dupavisitometer

trade exchange: nuclear for food


menurut laporan al-jazeera, perbincangan awal di antara world 'super power' the amerikah dan 'asian bad boy' korea utara telah bersetuju untuk trade nuclear dengan food aid. persetujuan korea utara untuk menghentikan program nuclear enrichmentnya yang ditimbal balik dengan bantuan makanan berjumlah 250,000 tan oleh amerika. dengan bonus, korea utara membenarkan pasukan penyiasat international melakukan pemeriksaan moratorium (apa ke jadahnya moratorium ini?) yang dijalankan.

baca sini

seperti yang dibincangkan oleh banyak pihak, ini adalah rare deal yang dicapai diantara korea utara dan amerikah. bagi makanan itu sudah pastilah menguntungkan korea utara, cuma apa yang amerikah dapat dengan program nuclear korea utara?

adakah amerikah ingin enhance lagi teknologi nuklearnya? jika ya, siapa pula yang hendak amerikah serang? dan siapa pula yang sangat kuat kondisi persenjataan nuclearnya sampai amerikah kena enhance lagi program nuclear sedia adanya?

adakah program persenjataan Iran sudah mencapai tahap dewa?

atau amerikah memang berhati murni untuk menghentikan kegilaan nuclear korea utara sebelum anak kim jong il ini turut gila nak bernuclear macam bapaknya? atau adakah ini grand designed penjajah tanah besar korea (dengan menggabungkan korea utara selatan) yang amerikah bercita-cita menjadi godfathernya, seterusnya menyeimbangkan kuasa infantri dan ekonomi China selaku taiko besar asia?

atau ini satu grand design world stability, dengan menenangkan asia dan menumpukan world unstability hanya pada middle east? atau the north korean have become stupid, jadi komunis murtad dan turn to capitalist?

apakah yang akan terjadi kalau tanah besar korea, utara dan selatan jadi free market?

erykah baduizm dan badrol amin pkr

barangkali, selepas conflicting anwarians vs azizans dalam urusan lantikan exco yang hanya pure politics shoot-out pakatan dan umno, kisah erykah badu yang dibatalkan konsertnya saat-saat akhir kerana penghinaanya kalimah dalam bentuk tatoo dan 'penangkapan' badrol amin dalam skandal khalwat-bini-orang- di swiss garden hotel pula adalah sesuatu yang lain.

bahana erykah badu dan badrol amin ini ada konflik persepsi berkenaan moral yang dalam.

untaian kisah ust. badrol amin (yang juga pimpinan kanan pkr) ini memang golden bullet untuk blogger-blogger pro UBN, sekaligus meninggalkan blogger-blogger pakatan 'lemas' dan defensif untuk mempertahankan ust. badrol amin. banyak juga persoalan, samada yang berniat baik dan jahat diutarakan oleh kedua-kedua puak, termasuk dengan masalah tangkapan jaipp, kena pukul sampai 20 orang, sessi kaunseling pukul 2 pagi tanpa muslimat lain, pertanyaan dari istana yang akhirnya disimpulkan dengan mudah oleh ust. badrol amin bahawa semua ini adalah perancangan jahat UBN untuk menjatuhkan karier politiknya. mungkin betul, dan mungkin juga tidak, tetapi sebaiknya ust. badrol amin mengesahkan dulu bahawa beliau tidak bersalah dan di'suci'kan dari tuduhan / persepsi terlibat dengan khalwat itu sebelum memanjangkan tuduhan kepada UBN. ianya seakan-akan mengeluarkan statement bahawa ada pertolongan dan campur tangan istana pahang, padahal bila dijelaskan pihak istana hanya nak tahu siapa yang kena tangkap sahaja.

dan, kedudukannya sebagai seorang ustaz dan mengamalkan poligami, menjadikan situasi ini lebih berkecamuk dari biasa.

dengan masalah kalimah tatoo erykah badu ini memang berat, namun tidak seberat dengan masalah music video 'window seat' yang kontroversi itu. music video 'window seat' menunjukkan erykah badu keluar kereta dan berjalan sambil menanggalkan pakaian satu persatu dan seterusnya berbogel dan rebah di tapak dimana JFK dibunuh. oleh kerana video ini video lama agaknya, tatoo kalimah itu tidak kelihatan. mungkin benar dakwaan daphne iking bahawa tatoo itu hanya tatoo palsu.

masalah kalimah adalah masalah super sensitif. jadi aku menyokonglah tindakan pak rais yatim membatalkan konsert tersebut. panggilah orang lain, artis malaysia ramai lagi yang tak cukup makan, hehehe. bukan aku tak nak bincang, tapi mungkin tak sedia. sebab dalam bible kawan aku si joseph dulu, ayat pertama dalam bible dia 'Allah'. tapi akidah joseph trinity.

akidah aku Tiada Tuhan Yang layak Disembahkan Melainkan Allah Yang Maha Esa, dan Muhammad itu Rasulullah.

values & intellect by charlie bucket

charlie bucket (kiri sekali)
semalam aku tengok cerita 'charlie and chocolate factory'.

cerita yang diadaptasi daripada buku cerita kanak-kanak roald dahl (1964) dengan tajuk dan tema yang sama. johnny depp melakonkan watak willy wonka, freak chocolate dan filem ini diarahkan oleh 'sekutu hollywood' johnny depp, iaitu tim burton. walaupun entah yang ke-berapa kali aku menonton cerita ini, 'perasaan' usai menonton masih sama, dan seringkali terulang bila aku menonton genre filem yang lebih kurang sama, iaitu 'series of unfortunate event - lemoney snicket'.

sebab, apabila ditanggalkan segala gilang-gemilang dan solekan gah hollywood daripada cerita ini, yang tinggal hanyalah 'values' dan 'intellect'. dan, barangkali banyak filem-filem tempatan atau hollywood yang lain, jika kita 'tanggalkan' segala gilang-gemilang, solekan, letupan serta 'tricks n tales'nya, jarang kita 'mendapat' apakah 'values' dan 'intellect' yang ditinggalkan dalam filem itu untuk kita 'kunyah' dan 'hadam'.

untuk pendapat aku, watak charlie bucket, zahirnya seorang budak miskin, dengan keadaan rumah yang daif, serta hidup dalam serba kurang, dicukupkan oleh ahli-ahli kelurganya yang lain dengan sesuatu yang 'intangible', iaitu nilai-nilai kebersamaan dan saling hormat menghormati, sekaligus membekaskan satu belief dalam diri charlie bahawa yang intangible itu prioriti dibandingkan dengan tangible.

ini dibuktikan dengan scene dimana charlie mencadangkan agar golden ticket itu dijual agar duit itu dapat digunakan untuk menampung belanja rumah mereka yang semakin tenat. namun, datuknya berpesan, duit akan sentiasa ada diluar sana, bahkan semakin membiak-biak, dan bukanlah sesuatu yang eksklusif. sedangkan, golden ticket itu pula adalah satu peluang yang jarang-jarang ada, bahkan hanya ada 5 sahaja dalam dunia (dalam konteks pertandingan yang dianjurkan oleh willy wonka), dan sangat-sangat eksklusif. ini adalah satu kiriman mesej generasi tua kepada generasi muda bahawa material itu sebenarnya bukan apa-apa jika dibandingkan dengan cita-cita ataupun impian, walau apapun harganya.

maka, dengan 'tarbiyyah' values dan intellect ini, menjadi bekal kepada charlie untuk kekal dan maintain rasional dan sober apabila menghadapi 'ujian' sewaktu tour kilang willy wonka dan
yang mana kanak-kanak spoil yang lain gagal. akhirnya, charlie memenangi hadiah yang terulung, iaitu menjadi pewaris kepada kilang chocolate willy wonka.

weekend..here at sharjah



weekend sini hari juma'at. kalau tak silap, middle east country memang weekend hari juma'at sabtu. sebab secara mudahnya hari juma'at ni dari siang ke malamnya penuh dengan barkah dan rahmat, jadi inilah hari terbaik untuk melupakan seketika urusan dunia, dan fokus pada ladang akhirat. tak gitu? apapun, ini bukanlah satu pengalaman yang pelik untuk aku, sebab 5 tahun di kedah dulu pun, cuti weekend hari juma'at juga.

jadi, hari ahad semuanya kerja dan berjalan macam biasa. cuma, department aku yang handle import-eksport ni, hari ahad jadi sunyi, sebab international office kebanyakkannya cuti. no phones, no quotes, no payment can be arranged. jadi, hari ahad selalunya berlalu dengan amat perlahan dan membosankan. kalau di malaysia dulu aku selalu 'monday blues', kat sini selalu pulak kena 'sunday blues'. adoi ai...

jadi, bila weekend kat sini, juma'at pagi bila bangun, seperti biasa aku settlekan baju-baju, dan pakaian-pakaian stock seminggu tuh. bila dah siap, aku tanak nasi pulak. bila masak, setup mode 'warm'. jadi, lepas juma'at tu just masak lauk jer. takder lah stress nak masak lauk+nasi sekaligus dan menunggu lama. dulu, aku ngn housemate selalu keluar cuci-mata a.k.a mengabiskan duit lepas semayang juma'at. tetapi, selepas beberapa kali terperangkap dalam kesesakkan manusia dan bau-bauan rempah yang bercampur peluh, aku decide jalan-jalan hari sabtu jer lah. memang hari juma'at orang pack giler, nak tolak trolli susah, tunggu teksi susah, bayar bill susah. adoi ai..aku yang memang sedia alah dengan orang sesak-sesak ni akan tercepat sangat naik angin.

tapi, bila jalan-jalan hari sabtu, mostly orang taklah pack sangat. biasa-biasa jer. lama-lama barulah faham, kebanyakan industrial kat uae ni kerja 6 hari seminggu. maknanya, sabtu-khamis kerja, cuti hanya hari juma'at. tak macam kita yang kerja 5 hari seminggu. dan yang menambahkan lagi sesak-sesak ini ialah tindakan majoriti pusat-pusat membeli belah yang mempraktikkan 'weekend sales' dengan harga runtuh dan diskaun sampai 70 ke 80 persen. giler betul. tiap-tiap minggu.

jadi, hari yang tenang ialah hari sabtu. dengan cuaca yang sepoi-sepoi bahasa dan dingin ini, memang best kalau jalan-jalan menikmati pemandangan sekitar aparment dan Al-Qasba, pusat komuniti dan aktiviti masyarakat setempat.

hari ini ada bunga ribut pasir, dan hari ini hari ahad.

anwar dan israel


tatkala hubungan 'ketenteraan' rantau timur tengah, terutamanya konflik dalaman syria, ketegangan iran-saudi-amerika, kesuraman ekonomi global dan rentak politik domestik amerika yang menuju pemilihan presiden baru yang diselubungi dengan isu ekonomi domestik, memberikan komentar yang pro-israel seharusnya menjadi agenda terakhir anwar.

sebagai seorang politikus tua yang kini fokusnya menuju putrajaya, perkembangan terbaru ini mungkin senjata terbaik umno-bn untuk kembali duduk di posisi menyerang, setelah sekian lama terasak dengan isu-isu salahgunakuasa dan rasuah besar-besaran yang memaksanya bertahan untuk beberapa bulan.

seharusnya, jika sudah ke peringkat ini, dimana setiap cakap-cakap di media perdana yang pasti menghampuk balik anwar atau mana-mana jua proksi pakatan, anwar dan proksi-proksinya sudah bijak mengeluarkan press statement.

isu-isu berkaitan orang melayu tersangatlah sensitif, terutamanya dengan isu israel, halal haram dan siapa lebih alim, yang sudah sedia menjadi pembalik arus perhatian perdana, memburukan lagi keadaan. 

walauapapun strategi dan keuntungannya, mungkin kali ini anwar tersepit. pas pasti terheret sama, sebab pas memang selalu benar terperangkap dengan isu-isu bingung yang bukan sahaja membingungkan mereka, malah membingungkan orang lain.

dan dap kekallah disitu sebagai parti yang hendak menghakis kedaulatan hak istemewa melayu, setidak-tidaknya kepada hassan ali dan geng-geng perkasa dan katak-katak ibrahim ali.

kita memerlukan hiburan baru.






velentina costa

selain isu beg sekolah berat, isu sambutan valentine juga adalah isu re-cycle yang sentiasa membelahkan fikiran rakyat. dan pertembungan itu selalunya terjadi diantara kem alim-ugama, golongan tua dan muda. yang paling tepat, masalah zinalah, apa lagi.

masalah maksiat dan pengisian sambutan itu hanya isu sampingan. sebab, kemaksiatan ini, bukan hanya dilakukan oleh orang muda, juga dilakukan oleh orang tua dan berumur juga. yes people, bab nak menggatal dan masalah bil-bil air tertunggak haram ini berlaku, tak kira hari velentine ke tidak, paderi kafirkan orang islam ke tidak, jatuhnya cardoba atau tidak, kerajaan setuju ke tidak, pas setuju ke tidak, engkau nak rai ke tidak, aku nak rai ke tidak, hari sambutannya ada dalam takwin kalendar hijrah ke tidak,  jujurnya tidak pernah bersangkut-paut langsung.

yang bersangkut paut, yang diajar, yang disaran, dan yang diturunkan oleh kitab maha suci Al-Quran ada dua, iaitu jangan mendekati zina, dan meninggalkan hal yang sia-sia seperti membuat tatoo dan bertilik nasib. dalam masalah zina, dekat pun jangan, buat apatah lagi. 

dan, aku fikir keperluan kepada sambutan valentine ini adalah sia-sia, sebab rasa cinta, kasih dan sayang itu seharusnya meresap dan lalu disetiap pembuluh darah diantara dua insan yang sudah pun halal pergaulannya. mana yang tak halal, cukuplah dengan sekadar apa yang di bataskan. 

kita mungkin mempertikaikan ini semua, namun Allah SWT telah berfirman, bahawasanya yang Maha Mengetahui itu lebih dekat dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk seorang hambanya, dan sesungguhnya Allah Yang Maha Gagah Perkasalah sebaik-baik tempat untuk bergantung. 


selainnya, kita shut-off sahajalah, walau apapun hujahnya, tidaklah sebaik hujah kita ini.

Wallahu'alam. Allah Jua Yang Maha Mengetahui.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...