dupavisitometer
BAHASA MELAYU
10 feb 07:
Dulu stadium merdeka handak dirobohkan, kini mahu dikembalikan kegemilangannya. Bahasa Melayu bila lagi? (WANEMOSI – RAKAN BH)
12 Feb 07:
The number of ‘malay-nised’word from English is embarrassing! Why used the word ‘Diskusi’when we have the word ‘Perbincangan’? That is not translation, in fact that is re-spelling. I took Bahasa Melayu back in STPM and thanks to my wonderful teacher Mr. tey Chuan who speaks BM as fluent as his mother tongue. Please do remember our famous phrase “Bahasa Jiwa Bangsa”. (Y.Y.H Sg. Buloh – My View, The Star)
Ini petikan tentang Bahasa Melayu. Aku hormat orang yang beri komen pasal BM dalam arus perdana. Harapannya biar orang yang bertanggung jawab sedar. Kenapa bertutur dalam BM kini, macam si pentutur adalah masyarakat kelas dua? Kenapa ia terpinggir ? kita pinggirkan ia di setiap ceruk Malaysia ini. Bank, pejabat-pejabat kolar putih, mesin menjawab telefon, mahkamah, kaunter KFC, dalam TV, sekolah dan berbagai-bagai tempat lagi. Bicara bercampur-campur. Dulu ada yang kata orang yang bicara rojak ini kutu pekan. Datang dari kampong, duduk di pekan lama sikit, , sudah malu cakap Melayu. Takut dikata orang tiada kelas.
Agama Islam, Bahasa Melayu, dan adat resam budaya Melayu inilah yang dipertahankan dari penjajahan Portugis hingga ke British. Ini makan masa 500 tahun. Tuntutan utama kemerdekaan juga adalah berasaskan 3 perkara ini. Generasi kini, meminggirkan apa yang dipertahankan oleh generasi terdahulu, oleh kerana apa? Hanya kerana tidak mahu dipandang penghuni kelas dua?
Pada fikiran aku, bukan Bahasa Melayu yang kelas dua, Tapi orang yang tidak hormat kepadanyalah yang kelas dua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment