dupavisitometer

Penyelewengan Dan Ketirisan Kontrak-Kontrak Lumayan Kerajaan

  1. Akhbar proksi MCA, 'The Star' hari melaporkan kos MRR 2 dalam 12 pakej pembinaanya dan pemulihannya berjumlah RM 880 juta.
  2. Juga, skandal penyelewengan PKFZ yang berjumlah lebih RM 10 Billion, yang sedang dalam siasatan suruhanjaya khas.
  3. PKFZ dan MRR2 adalah antara projek-projek lumayan Kerajaan yang sering dipertikai dan kontroversi kebelakangan ini. Mungkin dek kerana dasar ketelusan dan konsep pengurusan 'Rakyat di Utamakan', projek-projek ini menjadi sedikit 'panas'. Agaknyalah.
  4. Kita juga perlu yakin, ada lagi projek-projek lumayan kerajaan yang masih banyak sedang duduk diam di 'lubuknya' menuggu dengan sabar untuk dibaham 'buaya'.
  5. Juga, kita perlu yakin ada banyak lagi projek-projek lumayan kerajaan yang kandas ditengah jalan yang tak siap tetapi di 'full claim' oleh pemenang tender dan kontraktor-kontraktornya. Ini persepsi, jadi mungkin betul dan mungkin juga tidak. Mungkin ada juga projek lumayan kerajaan yang sebenarnya tidak berapa lumayan, tetapi di 'naiktarafkan' jadi lumayan.
  6. Jadi, bila kita yakin dengan sepenuhnya akan perkara-perkara ini, adakah kita sepatutnya sedar yang tanahair kita ini sedang diuruskan oleh orang-orang yang buruk amanahnya?
  7. Mana-mana kontrak yang tidak amanah dan telus, adalah haram, ditambah pula dengan unsur rasuah. Ada lebih kurang RM 11 billion duit haram sedang berpusing-pusing dalam tanahair kita ini. Itu yang kita ketahui, yang tidak kita ketahui kita serahkanlah kepada Tuhan kita yang Maha Adil dan Maha menghukum.

1 comment:

besi said...

nanti ada pula orang kata, tak payah la korek2 cite lama...kita kena terus pandang depan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...