dupavisitometer

Kenalkah Hassan Ali, Isa Samad & Ali Rustam Siapa Lawan Mereka Yang Sebenarnya?

Isu PAS Selangor (UG, Jualan 'beer' di 711, dan terbaru Selcat) kembali meletakkan Hassan Ali sebagai teraju utama. Hassan Ali perlu mengenal musuh hakiki. Jangan dilayan jerangkap samar dan telaga air itu sama. Walaupun nampaknya sudah selesai, Hassan Ali perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kesan dan kerosakkan dari kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkannya.
Dalam politik persepsi hari ini, sumber ketiga yang dipakai orang, samada blog, akhbar on-line dan teori sendiri-sendiri.
Untuk PRK Bagan Pinang pula, Isa Samad macam kena 'set-backs'.
untuk memahami semua ini, ada baiknya kita mengingati semula kejadian-kejadian turun-naik Naib-Naib presiden UMNO yang terkena sepak-terajang UMNO, 10 tahun kebelakang ini, terutamanya Isa Samad dan Ali Rustam.
Mula-mula Isa Samad kena tuduhan rasuah, datang satu lagi penggal, Ali Rustam pula yang kena. Isa kena di garisan penamat. Ali Rustam kena dekat garisan mula. Dua-dua hilang peluang panjat tangga takhta parti. Orang pun berkata ianya lumrah politik.
Mungkin Isa dan Ali pandang rendah kemampuan musuh. Mereka ingat mereka macam Elliot Ness, 'The Untouchables" yang mendakwa Al Capone. Entah-entah "Al-Capone" Isa dan Ali sudah tinggi dalam parti sekarang. Mungkin itu sebabnya Isa susah untuk 'Come-backs' dan Ali kena 'lay-low' untuk sebarang usaha-usaha diperingkat pusat dan berusaha untuk jadi orang yang bertaqwa selepas mendakwa TG Nik Aziz sebagai orang yang tidak bertaqwa di PRK Permatang Pasir yang lalu.
Soalnya, siapa 'Al-Capone' Isa dan Ali Rustam dalam UMNO?

2 comments:

besi said...

bagan pinang....BN menang undi bertambah khabarnya...

sumber? aku sendiri la

Anonymous said...

teori sendiri ok.

Intelligent aku bagitahu BN kalah. Kalu menang pun dengan undi Pos.

kalau BN kalah Bagan Pinang nie, BN kena insaflah nasibnya di PRU 13
nanti. berat tanggungan pak jib ni..F1 lagi.

apa khabar tony Fernandez?

Ras Raka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...