sosial, hiburan, gaya hidup dan paling berbahaya apabila ia memberikan kesan kepada isu - isu keagamaan. 

apakah punca dan katalis kepada pembuakan dan kegilaan media sosial untuk period 5 tahun yang dulu? antara lain adalah berpunca dari kemudahan akses (kalau dulu smartphone hanya boleh sms dan kos tinggi untuk internet surfing), dan paling penting, adanya feeder (entiti yang aktif nak post segala mak nenek ke media sosial) dan juga takers / responser (entiti yang terima hype feeder dan semangat pulak nak suruh entiti lain menghantar response yang sama). 

yang paling mendapat perhatian adalah sekiranya feeder post sesuatu yang berpotensi menimbulkan konflik. konflik kepada kepercayaan sedia ada (contoh: persoalan bid'aah), atau konflik kepada perseteruan (contoh: politik dan perselisihan selebriti).

jarang sekali hype dan konflik ini berlaku dan mendapat sambutan responser dalam kes data dan fakta (Contoh: laporan kewangan / ekonomi) dan sesuatu yang responser rasa ianya tidak konflik / sensasi (Contoh: lokasi pelancongan). 

kalau dulu orang berkata, rumah siap pahat masih berbunyi, media sosial kini merubah fungsinya sebagai 'pahat' untuk membuat bunyi - bunyi (baca: komen-komen, hype) kepada perkara (baca: rumah) yang sudah siap. begitulah sebabnya terjadi viral recycle yang sering hadir dan auto-feed sesetengah media sosial, facebook contohnya. 

samada ianya sesuatu yang baik, atau kurang baik, terletak kepada feeder dan responser yang bertanggungjawab. tetapi, mesharakat kita nampaknya sudah selesa untuk menerima semua ini. samada ianya benar atau tidak, sah atau tidak, verified atau tidak, semuanya tidak dipedulikan dan sekiranya melibatkan fakta dan data, cukup dengan sekadar jawapan dari lebai google.

sedangkan impak dari komen-komen dangkal dan membabi buta ini jauh lebih serius dari lebai google, dan persepsi si feeder dan responser. 

attention seeker lagi berat masalahnya. sangat berat sampai aku rasa malas nak ulas panjang dah.    

POTENSI (POTENTIAL) DAN HABUAN (REWARD)

dalam tajuk pengurusan sumber manusia, secara spesifiknya pengurusan bakat (talent management) oleh sesebuah syarikat adalah bertujuan untuk:-

1) meningkatkan keupayaan sumber secara organik
2) sebagai pelan penggantian (succession plan)

Contoh: 
syarikat mengenalpasti sumber manusia (prospect) yang berpotensi untuk dibangunkan, untuk keuntungan syarikat masa hadapan (melalui tambahan kecekapan productiviti) dan juga sebagai calon yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab yang lebih tinggi untuk syarikat di masa hadapan. 

cakap pendeknya, generasi pelapis untuk pacu kelangsungan syarikat di masa hadapan. kelainan cabaran di iklim perdagangan / perniagaan semasa adalah berbeza pada zaman yang berbeza dan mempunyai dinamika yang berbeza.

baik.

di sini, terdapat elemen penting untuk pembangunan sumber manusia ini. iaitu kata dan tafsiran POTENSI.

Potensi bermaksud, identified prospect itu layak dari segi standard dan cabaran yang diberikan dan keupayaan untuk  ditingkatkan kelayakannya itu, melalui sejarah produktiviti dan ratio kejayaannya menangani masalah / projek / target tertentu. itu dari segi tafsiran syarikat.

potensi juga bermaksud harapan, peluang dan tambahan tanggungjawab yang diyakini oleh identified prospect. mainan dan keyakinan dalaman. sumber motivasi. personal target. tafsiran potensi inilah yang menjadi faktor pemacu (derived factor) untuk calon ini terus - terusan berusaha meningkatkan dan mencapai potensi yang digambarkan oleh pihak pengurusan kepadanya samada secara jelas atau tidak. tafsiran potensi ini kepada prospect adalah lebih kepada kepercayaan kepada keupayaan diri sendiri. whatever it takes. 

namun, seringkali dilupakan oleh pihak pengurusan adalah bentuk habuan (reward) sekiranya identified prospect ini benar - benar mencapai standard potensi achievement yang digariskan. 

adakah prospect ini akan dapat reward yang sepatutnya bila dia merasakan dia sudah berusaha dan mencapai piawaian potensi yang ditetapkan.

apakah yang akan terjadi sekiranya prospect itu mendapati rewardnya tidak berbaloi ataupun tidak setimpal? 

oleh itu, elemen potential and reward adalah sama pentingnya untuk kejayaan pengurusan bakat (talent management) sesebuah syarikat.

TGHH DAN MAT SABU SOKONG PM

dalam percaturan politik semasa, disaat - saat keperluan kepada sokongan dan bangkangan, TGHH dan Mat Sabu kali ini secara berterus terang menyatakan sokongan kepada PM.

bukan persetujuan keuntungan politik sepertimana yang kita tahu (mahathir-najib fiasco), tetapi atas prinsip pertukaran PM perlu mengikut lunas - lunas demokrasi, begitulah lebih kurang.

ini adalah satu strategi politik yang genius. dan banyak yang salah faham sekiranya membaca hanya kepada tajuk, bukan isi. 

maknanya, dalam satu ketika, PAS di puncak kuasa, jika berlaku pengkhianatan, idea dijatuhkan dari kuasa selain dari cara yang dibenarkan melalui lunas - lunas demokrasi telah ditolak awal - awal oleh TGHH dan Mat Sabu. 

strategi ini adalah serampang dua mata, dimana mengekalkan kepimpinan lawan yang 'goyang' dan sekaligus mengangkat profesionalisma PAS dalam hal naik-turun seorang PM di masa hadapan. 

logiknya, PAS sepatutnya mempunyai sama nada dengan pakatan (DAP+PKR) untuk menuntut apa yang patut dituntut, tetapi kenyataan terbaru PAS ini sudah lain dari harapan kawan dan lawan. 

dalam politik, inilah yang berlaku. realiti of politics. sembanglah apa nak sembang, tapi siapa licik dialah yang dapat. lebih kurang begitulah.

KEKEJAMAN MANUSIA KEPADA BAYI

dalam dua ke tiga hari ini, tak sanggup rasanya melihat kekejaman manusia kepada bayi. satu kena hempuk pusing - pusing dan satu lagi kena kerat 15. kekejaman apa lagi yang lebih kejam dari ini? 

ini adalah bayi, dimana secara fitrahnya mereka hadir untuk disayangi dan dilindungi. dan paling aku tak boleh terima, bayi dan budak sekecik ini tidak pernah mengganggu hidup kamu, melainkan kamu ini mental atau dirasuk syaitan. 

bagaimanakah mereka ini sanggup melakukan kekejaman ini?

orang lain pun stress jugak dengan himpitan GST dan gelisah dengan skandal 1MDB ni, tapi takkan sampai nak bunuh dan cincang bayi. 

diharapkan pihak berwajib lakukanlah sesuatu. bukan polis. tapi pihak kebajikan atau khidmat kaunseling. datanglah kepada mereka yang bermasalah. cuba check sapa yang selalu dapatkan khidmat mental kat hospital - hospital tu dan lawatlah mereka. 

memang susah nak tinggalkan kerusi empuk dan sedap tu, tapi dah amanah kena lah turun padang. jika mengharap untuk mereka datang, mungkin sudah terlambat.

harapan yang sama untuk bahagian disbursement duit zakat. pandai kutip, harapnya pandai jugak nak distribute ke asnaf. harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...