para-para maestro-maestro sekalian, berhentilah memperjudikan nasib pelajar-pelajar dengan isu ptptn. percayalah, akhirnya yang menang jadi abu, yang kalah jadi debu.
dengan idea free-education oleh pakatan, dan pemberhentian pinjaman atas dasar yang sama oleh kerajaan kini sudah masuk fasa 'ayam dulu ke - telur dulu yang keluar' yang isu akhirnya tidak kemana-mana, berpusing-pusing tiada jawapan.
dan, pakatan kini belajar satu perkara, melontarkan idea dan mempertahankan idea itu dua perkara yang berbeza.
dengan menerima balik penarikan pinjaman ptptn itu menandakan pakatan juga tidak berapa teguh dan yakin dengan pelan alternatif yang ditawarkan oleh menteri besar khalid ibrahim. dan, sesungguhnya mengambil langkah menjual aset kerajaan untuk menampung perbelanjaan yang diluar kemampuan, tak memerlukan seorang MB untuk mengumumkannya, cukup dengan seorang penjual stokin pasar malam, sebab ianya terlalu mudah.
alternatifnya samalah dengan tindakan MAS menjual asetnya dulu untuk langsaikan hutang, dan kerajaan negeri perak menjual pegangan preak-hanjoong simen untuk menampung defisit negeri. jika ya, apalah bezanya pendekatan pakatan dan kerajaan sedia ada?
walaupun mungkin ada yang mengatakan ianya situasi dan senario yang berbeza, namun kaedah alternatif yang solid dan kukuh sepatutnya sudah pun ada blue-printnya pada awal-awal ketika idea free-eduacation ini dilontarkan.
percayalah isu ini akan menjadi 'precedent-case' atas segala kemampuan janji-janji pakatan. dan, sekiranya menteri-menteri bertanggungjawab bersabar sedikit dengan tidak mengeluarkan statement-statement yang benada 'pembuli', pakatan mungkin lebih lama menggelupur dengan isu ptptn ini.
sayang, ini semua tidak terjadi, dan Alhamdulillah meja judi dan taruhannya dihentikan setakat ini dan dapatlah anak-anak semua bangsa di unisel itu terus belajar dengan duit loan ptptn, dengan kadar bunga 1 peratus yang apabila lambat bayar dari tempohnya nanti, surat saman sampai ke rumah dan jika culas juga, nama akan disenarai hitam.
madu, ditangan kananku, racun, ditangan kiriku...
No comments:
Post a Comment