dupavisitometer

Kerajaan Perpaduan: Paksi Perjuangan Jangan Sekali-kali Di Kompromi

  1. Akhirnya, mana yang terang lagi bersuluh, mana yang jatuh, lagi ditimpa tangga. Begitulah keadaannya pasca idea Kerajaan Perpaduan (KP) yang begitu banyak mensensasikan iklim politik tanahair. Klik sini
  2. Yang pasti, bagaikan biduk yang lalu, kiambang bertaut jua. Yang terserlah adalah paksi perjuangan. UMNO dengan Melayu. PAS dengan Islam. Semuanya ciri-ciri penting survival Melayu di persada dunia. Perpaduan atas nama Islam itu lebih baik daripada perpaduan atas nama Melayu.
  3. Dan, yang mengkhianat dan menghancurkan melayu ke tahap hari ini adalah sekumpulan orang yang berjuang atas paksi Melayu, kerana mereka ditunggang gelojoh kuasa dan nafsu.
  4. Dan hingga ke hari ini, yang berpaksi Islam terus Istiqamah dengan seruan Al-Quran dan As-sunnahnya.
  5. Barangkali kita dapat menilai dengan sebaik-baik penilaian. Wallahua'lam.

1 comment:

besi said...

kp...mmg sedap didengar....
tapi ikhlas la yang paling penting.....

yang penting sekarang kedua dua pihak..memainkan peranan masing2 dan..
laksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah....supaya rakyat mendapat untung...itu je...susah sgt ke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...