weekend sini hari juma'at. kalau tak silap, middle east country memang weekend hari juma'at sabtu. sebab secara mudahnya hari juma'at ni dari siang ke malamnya penuh dengan barkah dan rahmat, jadi inilah hari terbaik untuk melupakan seketika urusan dunia, dan fokus pada ladang akhirat. tak gitu? apapun, ini bukanlah satu pengalaman yang pelik untuk aku, sebab 5 tahun di kedah dulu pun, cuti weekend hari juma'at juga.
jadi, hari ahad semuanya kerja dan berjalan macam biasa. cuma, department aku yang handle import-eksport ni, hari ahad jadi sunyi, sebab international office kebanyakkannya cuti. no phones, no quotes, no payment can be arranged. jadi, hari ahad selalunya berlalu dengan amat perlahan dan membosankan. kalau di malaysia dulu aku selalu 'monday blues', kat sini selalu pulak kena 'sunday blues'. adoi ai...
jadi, bila weekend kat sini, juma'at pagi bila bangun, seperti biasa aku settlekan baju-baju, dan pakaian-pakaian stock seminggu tuh. bila dah siap, aku tanak nasi pulak. bila masak, setup mode 'warm'. jadi, lepas juma'at tu just masak lauk jer. takder lah stress nak masak lauk+nasi sekaligus dan menunggu lama. dulu, aku ngn housemate selalu keluar cuci-mata a.k.a mengabiskan duit lepas semayang juma'at. tetapi, selepas beberapa kali terperangkap dalam kesesakkan manusia dan bau-bauan rempah yang bercampur peluh, aku decide jalan-jalan hari sabtu jer lah. memang hari juma'at orang pack giler, nak tolak trolli susah, tunggu teksi susah, bayar bill susah. adoi ai..aku yang memang sedia alah dengan orang sesak-sesak ni akan tercepat sangat naik angin.
tapi, bila jalan-jalan hari sabtu, mostly orang taklah pack sangat. biasa-biasa jer. lama-lama barulah faham, kebanyakan industrial kat uae ni kerja 6 hari seminggu. maknanya, sabtu-khamis kerja, cuti hanya hari juma'at. tak macam kita yang kerja 5 hari seminggu. dan yang menambahkan lagi sesak-sesak ini ialah tindakan majoriti pusat-pusat membeli belah yang mempraktikkan 'weekend sales' dengan harga runtuh dan diskaun sampai 70 ke 80 persen. giler betul. tiap-tiap minggu.
jadi, hari yang tenang ialah hari sabtu. dengan cuaca yang sepoi-sepoi bahasa dan dingin ini, memang best kalau jalan-jalan menikmati pemandangan sekitar aparment dan Al-Qasba, pusat komuniti dan aktiviti masyarakat setempat.
hari ini ada bunga ribut pasir, dan hari ini hari ahad.
No comments:
Post a Comment