dupavisitometer

Biasiswa JPA dan Sensitiviti

isu biasiswa adalah isu sensitif. dan, apabila berita yang mengatakan biasiswa luar negara akan dihentikan, dipandang sepi oleh NGO-NGO melayu, termasuklah NGO paling hebat sekarang, Perkasa.
tiada semburan kata yang berapi-api dan penuh asid dihamburkan kepada langkah pemberhentian biasiswa ini. sebagaimana sepinya masyarakat dalam edisi penghapusan biasiswa peringkat sekolah menengah dan rendah dan juga hingga ke peringkat universiti tempatan.
semuanya dihapuskan, dan di komersilkan dan diperbadankan, sehingga secara tidak langsung memberi pendedahan awal kepada mahasiswa dan siswi untuk menjadi penghutang tegar, dan menjadi si muflis. dan, keluh-kesah ibu bapa dan sekolah akan perihal school fees, terutamanya yang duduk berasrama, tinggal sepi dan diam dibawah karpet.
setakat ini, hanya MIC sahaja yang bangun untuk mendapatkan penjelasan, bahawasanya apakah tindakan memansuhkan biasiswa luar negeri ini betul-betul akan dilaksanakan atau hanya sekadar cadangan? sedangkan yang lain, sibuk dengan hal remeh temeh yang secara mata kasarnya pun dapat dilihat adalah isu-isu personal dan sedikit politik kedendaman.
gagal meletakkan sesitiviti separa dengan isu-isu survival mereka sendiri.
walaupun telah dijelaskan bahawa ianya khusus untuk ijazah lanjutan, namun langkahnya masih kelihatan janggal. seharusnya, diperingkat mana pun, keinginan pembelajaran, seharusnya dipermudah dan disokong, bukannya disekat-sekat. diiikut ukuran mana ilmu ini seharusnya ada ilanjutkan atau tidak.
apakah pendirian kita akan pendidikan tahap tinggi dan lanjutan dalam bidang kosmologi dan robotik contohnya. duit sudah habis berjuta hantar angkasawan ke angkasa yang akhirnya menjadi penceramah ulung. pergi ke angkasa balik jadi penceramah ulung. titiknya tidak bertemu.
setiap keputusan seharusnya muktamad. jika tergantung, orang susah mahu bergerak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...