dupavisitometer

values & intellect by charlie bucket

charlie bucket (kiri sekali)
semalam aku tengok cerita 'charlie and chocolate factory'.

cerita yang diadaptasi daripada buku cerita kanak-kanak roald dahl (1964) dengan tajuk dan tema yang sama. johnny depp melakonkan watak willy wonka, freak chocolate dan filem ini diarahkan oleh 'sekutu hollywood' johnny depp, iaitu tim burton. walaupun entah yang ke-berapa kali aku menonton cerita ini, 'perasaan' usai menonton masih sama, dan seringkali terulang bila aku menonton genre filem yang lebih kurang sama, iaitu 'series of unfortunate event - lemoney snicket'.

sebab, apabila ditanggalkan segala gilang-gemilang dan solekan gah hollywood daripada cerita ini, yang tinggal hanyalah 'values' dan 'intellect'. dan, barangkali banyak filem-filem tempatan atau hollywood yang lain, jika kita 'tanggalkan' segala gilang-gemilang, solekan, letupan serta 'tricks n tales'nya, jarang kita 'mendapat' apakah 'values' dan 'intellect' yang ditinggalkan dalam filem itu untuk kita 'kunyah' dan 'hadam'.

untuk pendapat aku, watak charlie bucket, zahirnya seorang budak miskin, dengan keadaan rumah yang daif, serta hidup dalam serba kurang, dicukupkan oleh ahli-ahli kelurganya yang lain dengan sesuatu yang 'intangible', iaitu nilai-nilai kebersamaan dan saling hormat menghormati, sekaligus membekaskan satu belief dalam diri charlie bahawa yang intangible itu prioriti dibandingkan dengan tangible.

ini dibuktikan dengan scene dimana charlie mencadangkan agar golden ticket itu dijual agar duit itu dapat digunakan untuk menampung belanja rumah mereka yang semakin tenat. namun, datuknya berpesan, duit akan sentiasa ada diluar sana, bahkan semakin membiak-biak, dan bukanlah sesuatu yang eksklusif. sedangkan, golden ticket itu pula adalah satu peluang yang jarang-jarang ada, bahkan hanya ada 5 sahaja dalam dunia (dalam konteks pertandingan yang dianjurkan oleh willy wonka), dan sangat-sangat eksklusif. ini adalah satu kiriman mesej generasi tua kepada generasi muda bahawa material itu sebenarnya bukan apa-apa jika dibandingkan dengan cita-cita ataupun impian, walau apapun harganya.

maka, dengan 'tarbiyyah' values dan intellect ini, menjadi bekal kepada charlie untuk kekal dan maintain rasional dan sober apabila menghadapi 'ujian' sewaktu tour kilang willy wonka dan
yang mana kanak-kanak spoil yang lain gagal. akhirnya, charlie memenangi hadiah yang terulung, iaitu menjadi pewaris kepada kilang chocolate willy wonka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...