dupavisitometer

MENUNGGU BERITA PROTON

“Buyer’s Market”. The Star hari ini. Pasaran kereta sudah jatuh ke tangan pembeli. Penawaran sudah lemah. Menyerah pada permintaan . Teori sudah terbalik. Kereta Import atau tidak, padangnya sudah sama rata bagi yang mampu. Mac depan suku pertama 2007. PROTON akan umum rakan dagang asing. PROTON memang suka bikin berita. Mungkin ada strategi, mungkin sudah mati langkah. PROTON ini simbol. Simbol Perusahaan kerajaan yang meniti arus global. Bunyinya sedap, realitinya sedikit berbeza. Pengusaan pasarannya mengecut, sedikit demi sedikit. Angka jualannya di dalam dan di luar negeri sudah senyap sunyi. Mungkin PERODUA sudah ambil alih. PERODUA abang angkatnya Syarikat Jepun. Malangnya, angka jualan luar negeri PERODUA pun senyap sepi. Mungkin kedua-duanya sudah terkena racun pasaran global yang bebas. Jangan cerita pasal kualiti, khidmat lepas jualan, dan alat ganti produk. Buang masa bertahun-tahun pun belum tentu habis untuk bercerita. Biar aku fokus pada PROTON. Fokus tentang bagaimana caranya kerajaan boleh lonjak jualan dan penguasaan pasaran kereta PROTON di tanah kelahirannya sendiri. ‘Bapa’nya pun masih hidup lagi. Kerajaan (atau mana-mana kumpulan pendesak yang lain) kena ‘paksa’ataupun pujuk rakyat jelata beli dan pakai sekurang-kurangnya satu kereta keluaran PROTON. Ini kena jadi matlamat akhir. Kemudian rancang strategi. Buat kempen siang dan malam. Macam kempen satu rumah satu Komputer dan setiap ahli keluarga berahlikan UMNO. Pasti tidak sesukar mana. Produk ada dua bangsa, bangsa ‘Push’ dan bangsa Pull. Kerajaan kena ubah strategi lama Push kepada Pull. Laksanakan anjakan paradigma dan penjenamaan semula yang dicanang-canangkan pada PROTON. Untuk ubah kepada ‘pull’produk, ada banyak jalan, antaranya buat skim dan strategi baru untuk pemilik dan bakal pemilik PROTON. Umumkan potongan tol (mana – mana tol) dan diskaun minyak pada pemilik – pemilik PROTON yang dulu, kini dan yang bakal selama – lamanya pakai PROTON. Tak perlu banyak. Cuba dulu diskaun dalam 20 sen. Kemudian kita tengok hasilnya. Pasang alat pengesan dan shifter di pondok-pondok tol dan kedai-kedai minyak. Maknanya ada dua set detector. Untuk Kereta PROTON dan yang bukan PROTON. Senangkan sikit kerja atendan-atendan tol dan stesen-stesen minyak. Kalau atendan tu buta, itu dah cerita lain. PROTON ada tempat yang istimewa dalam hati aku. Sebab kalau PROTON ditutup atau dipindah milik, yang bakal jadi penganggur bukannya sedikit. Silap-silap salah seorang daripadanya adalah saudara – mara aku juga.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...