bila bercuti, macam menggeletar ketagih tak jumpa kawan-kawan lama. aku tak banyak circle of frens, hanya ada circle oldboys (budak izzuddin & clifford kuala) dan circle alumni (aseania 2003). tapi, circle of frens inilah yang sebenarnya jadi gelanggang debat dan enlightment aku. banyak topik yang dibahas dan dibahasakan kan kalau berjumpa, dari topik awan nano sampailah macamana nak urus kerajaan. bukan calang-calang topik derr..
jadi, untuk mengelakkan catatan menarik sepanjang pertemuan itu tertebar dan hangus begitu sahaja, aku decide nak tulis dalam tajuk 'cerita dari kawan' dan kita bermula dengan cerita yang datang dari kota damansara. dan siapa yang terlibat biarlah menjadi misteri nusantara sampai bila-bila.
cerita 1 :
unsur ghaib yang menekan hidup aku (kepala keluarga muda berumur lingkungan 30-an)
benar. aku hidup tertekan. rata-rata 'aku' memang hidup tertekan. mana tak tertekan, separuh duit pendapatan terbuang dengan installment kereta, sewa rumah dan ptptn (heh!). dan kebanyakkan dari kami yang makan gaji memang punya 'komitmen bank' yang tinggi. jadi, semuanya serba tak kena, tinggi installment kereta, installment rumah nanti belom tentu lulus. itu belom cerita installment personal loan. sana lubang, sini lubang, dah rekod tak cantik pulak. masuk CTOS / CCRIS setahun kena rekod clear - nasihat salesmen myvi aku.
ada yang kata itu tak apalah, dah adat nak mula hidup, tang mana yang kerajaan nak tolong hang ni oi!!...yang kerajaan dok bagi ni pun dah syukur alhamdulillah.
iya, kami akur dan akui. tapi dicelah celah itu diselitkan juga dengan belanja tol dan petrol yang kami sentiasa berdebar saban tahun menjelang disember, dengan khabar berita samada ianya akan naik atau tidak. begitu jugak dengan pelbagai berita rasionalisasi gula, minyak masak dan tepung yang mengakibatkan peniaga-peniag terus histeria sampai cas parking pun naik RM 1 untuk satu Jam.
ehh! apa susah..kedai 1 malaysia kan ada? ha'ah..kenapa tak beli kat kedai 1 malaysia, murah tu. adoii..aku biarkan orang lain jawab, dan jawapannya lebih kurang macam ni...
kalau terserempak dengan mentua, beli barang rumah dekat kedai 1 malaysia apa cerita? kalau di giant tu lainlah sikit...kan giant ada joint kredit kad dengan citibank? Oh..tak boleh apply kredit card, sebab komitment kereta ngn rumah dah lebih ooo...kena konsultasi dengan AAPK BNM.
tapi, menengokkan kawan-kawan anak somebody dan politcally connected boleh pakai harrier dan civic, settle di subang jaya dan prime area membuatkan kami tertanya-tanya apa pekerjaannya dan berapakah range gaji bulannya, sebab dia dulu 'grad' pointernya tidaklah se gah mana..hahahaha...
dan cerita ini terhenti di sini.
Cerita 2: Anak Lahir Tak Cukup Bulan (semoga tabah untuk teman yang menghadapinya)
bagi yang mengalami, sukar untuk dibayangkan dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah. betapa lemah dan tidak berupayanya seorang insan bergelar bapa melihat anak dan zuriatnya sedemikian rupa.
satu testamen bahawa hospital kerajaan sekarang dah ok..cuma kenalah tahan dengan misi-misinya sikit...kau pedulikanlah semua tu.
Alhamdulillah, semuanya nampak tenang dan sihat kini. moga anak-anak mereka membesar bagai para solihin dan solehah yang berbakti kepada kedua orang tuanya dari dunia sampai akhirat.
dan cerita ini tertangguh sampai di sini...
No comments:
Post a Comment