Alhamdulillah...aku sudah kembali ke sharjah, selepas 2 minggu plus berhariraya di kuala kangsar dan subang. aku bersyukur sebab buat keputusan tepat untuk pulang berhari raya walaupun tarikh hari raya dan tarikh akhirnya program yang genap setahun ini hanya sebulan sahaja bezanya. terima kasih buat isteriku yang tak jemu-jemu meyakinkan bahawa kalau aku tak balik raya tahun ni, memang hampehlah aku beraya kat sharjah ni. dan, telahan isteriku itu ternyata benar, dan sukar aku gambarkan keadaanya kalau aku beraya kat sini.
aku sangat-sangat bersyukur ke hadrat-NYA walaupun menjalani tempoh penerbangan yang panjang (hampir 24 jam) namun diizinkan juga beraya kat kuala (R7) dengan emak dan adik beradik, join pulak Hj Hussein 'family day' di klebang dan seterusnya berhari raya dengan Abah & emak di sungai Choh dan subang. makan macam-macam, lemang ketupat, laksa, rendang ayam, rendang daging, mee goreng, satay, gulai tempoyak, ayam masak kicap, rendang emak RRI yang padu pedas.
memang list makanan kat atas tu nampak biasa-biasa jer, tapi kalau kome jadi aku kome tau le betapa bestnya gulai tempoyak kalau dapat makan kat sini. walaupun aku sedikit 'menderita' dengan seleksi makanan kat sharjah ni, sekurang-kurangnya balik berhari raya yang lalu dapat juga menghilangkan 'gian' aku pada set-list menu-menu tu.
dek disebabkan cuti yang singkat dan banyak aktiviti melayan dan bermesra dengan adel al-kalbaani yang semakin bijak memanggil-manggil nama babahnya dan menepuk-nepuk perut babahnya, mengakibatkan banyak hasrat berkunjung ke rumah kawan-kawan terpaksa dipendekkan. tak jumpa sesiapa pun di kuala, walaupun hati teringin benor nak jumpa dan melepak dengan raop. takpe..ada masa nanti kita lepak lain.
mana yang sempat berjumpa dan tak berjumpa, selamat hari raya aidilfitri di ucapkan, maafkanlah salah dan silapku zahir dan batin.
Insha'allah di ruang dan peluang yang lain kita bertemu juga, dan bertukar tukar berjuta cerita.
No comments:
Post a Comment