dupavisitometer

Antara kemilau politik Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir.

  1. Dalam tempoh tiga minggu, sukar aku menggambarkan perjalanan emosi kedua-dua pemimpin muda, kahiry dan Mukhriz. Banyak benar persepsi-persepsi yang diberitakan akan perihal mereka, samada yang baik-baik ataupun yang buruk-buruk terhadap mereka ber-empat itu. Persis proses undi popular ala-ala akademi Fantasia. Afundi Qhaud.
  2. Mukhriz Mahathir, calon unggul untuk jawatan sayap keramat UMNO iaitu pergerakan pemuda. Mukhriz dikatakan calon bersih, dan kemilau sinar politiknya dikatakan banyak bergantung kepada pengaruh bapa. Negarawan ulung Malaysia, Tun M. bermula dengan jumlah pencalonan mantap, kira lebih kurang pasti menang. Namun kalah ditangan khairy dan agak memeranjatkan mendapat undi perwakilan yang terendah. Namun, bintangnya kembali bersinar apabila dilantik sebagai timbalan menteri petang tadi.
  3. Khairy Jamaluddin, susuk persona yang sensasi dan kontroversi, barangkali punya musuh dari dalam dan oposisi. Kemunculannya sarat dengan persepsi yang dia 'berkayuh' dengan pengaruh bapa mertuanya dan persepsi cara ia mempengaruhi pentadbiran ayah-mertuanya dengan agak menonjol dan tertonjol, tanpa disangka-sangka jadi pedang dua mata yang amat tajam. Namun, perjalanan politiknya ditakdirkan penuh misteri sehingga menang ketua pemuda pergerakan pemuda UMNO. Namun misteri sekali lagi menimpanya apabila selaku ketua pergerakan tersebut dia dicicirkan jawatan kabinet yang semenjak azali punya kerusi dalam kabinet.
  4. Bak kata seorang kawan, Kelebihan dan kedudukan Khairy adalah satu kelebihan kepada Paktan rakyat dan Mukhriz barangkali, katanya, hanya sekadar seorang pemuda yang kurang rambut. Yee Nam.

2 comments:

besi said...

muhkriz? hehehe dr M kata dah nak bersara habis semua dicampurnya...
semua orang tahu........

khairy..? sama la juga...tapi dahan yang hendak digantung sudah patah....

sepatutnya dua2 tue tak dapat jawatan dlm kerajaan.....
itulah pengaruh DR M .....kepada najib....muhkriz dapat.......

Anonymous said...

mahagaru memang negarawan ulung mentadbir negara ... mukriz salah satu contohnya .. sekian

- aku yg tulih nie lee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...