drama bersiri "aku-nak-kawal-barang-subsidi-engkau-tak-bagi-kenapa" akhirnya sudah hampir ke kemuncak drama. macam siri-siri drama spa q, adamaya dan nurkasih. cuma, siapa yang bakal menitiskan airmata masih menjadi persoalan.
kisah sebermula apabila terdapat rungutan 'kehilangan' bekalan gula di sekitar bandar-bandar di terengganu, lembah kelang dan johor. dan, sedikit pelik penyeludup gula tanpa semena-mena telah di berkas di tawau. yang kena tangkap di tawau, yang heboh kurang bekalan pula di semenanjung. interconnection para penyeludup nampaknya sudah bertambah baik, sudah first class.
walhal, kekurangan supply gula adalah berkaitan dengan pembentangan pelan pengurangan subsidi yang diumumkan oleh kerajaan. Samada kerana terpengaruh atau tidak cukup maklumat, ada usaha-uasaha menyorok barang kawalan tersebut andai pemotongan subsidi itu diumumkan perlaksanaanya secara serta-merta.
pelan itu masih belum muktamad dan masih dalam fasa pungutan suara umum. (Ini style baru kerajaan buat dasar - people involvement is very crucial!)
berikutan itu, timbul idea yang sangat bagus dari penguasa (ahli politik) untuk memusatkan informasi pengedar-pengedar dan peruncit-peruncit barang kawalan tersebut dengan memperkenalkan kaedah perlesenan wajib. ini bagi memudahkan tracking ketirisan bekalan dan melakukan pemantaun intensif, terutamanya menjelang musim-musim perayaan, hari raya akan datang contohnya.
Namun, dengan sepantas kilat juga, para saudagar-saudagar (towkey) membuat bising hingga sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa bersedia dan sanggup memboikot jualan barangan kawalan ini. kedai-kedai mamak satu malaysia sudah hampir panik. antara keluhan-keluhan yang didengari ialah kaedah perlesenan ini membebankan dan tidak relevan. sudahlah menjual barangan kawalan yang harganya dikawal, untung tidak seberapa, terbeban dan dipantau pula.
tarik tali ini berlanjutan, dan akhir-akhir ini nada penguasa mengendur sedikit demi sedikit.
gula, tepung, dan minyak memang barangan kawalan. namun, ia juga adalah barang keperluan. Apabila bercakap kurangkan makan gula, menambah kesihatan memang sedap diucapkan. tetapi, jika berkunjung ke kenduri-kendara, majlis-majlis keraian samada rasmi atau tidak rasmi, kalau minum sirap, makan karipap, jamah lauk pauk tawar semacam tidak berasa masam-manis, penganjur atau tuan rumah juga yang dikutuk orang.
jadi, harusnya ambillah pendekatan yang lebih realistik. tolong jangan buat tindakan atau cadangan yang terburu-buru. nanti susah nak tutup malu dan bodoh. sekali termalu dan terbodoh sendiri, sampai bila-bila orang ingat.
kalau dibuat lesen untuk setiap kilo gula pun, kalau sudah namanya penyangak, memang penyangak jugalah dia.
yang penting selalu-selalulah buat ambush pada bila-bila masa yang dirasakan akan ada potensi untuk berlakunya kurangan bekalan. ini seharusnya mudah, sebab kilang gula di malaysia ini bukannya banyak sampai berjuta. ada 6 buah sahaja. lebihan permintaan kita import dari brasil. bukalah satu liaison office di setiap pelabuhan masuk, laksanakan pemeriksaan pergerakan kargo secara intensif. apa salah?
fikir bagi ligat sikitlah pihak penguasa. jangan pakai intel celeron lagi. di penghujung hari, yang paling penting, bukan harga, tetapi kelangsungan bekalan.
One licence to rule them all: Malaysian Insider/16 june
Usaha boikot gula tidak menjadi: BH/16 June
No comments:
Post a Comment