dupavisitometer

Canggung Medonan: Peralihan Isi Hiburan Perdana Yang Perlu

  1. Setujukah kita dengan pandangan yang begini: Program-program hiburan kita kini amatlah canggung pengisiannya?. jawapannya, banyak bergantung kepada kesukaan bentuk hiburan kita, samada kita amat meminati musik, lakonan, komedi, romantisme, soap-opera dan sebagainya. Adakah itu sahaja? jika begitu, jelas apa yang dihidangkan oleh TV-TV kita adalah amat terhad.
  2. Agaknya, itulah sebabnya KERAjaan berminat untuk menyediakan satu saluran TV berunsurkan Islam, ala-ala Radio IKIM untuk memenuhi tuntutan keagamaan diri kita dan juga mempotretkan imej yang reaktif-sensitif KERAjaan. Hasrat itu boleh dibaca sini.
  3. Ini juga akan menimbulkan persoalan, adakah apa yang ditawarkan oleh TV kita kini kurang pengisian Islami-nya, dan jika ada pun ianya mirip kepada canggung medonan? Adakah banyak yang mengarut? Banyakkah yang sampah? Banyakkah propaganda yang dipacu oleh berapa banyak dana? dan semata-mata memenuhi tuntuan komersil?
  4. Tuntutan komersil secara lumrahnya hanya boleh jadi komersil bila ianya bercirikan hedonisme. Dan setakat hari ini, hedonisme adalah lawan kepada unsur-unsur ISlami dalam kerangka hiburan kita. Sekurang-kurangnya dalam tulisan ini.
  5. Contohnya, rancangan hiburan Jangan Lupa Lirik (JLL). JLL menawarkan pemilihan peserta secara rawak dan perserta dikehendaki mengingati lirik-lirik lagu yang dikosongkan. begitu juga dengan rancangan Tom-Tom Bak (TTB). TTb kononya mencungkil bakat anak-anak kecil dalam nyanyian dan satu rancangan yang baik untuk mengukuhkan keyakinan diri, keupayaan bersosial dan bergembira dalam suasana yang cukup gembira.
  6. Mengapa tidak, kita adakah satu rancangan yang mirip JJL, tetapi diubah daripada lagu kepada mengingati surah-surah Lazim, dari juzuk yang ke 30 itu, yang ada 38 surah itu. Tawarkan hadiah wang tunai, tetapi pemenang hendaklah menginfakkan hadiah kemenangan itu kepada badan-badan amal taua apa jua bentuk amal dan sedekah jariah. Itu pasti lebih baik.
  7. Juga TTB, mengapa tidak diajarkan anak-anak itu bacaan-bacaana mudah dalam sembahyang, dan juz amma. Yang pasti, konsep hiburannya sama, pengisiannya sahaja yang lain. Mengapa tidak?
  8. Kita mungkin orang yang kurang baik dan kurang ilmu agama, tetapi sebagaimana fitrah manusia, kita pasti boleh mengakui mana yang baik dan mana yang buruk. Itulah fitrahnya. Yang mengelak fitrah hanya orang-orang yang termakan bisikan syaitan. Wallahu'alam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...