- Hiburan. Ya, hiburan. Mari kita bercerita pasal hiburan. Sebelum itu, janganlah kita fikirkan kedalam sangat. Cukup sekadar dari segi Audio(dengar) dan visual(Lihat). Bi makna, layar perak dan bunyi-bunyian. Syaitan kata, pabila aku yang laknat ini diusir dari shorga, ketika aku turun ke bumi dan berjalan-jalan dalam kesepian, maka aku bersiul-siul untuk menghiburkan hati. Maka, sesiapa yang besiul-siul itu selamanya mempunyai tempat yang istimewa dihatiku. Mohon perlindunganlah kita.
- Janganlah kita melihat industri orang, cukup sekadar kita melihat industri hiburan kita sahaja. Sebab, industri hiburan orang lain, semuanya agama kristian dan kafirun, yang terpengaruh dengan syaitan yang sudah pasti menyesatkan kita walau apapun caranya, tak gitu?. Kalau yang islam pun, tema, jalan cerita, dan persoalan akidahnya tidak serupa kita. Kita lagi kacau dan rusuh. persis tidak beragama layaknya.
- Contohnya, dalam cerekarama TV3, dua minggu sudah 'cahaya berbisik'(Klik sini). Murni jalan ceritanya. Cuma masalahnya yang amat menggangu aku ialah watak susan. Watak Susan ini seorang kafir yang terbuka hatinya untuk menerima Islam. bagus, tiada cacat-cela. Cuma, watak Susan ini, dilakonkan oleh Julia Ziegler (baru-baru ini Julia kata dia nak bercuti luar negara), yang memang dah Islam.
- Apa ni? Boleh ke seorang Islam berlakon jadi bukan Islam kemudian berlakon masuk Islam balik? Maaf, bab ini aku keliru. Cahaya berbisik ini jalan ceritanya ada persoalan akidah. Dan dalam konteks cerita, simpati kepada watak Susan memang didatangkan selepas watak itu memeluk Islam, kerana sejak mula peluk Islam, dia digambarkan sering dirundung malang. Ini pun satu, kenapa dalam cerita Drama TV sekarang selalu sangat bila peluk Islam saja, ha..siap, malang la hidup engkau nanti. Apa mesej yang hendak diketengahkan ni?
- Aku taklah pandai sangat dalam bab hukum-hakam, tapi aku rasa aku boleh kesan mana yang semacam nak sesat. kalau tak pasti, nanti aku double-check la ngan kawan-kawan tok syeikh aku nanti. Tetapi, yang pasti, dalam Islam tiada pemisahan hal personal dengan hal professional. Raqib dan Atid tak pernah diperentahkan oleh Allah S.W.T catat yang personal sahaja, tinggalkan yang professional. Semuanya dicatat dan semuanya dihisab oleh yang Maha Arif dan Yang maha Adil waima sebesar zarah sekalipun.
- Aku tulis sebab aku benar-benar terganggu dengan perkara-perkara sebegini. Dan ini tidak juga menjadikan aku lebih baik dari kamu yang membaca. Cuma nak bawa isu, sama-sama kita fikir. kalau kamu terdetik, betul juga apa yang aku tulis ni, ha..makanya ada yang tak betul dengan cerita 'Cahaya berbisik'.
- Wallhua'lam Bis-sawab.
dupavisitometer
Cahaya Berbisik: Watak Susan Yang Keliru Lagi Mengelirukan.
Speaker: Bagi Sebuah Konsert, Ianya Amat 'Crucial'
- Speaker, untuk sebuah pertunjukan konsert, amatlah 'crucial'. Makna 'crucial' disini adalah amat penting. lagi penting dari penting. semua keindahan dan magik persembahan dan bunyi-bunyian jadi bisu. ianya juga adalah strategik. ketiadaan speaker adalah kesalahan yang 'vital'. Apakah bentuk kesalahan 'vital' ini? ianya digambarkan dalam pepatah-pepitih inggeris yang berbunyi 'One punch under the belt' atau dalam terjemahannya satu pukulan maut ke kote.
- Dalam kerajaan Raja Berpelembagaan seperti negara kita yang bertuah ini, yang paling tinggi adalah perlembagaan, sebab perlembagaan itu hitam di atas putih dan putih di atas hitam. Berdokumen dan di dokumentasikan. Kemudiannya Raja yang masih juga termaktub kepada perlembagaan. Di bawah Raja ada tiga badan, iaitu eksekutif pentadbiran (Perdana Menteri), Eksekutif Kehakiman (Hakim Negara) dan Eksekutif Perundangan (Dewan Rakyat). Ketiga-tiga Eksekutif ini adalah seperation of power yang diamalkan.
- Jadi, siapakah Eksekutif Perundangan ini? Pastilah dia orang yang kita gelarkan 'Speaker'. Dengan arahan speaker dewan, perdana menteri pun boleh kena gantung tugas kalau tidak kena gaya dan melanggar undang-undang dewan.Sama juga kaedah di dalam konsert tadi, tiada Speaker, tiada 'berbunyilah' dewan rakyat itu.
- Disebabkan speaker ini adalah berdasarkan semangat 'seperation of power', siapakah yang boleh menggugah kedudukannya dari kerusi speaker? untuk jadi masalah lebih berat, speaker ini dilantik oleh kerajaan yang punya kuasa majoriti, jika sesebuah kerajaan itu sudah hilang majoriti bagaimanakah kaedahnya untuk melucutkan speaker yang sedia ada jika tiada pemilihan semula?
- Disinilah terletaknya kuasa seorang raja, agaknya. Dengan peruntukan-peruntukan khas yang dikhaskan kepadanya.
- Untuk menyelesaikan kemelut speaker pakatan dan Speaker kerajaan ini, satu sessi penerangan perlu dilakukan. Jika tidak, Rakyat terbanyak, yang bisu, yang pekak, yang jumud, yang PAS, yang UMNO, Yang MIC, yang makkal Skahti, Yang MCA dan yang DAP akan terus keliru dan resah dengan apa yang mereka sendiri tidak faham dan tahu awal-punca.
- Ini perlu dijelaskan secara telus oleh pemerintah, pakar-pakar perundangan, tokoh sejarawan dan tokoh peradaban dan budaya negara secara telus dan tidak berat-sebelah untuk mewujudkan masyarakat yang sihat berpolitik, sihat berhujah dan progresif, yang aku kira penting untuk mewujudkan satu Malaysia. (Kebangsaan Malaysia itu perlu satu, kontrak sosial dalam perlembagaan itu pun perlu dijaga kelangsungannya. Yang melayu itu jatuh nomber dua, yang penting kedudukan agama Islam.
Kecoh Benar
- Kecoh benar bila diumumkan kabinet baru. Sampai ugut keluar barisan. kecoh dengan 1 Malaysia, satu konsep yang barangkali paling tidak dipersetujui oleh pahlawan terbilang melayu moden, Dato' Onn Jaafar. Konsep yang diperkenalka itu juga barangkali membawa mesej yang agak keras akan tahap kejituan masyarakat Malaysia. jangan sentuh lebih-lebih, ini isu sensitif kata Raheem Ma'arof.
- Kecoh benar bila dewan DUN mula nak bersidang. Ada yang kena dengar prosiding mahkamah dulu baru boleh bersidang. Kena betul-betul sah siapa yang lebih tinggi, speaker dewan ke ahli dewan. Ada yang boikot sidang, minta buat undi tak percaya. Kan dah cakap dulu, memang ada kaedah undi tak percaya ni bila nak menyingkirkan ketua kerajaan. Habis, yang dulu dok menggelabah tutup lobi dan gaduh-gaduh dulu apa cerita?
- Kecah benar bila nak hadhir (ke tak nak hadhir) sidang DUN kena ugut bunuh. Ish, geli la dengar, apa sangatlah dengan ugutan bunuh tu. Satu kem nak berbunuh-bunuh. Di tanah Melayu ini ada undang-undang dan Kamu sentiasa akan dilindungi polis, ini negara yang aman makmur. Bukan Palestine, bukan Iraq, jadi jangan cuba buat persepsi yang huru-hara amat mudah dinyalakan di tanah merdeka ni. Rata-rata penduduk tanah bertuah ini Orangnya baik-baik, yang menolak kezaliman dan panjang akalnya.
- Kecoh benar bila lepas satu pilihanraya kecil, datang lagi satu. Dimana tu? Di Penanti, penang. Lama-lama kita semua ini tidak ada kerja lain. menadah telinga mendengar kata-kata munafik dan fitnah sepanjang berkempen. parti mana tu? parti yang jarang berdoa dan yang tak pernah berdoa langsung. Yang berdoa aku rasa jalannya lurus dan tidak bersimpang-siur. Sedang kita sepatutnya sibuk mengukuh atau menjaga ekonomi kita sebaik mungkin, ada pula ruang untuk menyuburkan rasuah politik. Apa khabar KJ, sudah menanti di Penantikah dia?
Komoditi Getah: Sinar Cahaya Untuk Penoreh getah Di Kg. Rambai 7
- Ini mungkin khabar yang terbaik untuk industri getah Malaysia, sekaligus para penoreh-penoreh getah tanahair. kekurangan stok semasa akan melonjakkan harga getah, mungkin sampai ke paras Rm4, seperti yang dinikmati untuk tempoh 2007-2008.
- Antara faktor-faktor kenaikan yang boleh difikirkan antaranya, getah asli sebagai barang pengganti yang jauh lebih murah dari getah sintetik untuk industri permotoran, terutamnya bahan mentah tayar.
- krisis ekonomi global dan pengecutan kemudahan kredit global, yang memberikan kesan dan tekanan kepada gergasi permotoran dunia seperti Toyota dan Honda, untuk mengurangkan kos dan meningkatkan tahap effisiensi masing-masing. pasaran komoditi getah tertumpu di tokyo, Jepun.
- mengambil laporan diatas, kini berlakunya kesusutan stok getah asli yang terendah dalam tempoh 16 tahun, iaitu 8.9 juta tan. pengeluar utama getah semasa mengikut turutan adalah sThailand, Indonesia dan Malaysia.
- Untuk membolehkan kenaikan ini dirasai oleh rakyat bawahan yang pagi-pagi keluar menoreh untuk mendapatkan susu yang banyak, maka jaringan pemborong-peraih mesti dikurangkan. Mungkin Felcra, Risda sudah boleh memikirkan cara yang terbaik.
- kepada mat-mat fit yang suka ambil jalan mudah curi getah buku orang lain, bawa-bawalah bertaubat. Yang kamu ambil itu titik peluh orang yang mencari rezeki halal dan sedarlilah mereka kalau sudah namanya penoreh, bukanlah orang yang kaya. Mereka juga kais pagi makan pagi, kais petang makan malam belum tentu.
- Secara perbandingan per hektar, komoditi getah adalah menguntungkan berbanding kelapa sawit. getah Rm 1,500 per hektar, sawit RM 800 per hektar.
Kalau Lantik Pun Salah, Tak Lantik Pun Salah, Maka Sampai Ke Anak Cucu Kita Nantilah Masalah Kepimpinan Ini Jawabnya Tidak Selesai.
- Apa yang terjadi di Thailand? Thailand ketika ini yang amatlah rusuh, kerana tindakan penyokong pro-Thaksin menuntut Abhisit untuk turun takhta dan diadakan pilihanraya semula. Tuntuan ini ada betulnya. Jika melalui proses demokrasi tulen, Thaksin telah menang dan berhak ke atas kerajaan Thailand. Namun, isu rasuah yang membelenggu dirinya dan kroni-kroninya itu telah juga menjadi kubur politiknya.
- Setelah mengepung lapangan Terbang, maka pemerintah tunduk dan menyerahkan kuasa kepada Abhisit melalui lantikan. Sekarang, sudah dua kali lima jadi sepuluh. sekarang giliran pro-Thaksin pula yang menjadi kumpulan pendesak. Kalau jatuh Abhisit, jalan-jalan raya di Thailand pasti penuh dengan baju kuning. Jatuh kuning, jalan-jalan raya penuh pula dengan baju merah. Kalau begini apakah yang akan terjadi kepada Thailand?
- Dalam konteks Malaysia, selepas pengumuman anggota kabinet yang lalu, akhbar ternama 'berita Harian' yang baru-baru ini menobatkan nabil sebagai artis paling popular yang mana telah meminta maaf kununnya dek kerana terlalu gembira telah terpeluk aweknya, irma, iaitu ex-gfriend kepada farid kamil telah melaporkan MIC telah memberi kata dua akan meninggalkan BN jika YB-YBnya yang menag tidak diberikan jawatan kanan dalam kabinet.
- Jika tuntutan ini dilayan, apakah ada komponen-komponen BN lain yang bakal membuat tuntutan yang sama. Dan jika tidak dilantik, adakah benar MIC akan meninggalkan BN? MIC perlu buat post-moterm dahulu akan perihal kekalahannya dalam PRU 12 yang lalu, kemudian baru berani buat tuntutan. Janganlah bersikap bodoh tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut.
- Jadi, sementelah lantik pun salah, tidak dilantik pun salah, maka bagaimanakah urusan-urusan kenegaraan yang penting, ekonomi dan khidmat awam contohnya akan dipersembahkan dengan sebaik mungkin jika dalam hal lantik-melantik ini pun kita saling mengeraskan kepala masing-masing?
- itu belum dikira kes-kes mahkamah yang bakal membicarakan hal siapayang dilantik, siapa yang tidak di lantik, dan lantikan siapa pulak yang sah, yang sedang berlangsung di Mahkamah kini. Yang mana Ni? Tu, yang di Perak tu apa cerita? Cukupkah dengan hanya dengan melihat, membaca dan bersembang-sembang sahaja?
Antara kemilau politik Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir.
- Dalam tempoh tiga minggu, sukar aku menggambarkan perjalanan emosi kedua-dua pemimpin muda, kahiry dan Mukhriz. Banyak benar persepsi-persepsi yang diberitakan akan perihal mereka, samada yang baik-baik ataupun yang buruk-buruk terhadap mereka ber-empat itu. Persis proses undi popular ala-ala akademi Fantasia. Afundi Qhaud.
- Mukhriz Mahathir, calon unggul untuk jawatan sayap keramat UMNO iaitu pergerakan pemuda. Mukhriz dikatakan calon bersih, dan kemilau sinar politiknya dikatakan banyak bergantung kepada pengaruh bapa. Negarawan ulung Malaysia, Tun M. bermula dengan jumlah pencalonan mantap, kira lebih kurang pasti menang. Namun kalah ditangan khairy dan agak memeranjatkan mendapat undi perwakilan yang terendah. Namun, bintangnya kembali bersinar apabila dilantik sebagai timbalan menteri petang tadi.
- Khairy Jamaluddin, susuk persona yang sensasi dan kontroversi, barangkali punya musuh dari dalam dan oposisi. Kemunculannya sarat dengan persepsi yang dia 'berkayuh' dengan pengaruh bapa mertuanya dan persepsi cara ia mempengaruhi pentadbiran ayah-mertuanya dengan agak menonjol dan tertonjol, tanpa disangka-sangka jadi pedang dua mata yang amat tajam. Namun, perjalanan politiknya ditakdirkan penuh misteri sehingga menang ketua pemuda pergerakan pemuda UMNO. Namun misteri sekali lagi menimpanya apabila selaku ketua pergerakan tersebut dia dicicirkan jawatan kabinet yang semenjak azali punya kerusi dalam kabinet.
- Bak kata seorang kawan, Kelebihan dan kedudukan Khairy adalah satu kelebihan kepada Paktan rakyat dan Mukhriz barangkali, katanya, hanya sekadar seorang pemuda yang kurang rambut. Yee Nam.
KeSELAMBAUan Dan KeberGANTANGan Kita
- Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Setiap denyut nafas kedua-dua bukit kini jadi perhatian. Kelangsungan barisan-barisan politik yang bertanding akan ditentukan nasibnya oleh daftar-daftar pemilih SPR.
- Berbeza dengan Batang Ai, apalah hendak dikirakan sangat jika Sarawak amat maju dan makmur dibawah kelolaan Taib Mahmud, dan tidak memerlukan kepada sebarang perubahan. Manusia selalu mengatakan inginkan perubahan, namun hakikatnya, manusia sebenarnya tidak selesa dengan perubahan.
- Hadiah tempat pertama sudah pastilah Bukit Gantang. Apa pun keputusannya, dikatakan datang bersama mesej. mesej yang amat diperlukan oleh parti-parti yang bertanding. Mesej samada mereka ditolak oleh masyarakat terbanyak atau diterima. mana yang ditolak, pasti sukar untuk membuktikan keyakinan, mana yang diterima pasti menjadi semakin kuat.
- Namun, akhirnya, pilihanraya hanya tinggal pilihanraya. kebiasaan hidup kita hanya kalau begitu, begitulah ia. Tiada yang istimewa, dan tidak memberi kesan sangat. Sebab ini bukan permainan kita, ini permainan orang politik. Orang politik ini opportunis, atau orang yang cekap mengambil peluang. Mana peluang yang dilambakkan, disitulah ia berhimpun, bersorak, dan bersorai. tiada yang pelik dan ganjil mengenai mereka ini.
- Cuma yang tinggal pada kita hanyalah 'suara' untuk mereka tafsirkan. Kita tidak menuntut perubahan, yang menuntut perubahan itu, kalau tidak silap hanya orang-orang politik. Yang sebelah sana kata kena berubah sebab dah lama, dah 50 tahun diberi peluang. Yang sebelah sini kata berubah agar diterima semula dan diberi keyakinan semula untuk memerintah. Bukahkah ianya nampak berbeza, tetapi serupa?
- Kita hanya memilih untuk bersuara sebagai memberi ingatan kuasa memilih mereka di puncak kuasa itu siapa. tidak lebih dari itu, dan percayalah tidak kurang daripada itu. Yang selebihnya adalah omongan-omongan kosong.
Ekonomi Kita
- Real Gross Import (-0.5%)
- Real Salaries & Wages in manufacturing sector (-0.4%)
- Index of Industrial Production (-0.3%)
- Real Contribution in EPF (-0.2%)
- Total employment in Manufacturing Sector (-0.1%)
Leading Index (LI): Digunakan sebagai penanda aras untuk jangkaan prestasi ekonomi untuk bulan berikutnya. LI untuk tempoh Jan 09 menurun sebanyak 0.4% @ 157.3 Mata, seperti yang berikut:-
- Real Total trade of 8 major partners (-0.7%)
- Ratio of price to unit labour cost (-0.4%)
- Real Money supply (-0.3%)
- New registered Company (-0.2%)
Penurunan berterusan Indeks LI dan CI untuk tempoh 6 bulan sebelumnya (Jun 08- Dec 08) menunjukkan ekonomi kita akan terus perlahan dan lembap untuk bulan-bulan akan datang.
Ini adalah laporan untuk tempoh Jan 09. Pengurangan dalam jumlah simpanan EPF, perdagangan luar negeri, dan jumlah tenaga kerja dalam sektor pengilangan pada pendapat saya menggambarkan pengecilan kuasa beli isirumah nasional.
Bacaan lanjut, klik sini
2. Prestasi Dagangan Luar Negara (External Trade) dilaporkan seperti yang berikut:-
In 2008, Malaysia’s external trade balance posted a surplus of RM142.0 billion, surged 41.5% or RM41.7 billion, as against RM100.3 billion recorded last year. Total exports increased by 9.6% to RM663.5 billion while imports expanded by 3.3% to RM521.5 billion. (Klik sini)
- In December 2008, Malaysia’s trade surplus showed a surge of 24.0% to RM11.7 billion compared with RM9.4 billion in the corresponding month of 2007. This was the 134th consecutive month of trade surplus since November 1997. (Klik sini)
- For the first month of the year 2009, Malaysia continued to record a trade surplus of RM8.8 billion as compared with RM9.7 billion a year ago. However, trade surplus was lower by 9.2% or RM894.6 million due to a decrease of exports and imports of 27.8% or RM14.7 billion and 32.0% or RM13.9 billion respectively. This was the 135th consecutive month of trade surplus since November 1997. (Klik sini)
- During the period January to February 2009, total trade amounted to RM135.64 billion, a decrease of 25.2% from the corresponding period of 2008. Exports decreased by 22.2% to RM77.86 billion, while total imports contracted by 28.9% to RM57.78 billion, resulting in a trade surplus of RM20.08 billion. (Klik Sini)
Sila layari http://www.statistics.gov.my di bahagian 'Latest Statistical Releases' untuk mengetahui statistik-statistik lain yang surat-surat khabar kita dan Tivo-Tivo kita geli nak siarkan.
Ada masa, cuba ke http://www.bnm.gov.my untuk data-data ekonomi yang lebih mengerikan.
Selamat mencuba.