dupavisitometer

Polarisasi Kaum 1 Malaysia

Sikit masa nanti kita akan dibanci. kita akan masuk statistik umum negara. antara tujuan banci ini adalah untuk memudahkan kerajaan untuk memetakan polarisasi kaum-kaum di malaysia ini. tambahan pula kita sudah satu malaysia.
Selain dari polarisasi kaum, kerajaan juga akan mempunyai data akan pendapatan isi rumah. maknanya, dengan polarisasi kaum dan pendapatan isi rumah secara umumnya, kerajaan dapat juga memetakan kadar nisbah kekayaan mengikut bangsa dan polarisasi kaum. sifirnya mudah, polarisasi kaum mencetak kadar pendapatan isi rumah, secara umumnyalah.
tetapi, polarisasi kaum juga boleh kita saksikan di pusat-pusat membeli belah, sebagai contohnya di Kuala Lumpur ini, sekitar KLCC, Pavillion, SOGO, 1 Utama, The Curve, Uptown dan Ikea. itu samplenyalah.
jika kita setuju kadar polarisasi kaum adalah berkadaran dengan pendapatan isi rumah; apakah jawapan kita kepada soalan-soalan ini:-
i) siapa punya paling banyak kedai (taukeynya siapa?)
ii) pekerjanya pula rata-ratanya siapa?
iii) yang beli pula rata-ratanya siapa?
iv) yang window shopping pula siapa?
v) yang beli new arrival rata-ratanya siapa?
vi) yang beli sales 70% siapa?
vii) yang jual guna van rata-ratanya siapa?
ternyata, dalam bab ekonomi, dalam bab pemilikan kek ekonomi, dan dalam bab persaingan perniagaan semacam tidak wujud semangat satu malaysia.
dalam hal kuasa beria-ia benar hendak jadi satu.

Penguasa Lawan Saudagar

drama bersiri "aku-nak-kawal-barang-subsidi-engkau-tak-bagi-kenapa" akhirnya sudah hampir ke kemuncak drama. macam siri-siri drama spa q, adamaya dan nurkasih. cuma, siapa yang bakal menitiskan airmata masih menjadi persoalan.
kisah sebermula apabila terdapat rungutan 'kehilangan' bekalan gula di sekitar bandar-bandar di terengganu, lembah kelang dan johor. dan, sedikit pelik penyeludup gula tanpa semena-mena telah di berkas di tawau. yang kena tangkap di tawau, yang heboh kurang bekalan pula di semenanjung. interconnection para penyeludup nampaknya sudah bertambah baik, sudah first class.
walhal, kekurangan supply gula adalah berkaitan dengan pembentangan pelan pengurangan subsidi yang diumumkan oleh kerajaan. Samada kerana terpengaruh atau tidak cukup maklumat, ada usaha-uasaha menyorok barang kawalan tersebut andai pemotongan subsidi itu diumumkan perlaksanaanya secara serta-merta.
pelan itu masih belum muktamad dan masih dalam fasa pungutan suara umum. (Ini style baru kerajaan buat dasar - people involvement is very crucial!)
berikutan itu, timbul idea yang sangat bagus dari penguasa (ahli politik) untuk memusatkan informasi pengedar-pengedar dan peruncit-peruncit barang kawalan tersebut dengan memperkenalkan kaedah perlesenan wajib. ini bagi memudahkan tracking ketirisan bekalan dan melakukan pemantaun intensif, terutamanya menjelang musim-musim perayaan, hari raya akan datang contohnya.
Namun, dengan sepantas kilat juga, para saudagar-saudagar (towkey) membuat bising hingga sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa bersedia dan sanggup memboikot jualan barangan kawalan ini. kedai-kedai mamak satu malaysia sudah hampir panik. antara keluhan-keluhan yang didengari ialah kaedah perlesenan ini membebankan dan tidak relevan. sudahlah menjual barangan kawalan yang harganya dikawal, untung tidak seberapa, terbeban dan dipantau pula.
tarik tali ini berlanjutan, dan akhir-akhir ini nada penguasa mengendur sedikit demi sedikit.
gula, tepung, dan minyak memang barangan kawalan. namun, ia juga adalah barang keperluan. Apabila bercakap kurangkan makan gula, menambah kesihatan memang sedap diucapkan. tetapi, jika berkunjung ke kenduri-kendara, majlis-majlis keraian samada rasmi atau tidak rasmi, kalau minum sirap, makan karipap, jamah lauk pauk tawar semacam tidak berasa masam-manis, penganjur atau tuan rumah juga yang dikutuk orang.
jadi, harusnya ambillah pendekatan yang lebih realistik. tolong jangan buat tindakan atau cadangan yang terburu-buru. nanti susah nak tutup malu dan bodoh. sekali termalu dan terbodoh sendiri, sampai bila-bila orang ingat.
kalau dibuat lesen untuk setiap kilo gula pun, kalau sudah namanya penyangak, memang penyangak jugalah dia.
yang penting selalu-selalulah buat ambush pada bila-bila masa yang dirasakan akan ada potensi untuk berlakunya kurangan bekalan. ini seharusnya mudah, sebab kilang gula di malaysia ini bukannya banyak sampai berjuta. ada 6 buah sahaja. lebihan permintaan kita import dari brasil. bukalah satu liaison office di setiap pelabuhan masuk, laksanakan pemeriksaan pergerakan kargo secara intensif. apa salah?
fikir bagi ligat sikitlah pihak penguasa. jangan pakai intel celeron lagi. di penghujung hari, yang paling penting, bukan harga, tetapi kelangsungan bekalan.

Lagi - Lagi Lompat

Hari ini, ada lagi berita lompat. DAP. di negeri perak. menjadikan berita ini basi. tidak segempak dan segempita lompat yang dulu.
sedikit pelik, dalam desas desus ADUN BN yang akan melompat, ADUN PR pula yang lompat sana lompat sini. sebagai satu kalkulus mudah, walaupun 3 orang ADUN BN sebagaimana dilaporkan akan melompat, jika ianya terjadi, BN tetap punya majoriti mudah untuk terus memerintah negeri perak.
susah jadi YB-YB di negeri perak. dalam sibuk menjaga kepentingan rakyat, sibuk pula memikirkan kehendak melompat-lompat. bukan sikit anak pertaruhannya. masa depan karier politik yang menjadi pertaruhan. itu tidak mengapalah. namun soal integriti dan etika yang lebih menjadi pertaruhan.
Kepercayaan siapa yang dijunjung? majoriti terbanyak kawasan atau majoriti pemerintahan? Jika benar BN melompat sebagaimana dilaporkan, dan PR yang telah pun melompat, tetap salah dan menolak justifikasi dan suara umum dalam PRU 12 yang lalu.
melompat dalam proses demokrasi majoriti adalah halal. dan apa alasan pun boleh dijadikan sebab untuk melompat. kambing tak cukup rumput pun boleh jadi hal, kalau ingin melompat. namun, dari segi kemuliaan sistem demokrasi berpelembagaan yang diamalkan dan disuruh rakyat amalkan, ianya adalah halal yang haram.
sebaik-baiknya, turun, letak jawatan dan serahkan kembali mandat kepada rakyat. macam yang biasa diamalkan apabila seseorang YB itu meninggal dunia. melompat adalah sama taraf dengan meninggal dunia. dia sebenarnya telah 'mati' dalam politik parti yang diwakilinya. itu garis pemisah mutlak.
apa yang hendak kita jadikan pada sistem demokrasi kita ini? apakah yang ingin kita contoh dan tinggalkan untuk lipatan sejarah akan datang? bahawasanya sistem PRU kita itu hanyalah side-line, sedangkan yang sebenar-benarnya adalah majoriti yang melompat?
moga dihentikan permainan dirty politics yang sebegini. buktikan dan teladankanlah peribadi seorang wakil rakyat yang benar-benar khidmat hidup matinya menjunjung amanah rakyat.
ADUN Malim Nawar Keluar DAP : Utusan 15/06/2010

Biasiswa JPA dan Sensitiviti

isu biasiswa adalah isu sensitif. dan, apabila berita yang mengatakan biasiswa luar negara akan dihentikan, dipandang sepi oleh NGO-NGO melayu, termasuklah NGO paling hebat sekarang, Perkasa.
tiada semburan kata yang berapi-api dan penuh asid dihamburkan kepada langkah pemberhentian biasiswa ini. sebagaimana sepinya masyarakat dalam edisi penghapusan biasiswa peringkat sekolah menengah dan rendah dan juga hingga ke peringkat universiti tempatan.
semuanya dihapuskan, dan di komersilkan dan diperbadankan, sehingga secara tidak langsung memberi pendedahan awal kepada mahasiswa dan siswi untuk menjadi penghutang tegar, dan menjadi si muflis. dan, keluh-kesah ibu bapa dan sekolah akan perihal school fees, terutamanya yang duduk berasrama, tinggal sepi dan diam dibawah karpet.
setakat ini, hanya MIC sahaja yang bangun untuk mendapatkan penjelasan, bahawasanya apakah tindakan memansuhkan biasiswa luar negeri ini betul-betul akan dilaksanakan atau hanya sekadar cadangan? sedangkan yang lain, sibuk dengan hal remeh temeh yang secara mata kasarnya pun dapat dilihat adalah isu-isu personal dan sedikit politik kedendaman.
gagal meletakkan sesitiviti separa dengan isu-isu survival mereka sendiri.
walaupun telah dijelaskan bahawa ianya khusus untuk ijazah lanjutan, namun langkahnya masih kelihatan janggal. seharusnya, diperingkat mana pun, keinginan pembelajaran, seharusnya dipermudah dan disokong, bukannya disekat-sekat. diiikut ukuran mana ilmu ini seharusnya ada ilanjutkan atau tidak.
apakah pendirian kita akan pendidikan tahap tinggi dan lanjutan dalam bidang kosmologi dan robotik contohnya. duit sudah habis berjuta hantar angkasawan ke angkasa yang akhirnya menjadi penceramah ulung. pergi ke angkasa balik jadi penceramah ulung. titiknya tidak bertemu.
setiap keputusan seharusnya muktamad. jika tergantung, orang susah mahu bergerak.

Malang

Malang. england sekadar seri 1-1 melawan USA. Robert green terlucut. adat permainan, ada seri, ada menang, ada kalah. baru 1st game.

World Cup 2010

dalam setiap 4 tahun, pesta bola piala dunia singgah dan mencorakkan hidup peminat dan kaki bola. bolasepak adalah permainan mudah dan simple. cuma keazaman dan semangat juang sahaja yang merumitkannya.
jika brasil menjadi juara, maka brasillah satu-satunya negara yang pernah menang world cup di seluruh benua utama. dan jika mana-mana negara eropah yang muncul sebagai pemenang, ia bukan sahaja akan dinobatkan sebagai juara dunia, malah ia akan menjadi satu-satunya negara eropah yang pernah menang edisi piala dunia diluar benua eropah.
dan, jika mana-mana african continent yang menang piala dunia kali ini, ia adalah lakaran sejarah ulung kerana menjadi satu-satu dan pertama-pertamanya negara african continent yang menang piala dunia.
edisi piala dunia kali ini adalah era rooney, christiano ronaldo, torres dan messi.
dan, kita juga menunggu bintang muda yang hanya menunggu masa untuk menyerlah dan memukau jutaan peminat bolasepak dalam piala dunia kali ini.
selamat menikmati piala dunia 2010. sekadar makluman, astro sports sepanjang bulan jun july sudah jadi hotline. tidak percaya silalah telefon sendiri.

bankrupt nation?


hari ini bercangggah lagi. terbaru, kita tidak menuju ke'bankrupt'an sebab kita punya vast economic of scale dan sokongan ekonomi domestik yang stabil. begitulah lebih kurangnya. dan ianya belum muktamad.
ianya belum muktamad sebab subsidi proposal oleh pak menteri dulu masih lagi dalam fasa mengumpul maklum-balas rakyat. samada kita, rakyat bersetuju dengan proposal pak menteri atau tidak.
Pak menteri juga yang informed, tanah melayu ini boleh jadi the next greece, jika sesuatu tidak dilakukan pada perbelanjaan subsidi oleh kerajaan. tiada lain kerajaan dalam dunia ini yang tertanggung menanggung beban subsidi macam tanah melayu ini. nak membela dan memberi makan orang- orang melayu ini rupa-rupanya memang satu beban yang berat.
sekarang, cuma ada satu soalan. bankrupt ke tidak kita ni?
Subsidi isu sensitif. potong satu, runtuh semua. naik harga petrol, barang semua naik. kadang-kadang parking pun naik. naik harga gula, barang semua naik. caj jamban pun boleh naik kalau gula naik. Naik minyak masak, semua barang naik. agak-agak berapa kfc dengan mcdonald nak caj pelanggan. jangan main-main, kfc dengan mcdonald guna minyak masak sekali goreng sahaja, bukan macam kita dirumah guna dua tiga kali.
semua sekali nak bagi naik? nak kata hilang akal macam kasar sangat.
ini tanah melayu yang diberkati dan penuh dengan rahmat. hasil mahsyulnya SUBHANALLAH! cukup. dengan izin-Nya dan usaha kita Insha'Allah tiada sebab untuk tanah melayu ini bankrupt.
kecuali jika para pimpinannya bankrupt dengan nilai-nilai Islam dan moral. Bankrupt dengan RASUAH!

cuepacs dan rasuah 2010

pada siaran akhbar 02 june, presiden Cuepacs Hj. Omar Osman telah membuat satu press release yang kontroversi apabila mengesahkan 41% (418,200 orang) penjawat awam dikesan terlibat dengan rasuah. maknanya, hampir separuh penjawat awam yang majoritinya melayu makan rasuah.
Namun, kenyataan itu telah dibetulkan kerana terdapat ralat dalam laporan dan disahkan peratusan penjawat awam yang ditangkap dan kantoi dengan SPRM menurun dari tahun 2007 hingga 2009 dari 51%(2007) kepada 47% (2008) dan kepada 39% (2009). tangkapan perasuah oleh SPRM untuk tempoh 2007-2009 adalah lebih kurang puratanya 500 orang setahun.
Selain pembetulan di Berita Harian, Hj. Omar Osman juga muncul dalam slot 'kerusi panas' siaran bernama radio 24 (93.90 FM) hari ini, 3 june 2010. menurut Tn. Hj, penurunan ini menunjukkan penjawat awam semakin berintegriti dalam menjalankan tugas.
Oleh kerana slotnya adalah 'kerusi panas', maka perlulah juga kepada penaggilan-panggilan yang panas juga. antara komen-komen 'live' para pemanggil (yang hairan, kesemua pemanggil dari lembah klang!) adalah (yang sempat dicatit):
i) yang direkod tangkap memang sikit. yang terlepas, hanya Allah sahaja yang tahu.
ii) kadar tangkapan meurun bukan indikasi tepat. sepatutnya, lagi banyak tangkap lagi tepat.
iii) Kena terima hakikat, lagi canggih proses intipan, lagi canggih proses beri-ambil rasuah.
iv) data SPRM tak betul. sepatutnya kena check dengan businessman yang masuk tender /
projek kerajaan. ambil data berapa ramai yang kena bayar rasuah.
v) singkir elemen-elemen rasuah. semua urusniaga kerajaan buat tender terbuka.
vi) gaji penjawat awam kena tinggi sikit. supaya takde sebab nak ambil rasuah.
vii) penjawat awam sebenarnya kurang ambil rasuah. kena bagi insentif untuk penjawat yang
'clean record' atau yang mencegah rasuah.
viii) Staff SPRM pun tak cukup nak tangkap semua perasuah.
Itulah diantara yang sempat dicatit untuk renungan bersama weh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...