dupavisitometer

erykah baduizm dan badrol amin pkr

barangkali, selepas conflicting anwarians vs azizans dalam urusan lantikan exco yang hanya pure politics shoot-out pakatan dan umno, kisah erykah badu yang dibatalkan konsertnya saat-saat akhir kerana penghinaanya kalimah dalam bentuk tatoo dan 'penangkapan' badrol amin dalam skandal khalwat-bini-orang- di swiss garden hotel pula adalah sesuatu yang lain.

bahana erykah badu dan badrol amin ini ada konflik persepsi berkenaan moral yang dalam.

untaian kisah ust. badrol amin (yang juga pimpinan kanan pkr) ini memang golden bullet untuk blogger-blogger pro UBN, sekaligus meninggalkan blogger-blogger pakatan 'lemas' dan defensif untuk mempertahankan ust. badrol amin. banyak juga persoalan, samada yang berniat baik dan jahat diutarakan oleh kedua-kedua puak, termasuk dengan masalah tangkapan jaipp, kena pukul sampai 20 orang, sessi kaunseling pukul 2 pagi tanpa muslimat lain, pertanyaan dari istana yang akhirnya disimpulkan dengan mudah oleh ust. badrol amin bahawa semua ini adalah perancangan jahat UBN untuk menjatuhkan karier politiknya. mungkin betul, dan mungkin juga tidak, tetapi sebaiknya ust. badrol amin mengesahkan dulu bahawa beliau tidak bersalah dan di'suci'kan dari tuduhan / persepsi terlibat dengan khalwat itu sebelum memanjangkan tuduhan kepada UBN. ianya seakan-akan mengeluarkan statement bahawa ada pertolongan dan campur tangan istana pahang, padahal bila dijelaskan pihak istana hanya nak tahu siapa yang kena tangkap sahaja.

dan, kedudukannya sebagai seorang ustaz dan mengamalkan poligami, menjadikan situasi ini lebih berkecamuk dari biasa.

dengan masalah kalimah tatoo erykah badu ini memang berat, namun tidak seberat dengan masalah music video 'window seat' yang kontroversi itu. music video 'window seat' menunjukkan erykah badu keluar kereta dan berjalan sambil menanggalkan pakaian satu persatu dan seterusnya berbogel dan rebah di tapak dimana JFK dibunuh. oleh kerana video ini video lama agaknya, tatoo kalimah itu tidak kelihatan. mungkin benar dakwaan daphne iking bahawa tatoo itu hanya tatoo palsu.

masalah kalimah adalah masalah super sensitif. jadi aku menyokonglah tindakan pak rais yatim membatalkan konsert tersebut. panggilah orang lain, artis malaysia ramai lagi yang tak cukup makan, hehehe. bukan aku tak nak bincang, tapi mungkin tak sedia. sebab dalam bible kawan aku si joseph dulu, ayat pertama dalam bible dia 'Allah'. tapi akidah joseph trinity.

akidah aku Tiada Tuhan Yang layak Disembahkan Melainkan Allah Yang Maha Esa, dan Muhammad itu Rasulullah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...