dupavisitometer

umno dan pemulihan semangat

aku tak tau macamana reaksi dan 'bekal' pakej pemulihan semangat yang dibawa balik oleh perwakilan perhimpunan agung umno (PAU) minggu lepas. mungkin dah ada counter-strike dari segi point point dan hujah hujah mantap untuk kasi KO kaw kaw buat PAS, PKR dan parti rasis DAP.
 
kalau ditengokkan dari segi pekik dan lolongan pimpinannya, memang A++.
 
bukan sahaja point untuk menunddukan dakyah pembangkang, dibekalkan juga point untuk memulihkan semangat dan setiakawan serta tunduk dan taat setia pada parti pilihan Allah ini. kalau tangisan dan dayu bait bait lagu warisan nordin kardi pun masih tak mampu mengebalkan umno dari sabotaj dan kebencian ahli ahlinya sendiri, sukar untuk mengukur dan mencari apa lagi yang mampu.
 
dan, walaupun aku sedikit geli dengan nyanyian bait bait lagu warisan, yang tiba tiba bertukar menjadi mood sedih dan mengharukan di dewan perwakilan, aku terkesan juga dengan lagu itu.
 
bukan apa, lagu itu sebenarnya lebih sesuai untuk dijadikan cermin muhasabah diri umno, dari dijadikan senjata untuk mengingatkan melayu yang lain.
 
apapun, cepatlah cepatlah pru13 bertandang, biar kita sama sama tahu langit yang kat atas itu tinggi ke rendah.

aku dan gempar

ianya bermula dengan khabar biasa ke kampung. bertanyakan keadaan emak, yong, abang dan adik adik. sudahnya aku yang gempar, sebab ada berita kurang jelas. berita yang ditengah-tengah, hujung pangkalnya tak tahu.

abah masuk hospital. rebah hari isnin. hari rabu rebah lagi.

ya, kali ini berita pasal abah. terus aku meletakkan diri di kasutnya. fikirannya. cita citanya. perjalanan hidupnya. akhir akhir ini. aku bungkam. aku tak mampu nak membayangkan apa yang lebih jauh dari yang aku bayangkan kini.

baru tadi aku dapat menelefon abah. bercakap sendiri. suara tuanya kedengaran segar. segar hanya sekejap. selebihnya, perit kesakitan yang ditanggung sangat jelas. segar dia mendengar suara aku barangkali. aku memohon maaf dan ampun untuk segala salah silap. hak memaafkan hanya ada pada dia. hak yang aku tak punya. 

untuk aku cerita kenapa, tersangatlah peribadi.

aku yakin dengan keputusan aku ini. aku tak boleh tangguh. aku mesti balik malaysia.

paling cepat esok malam.

chua soi lek sebagai agen doktrin 'pecah dan perintah'

sehari dua ini, presiden mca terpaksa memancarkan dirinya sebagai agen doktrin 'pecah dan perintah'. ini doktrin politikal purba. sejak zaman penjajah, inilah doktrin politik yang paling subur, teguh dan efektif untuk mengawal minda penduduk multi-etnik macam tanah melayu ini.
 
kita dipisah-pisahkan dengan prejudis agama, bangsa, taraf ekonomi dan status sosial dengan maksud menanam sekali 'ketakutan-ketakutan' untuk menerima nilai sejagat dan kerjasama utuh yang merentas nilai-nilai agama, bangsa, ekonomi dan sosial.  
 
kita dipecah-pecah supaya merasakan sekiranya kita mempunyai fikiran berdaulat dan bebas, kita itu selalunya lemah. kecuali kita bergantung kepada 'tuan' dan agen-agen blok-blok pecahan ini, dengan dogma dan candu tiruan bahawasanya mereka sahajalah yang mampu menangani konflik yang 'tercetus'.
 
tujuannya, supaya kita terus 'percaya' mereka sahajalah juara isu superiorti bangsa, mereka sahajalah yang mahir ekonomi, mereka sahajalah yang alim dalam beragama, dan mereka sahajalah yang ada 'penawar' dalam isu nanah dan lendir masharakat.
 
namun realiti gelapnya, merekalah yang memunggah keuntungan nampak dan keuntungan tak nampak apabila krisis 'prejudice - sensitivity' ini berlarutan. dan, dalam banyak peristiwa, mereka jugalah yang memulakan krisis dan mengakhirinya, dengan harapan di akhir krisis, 'ketakutan' itu kekal dan makin melebar.
 
semakin lebar dan dalam 'ketakutan' itu tertanam, semakin teguh mereka. semakin untung mereka.
 
kita tengoklah nanti, akan ada banyak pihak akan terperangkap, terkeliru, melampaui batas dan ke hulu ke hilir dan mendengus dan menyalak macam babi gila.
 
dan inilah peluang kita.
 
peluang untuk tengok orang-orang bodoh berlumba-lumba masuk suratkhabar cari populariti.

india, china dan malaysia

12 hari sebelum raya haji tahun 2012, telah berlaku satu perbualan ringkas antara aku dan direktor jabatan aku, seorang expatriat perancis yang berkhidmat di sini.

soal jawab itu sekitar isu world food supply and demand. antara lain soal jawab itu masuk kepada topik big buyers. kalau merujuk pada big buyers, aku tau sang direktor akan merujuk kepada india dan china. soalannya, sekiranya harga komoditi makanan mancanak naik, atau menjunam turun, siapa yang lebih reaktif terhadap pasaran?

selepas berhujah lebih kurang, aku jawab india.

tapi, sang direktor jawab china. katanya, berdasarkan sejarah dan ketamadunan yang panjang, dibuktikan orang-orang china lebih agresif dari orang-orang india. China lebih agresif (dalam perang dan penguasaan ekonomi contohnya) sebab china penuh dengan orang orang yang nak take charge. dan india selalunya lembap dan perlahan, tak padan dengan kapasiti rakyatnya yang mencecah 1.2 billion itu. 

untuk merdeka pun mereka bergantung harap dengan gandhi, katanya.

dan malaysia pulak orangnya terlalu perlahan dengan politik dan penyelewengan. orangnya rasa bersalah untuk menegur orang yang melakukan kesalahan. mereka sering mendiamkan diri atau duduk di tengah tengah dan memerhati. mendiamkan diri, dan membiarkan masalah itu menyelesaikan masalahnya sendiri. itu ayatnya.

masalah menyelesaikan masalahnya sendiri.

aku cuma tersenyum. apa dia tau. dia bangsa peranchis. bangsa penjajah.

40 juta, tajaan private jet dan tajaan haji

seperti yang dilaporkan oleh sinar harian, sumbangan politik berjumlah 40 juta adalah tidak salah sekiranya dilakukan mengikut prosedur yang betul. dan fakta kepada amalan 'berpolitik' ini tidak pernah tercabar untuk pihak yang menerima 'sumbangan' itu.

cabar mencabar dan kutuk mengutuk hanya terjadi dikalangan penyokong kental dengan cara sondol menyondol antara satu sama lain.

sondol menyondol juga terjadi apabila lawatan ke kawasan terpencil dilakukan dengan private jet, dimana tajaan itu diterima setelah ketuanya yakin bahawa tukang sponsor tidak mempunyai 'kepentingan' di mana-mana negeri yang dibawah kekuasaannya.

dan, sondol menyondol juga berlaku tidak lama dulu, apabila seorang menteri besar dikhabarkan akan menunaikan haji secara 'sponsor'. namun begitu, tajaan itu di batalkan oleh menteri besar itu sendiri, demi menutup pemuka pemuka fitnah walaupun tukang sponsor tidak mempunyai kepentingan terhadap wilayah wilayah pentadbirannya.

kalau mengikut justifikasi yang direkodkan oleh sinar harian, sponsorship 40 juta, tajaan private jet dan tajaan haji itu, tiada salah apa pun. 

kalau tidak salah, kenapa saling sondol menyondol?

dari segi pengurusan persepsi, hanya sang menteri besar sahaja yang dapat kad hijau. lagi dua, dapat kad merah. jelas, mekanisme integriti yang mengawal dari dalam tidak wujud dan sangat lemah perlaksanaanya dikalangan para politikus dan parti yang di dokongnya.

kalau beginilah caranya, tahun ini indeks rasuah kita meningkat lagilah jawabnya.

terjunan felix baumgartner

sebentar tadi, melalui channel MBC 4 dubai, disiarkan secara langsung terjunan pecah rekod felix baumgartner.


sebelom berlepas, ibunya menangis melepaskan felix naik ke pod angkasa dan dengan penuh gementar melihat belon pod angkasa tersebut perlahan-lahan naik ke angkasa. lebih dua jam..akhirnya semuanya sudah siap sedia untuk felix melakukan terjunan.

dengan ucapan 'may angel be with you...' oleh ketua pasukan merangkap coachnya yang tersayang, felix melakukan terjunan bersejarah yang memberi makna pada pencapaian kariernya sebagai skydiver. memang pelik ada jugak orang dalam dunia ni yang mendedikasikan hidupnya untuk terjun pada level tertinggi dunia.

akhirnya felix terjun, setelah para penonton macam aku disajikan dengan view terbaik bumi dari kacamata kamera pod angkasa felix. subhanallah...alangkah cantiknya ciptaan tuhan, begitu luas dan sangat majestic.

dengan gensture thumb up, felix pun terjun secara freefall. gementar sungguh riak wajah ibunya sewaktu felix berguling guling pada minit ke-2 terjunan. felix sedikit struggle untuk menstabilkan kedudukan dirinya. namun, untuk beberapa ketika, felix berjaya menstabilkan dirinya dan parachute kembang pada minit ke 4 terjunan. orang pun bersirak sorai.

akhirnya felix berjaya mendarat dengan selamat, dan sebaik sahaja kakinya mencecah bumi, terciptalah sebuah rekod terjunan tertinggi yang pernah dilakukan oleh manusia.

sebagai ingatan, setiap yang naik dan beratas di atas, tidak selama-lamanya akan di atas, satu detik pasti akan turun jua menjejal ke tanah. samada dengan megah atau tersungkur adalah pilihan masing masing.

dan, benarlah kata orang berkenaan cita cita dan impian, langit pun tidak pernah menjadi penghalang.

ustaz nasha lagi

semua orang tidak dapat menerima dan meneka apa yang ada dalam kepala ustaz nasha. ada yang kata dia lebih umno dari umno. ada yang label dia sengaja mencari pasal sebab mintak kena pecat. bila kena pecat, terlepas dengan sumpah bai'ah. tuan ibrahim tuan man kata nasha jangan acu muncung senapang pada dia walau senapang takde peluru.
 
paling akhir, tazkirah TGHH pasal berkomplot dengan syaitan ni kerja dua kali bodoh. melantun dua kali. satu lantun berjauhan dengan jema'ah. lantun dua, berkompromi dengan 'syaitan yang dikenali'.
 
dan ada jugak blogger nakal kata ustaz nasha semakin malas menjenguk bachok. kesian bachok. mari sini bachok...masi sini bachok. teringat pulak aku cerita toyol.
 
yang pasti, apa motivasi ustaz nasha untuk terus terusan menentang jemaah, dan meminggirkan diri? ustaz nasha bukannya berdagang dan melukut tepi gantang dalam pas, sebab dia masih lagi ahli syura pas. dan, sebagai seorang ahli syura yang percaya doa kristian akan dimakbulkan Allah, adalah satu benda pelik dan menjadi bahan ketawa orang sampai bila-bila.
 
dan bukan kerja orang soleh dan pemimpin untuk membuat tuduhan tanpa bukti. itu jahil. itu semua kerja umno dan pencacainya. janganlah ustaz nasha merendahkan dirinya setaraf papa gomo dan parpukari.
 
sekadar perbandingan cerdik.

persoalan tentang 29 februari

aku baru menonton 29 februari. bagi yang belom menonton, 29 feb berkisar kehidupan insan pelik yang dianugerahkan untuk tua hanya 4 tahun sekali yang bernama budi bin halim. ala-ala benjamin button, tapi terbalik. tapi, aku nak cerita bukan pasal watak budi ini per se, sebab kalau setakat masalah dia nak sambut harijadi 4 tahun sekali, pada aku budi ni boleh je ikut kalendar islam, sebab kalendar islam ni terang-terang genap 30 hari.
 
yang aku nak cerita pasal dalam cerita 29 feb ini, digambarkan perjalanan sebuah negara (malaysia) dari sudut perspektif kehidupan budi, bermula dengan perang dunia kedua dan pengunduran british, penjajahan jepun, merdeka, dan kisah-kisah pahit manis pengisian kemerdekaan seperti keluarnya singapura, rusuhan kaum 13 mei, kebangkitan ekonomi dekad 70-90an, kereta proton saga sehinggalah 2012, walaupun menara berkembar petronas tak masuk list sebab lepas pindah ke penang, budi nampaknya terputus jauh dengan KL.
 
cuma yang jadi persoalan, kenapa watak melayu yang signifikan pada budi, kedua-duanya cacat? si razak tu buta dan khatijah ke apa namanya tu pulak bisu. dan budi pulak hidup lama. jadi, kita ada secara keseluruhannya melayu yang hidup lama, tapi buta dan bisu.
 
dan, tema yang paling diangkat adalah percintaan terhalang budi dan lily (bangsa cina yang akhirnya anak saudaranya islam). bila aku cerita 29 feb ni bab cinta terhalang ni, fikiran aku entah macamana asyik terfikirkan struggle budi untuk hidup bersama dan mengahwini 'lily' hanya satu metafora struggle orang melayu untuk menerima orang cina, dan orang cina struggle untuk menerima orang melayu.
 
fikirkan ini baik-baik
 
melayu yang hidup lama, buta dan bisu bersungguh-sungguh menyayangi tanahnya yang secara alamiahnya cina.
 
i do not know what others are thinking, but for me this is one of the most radical idea and concept of malay cinema.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...