euro 2012
euro 2012, aku tengok kat UAE, channel al-jazeera sport. balik kerja dalam pukul 8 malam game dah start, sampai habis pukul 1230 malam. ngam-ngam, tak payah nak sengkang mata macam kat malaysia, hehehe. tapi aku agak sambutannya hambar dikalangan rakyat uae dan para-para imigrannya, sebab 'vibe'nya hampir tiada langsung.
imigran uae majoritinya india dan pakistan, yang die hard gamenya kriket. adoii..sepi kat ofis takde sape aku nak sembang pasal game. harap bos aku yang france origin ajer la yang layan, itupun dia sekadar komen 'kalaulah zidane masih ada...' hahaha.
malang sikit bagi aku, semua channel sport al-jazeera ni commetatornya dalam bahasa arab. adoi la...dan aku masih nak adjust 'kejutan' ni. ia lah...aku mana biasa dengar kometator bola sebut masha'allah banyak kali. kena tackle masha'allah. ada try masha'allah. keeper safe...masha'allah. passing cantik...masha'allah. kadang-kadang bola meleret tepi line kena player reserved tengah warming-up pun masha'allah.
okey, zlatan baru nak main. tadi wenger baru comment pre-match france. dan seperti biasa, first time aku dengar wenger cakap arab. biasalah, dah emirates taja arsenal, wenger kenalah jadi special guest untuk semua UAE sport channel. kalu tak, sia-sialah sponsor.
lompat lagi
adoii..ada lagi cerita political leader BN nak lompat join anwar ibrahim di PKR. dan, penyokong-penyokong pakatan nampaknya macam rasa best bila political leader sabah dikhabaranginkan sudah sedia masuk pakatan.
dan, mesej berita-berita lompat ini semestinya jelas, nak bagitahu yang sabah dan sarawak bukan lagi fix deposit UBN.
tak kiralah apapun mesej dan motifnya, amalan lompat-lompat parti ini kena tolak. kalau betullah sudah beralih sokongan dan hilang keyakinan kepada parti dokongan, sila letak jawatan secara terhormat dulu, baru umum masuk parti lawan.
jangan ada sikap 'orang buat kat kita tak boleh, kita buat kat orang boleh'. hanya parti pembuli jer yang ada attitude mengarut macam tu.
dunia hiburan malaysia
shait...anzalna, neelofa dan tasha shila sudah bikin ribut dengan apa yang dikatakan neelofa single-handedly bikin brain damage pada tasha shila dan anzalna. neelofa kutuk tasha sebab menang abph dan kutuk juga anzalna masa dewi remaja, walaupun dalam dewi remaja tu, anzalna kalah.
apappun motifnya, presiden seniman yang baru dan aggresive, zed zaidi dalam response awalnya berkata jika 'cat fight' ini berlanjutan dan berlarutan sampai masuk mahkamah, the three kitten kena menjawab dengan lembaga disiplin seniman yang bakal ditubuhkan dan sekiranya didapati bersalah, akan dikenakan tindakan sekatan pada tawaran berlakon to the three kitten.
aiseh..tegas betul zed zaidi jadi presiden seniman. dan aku macam boleh setuju dengan cadangan zed zaidi tu, sebab sedikit sebanyak bolehlah menapis isu-isu sampah yang banyak tapi paling laris yang kadi santapan fikiran yang malaysia yang lama-lama bikin otak orang malaysia ini jadi bengap.
mungkin zed zaidi ambil pengajaran kisah dia dan samsol sol sol dulu. yihaa!!!
No comments:
Post a Comment