dupavisitometer

velentina costa

selain isu beg sekolah berat, isu sambutan valentine juga adalah isu re-cycle yang sentiasa membelahkan fikiran rakyat. dan pertembungan itu selalunya terjadi diantara kem alim-ugama, golongan tua dan muda. yang paling tepat, masalah zinalah, apa lagi.

masalah maksiat dan pengisian sambutan itu hanya isu sampingan. sebab, kemaksiatan ini, bukan hanya dilakukan oleh orang muda, juga dilakukan oleh orang tua dan berumur juga. yes people, bab nak menggatal dan masalah bil-bil air tertunggak haram ini berlaku, tak kira hari velentine ke tidak, paderi kafirkan orang islam ke tidak, jatuhnya cardoba atau tidak, kerajaan setuju ke tidak, pas setuju ke tidak, engkau nak rai ke tidak, aku nak rai ke tidak, hari sambutannya ada dalam takwin kalendar hijrah ke tidak,  jujurnya tidak pernah bersangkut-paut langsung.

yang bersangkut paut, yang diajar, yang disaran, dan yang diturunkan oleh kitab maha suci Al-Quran ada dua, iaitu jangan mendekati zina, dan meninggalkan hal yang sia-sia seperti membuat tatoo dan bertilik nasib. dalam masalah zina, dekat pun jangan, buat apatah lagi. 

dan, aku fikir keperluan kepada sambutan valentine ini adalah sia-sia, sebab rasa cinta, kasih dan sayang itu seharusnya meresap dan lalu disetiap pembuluh darah diantara dua insan yang sudah pun halal pergaulannya. mana yang tak halal, cukuplah dengan sekadar apa yang di bataskan. 

kita mungkin mempertikaikan ini semua, namun Allah SWT telah berfirman, bahawasanya yang Maha Mengetahui itu lebih dekat dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk seorang hambanya, dan sesungguhnya Allah Yang Maha Gagah Perkasalah sebaik-baik tempat untuk bergantung. 


selainnya, kita shut-off sahajalah, walau apapun hujahnya, tidaklah sebaik hujah kita ini.

Wallahu'alam. Allah Jua Yang Maha Mengetahui.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...