dupavisitometer

selamat hari lahir ke-2 ahmad adel al-kalbaani

yay...syukur alhamdulillah, umur adel hari ini genap 24 bulan a.k.a 2 tahun.
 
genaplah 2 tahun adel menjadi permata hati babah, penghibur duka lara, peniup semangat di kala babah down gila, penghilang segala duka nestapa, menjadi madu, sumber inspirasi dan motivasi babah dan bonda untuk menjadi ibubapa yang matang dan bertanggungjawab.
 
adellah penghilang penat babah tiap tiap hari bila balik kerja. semangat betul babah nak pergi kerja kalau pagi-pagi adel kejut babah macam yang adel buat tiap tiap hari. walaupun penampar adel tu tak sakit sangat sebab tangan adel kecik, tapi kalau dah sepuloh ke tiga puloh penampar memang sakit sikit jugaklah. hahahaha...tapi babah tak kisah.
 
sejuk hati babah bila babah bentang sejadah nak solat, adel dah mula angkat takbir. walaupun masa sujud adel duduk kat tengkuk babah, naik macam kuda, tapi tak apalah. babah berterima kasih sangat pada bonda, atuk, nenek, pakcik pakcik dan makcik makcik adel yang mengasihi dan mendidik adel masa babah merantau cari rezeki dulu.
 
adel jugak kena banyak banyak terima kasih dan taat pada bonda, yang boleh jadi dan buat semuanya untuk adel. banyak dah bonda berkorban untuk adel tau. tak cukup kalau babah nak list kan kat sini.
 
selamat hari lahir ke 2 wahai permata hati babah bonda, Ahmad Adel Al-Kalbaani. Babah sentiasa berdoa agar adel membesar dengan sihat dan bijak, serta sentiasa sedia untuk berbakti untuk babah dan bonda bila adel besar nanti.
 
sesungguhnya adel adalah amanah dan anugerah Allah kepada babah dan bonda, yang mana babah dan bonda akan pikul dan laksanakan dengan sebaik-baiknya.
 
selalu-selalulah bersyukur anakku, sebab Allah sahajalah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pertolongan. Alhamdulillah.
 
-03/01/2013-

2013

selamat datang 2013. selamat tinggal 2012.

seriously aku harap aku lebih kaya dan makin murah rezeki dari tahun lepas. aku nak tak banyak, asal lepas duit bayar tol ulang alik pergi kerja sudah. aku tak nak banyak banyak macam sebahagian besar pelobi-pelobi dan fixer fixer politician, yang tak puas dengan hanya memandu BMW X5.

dan aku harap aku dimurahkan rezeki sampai wife aku boleh jadi surirumah sepenuh masa. boleh dia luangkan masa mendidik dan mengasihi anak aku. sekarang ni hantar nurseri pun ok, cuma aku kesian sangat kat anak aku tu, hanya dapat bermesra dengan babah dan bondanya lepas office hour.

dan, kalau ada rezeki lebih, Allah makbulkanlah doa dan usaha aku nak beli rumah sendiri tahun ni. memang nak beli rumah kat kl ni payah, harga mengalahkan nak beli kapal angkasa. seriously aku tak faham apasal rumah mahal sangat. tapi, kalau pemaju sungguh sungguh sangat buat rumah kos sederhana 300k-700k, manalah pendapatan macam aku ni mampu nak beli rumah tu.

diorang ni tak faham ke, kalau BR1M tu dah diberi untuk pendapatan bawah RM 3,000, maknanya golongan yang sama takkan mampu lah nak beli rumah kos sederhana yang diorang buat tu. terutamanya sime darby. apahal rumah baru harga bukak sampai 700k?

aku tak mintak rumah besar sampai 2,000 sqft atau semewah one menerung bangsar tu, cuma cukup selesa untuk aku tidur dan beristirehat sudah. rumah yang mampu, kebanyakannya jauh dari tempat kerja. bila jauh dari tempat kerja, bayar tol pun lebih. bayar minyak pun lebih. sudahnya, increment untuk performance 2012 habis buat bayar bajet petrol dengan tol 2013.

wal hasil, balik asal dan aku masih lagi down dengan idea perubahan.

yang aku tau, bajet poket aku berubah jadi kecik tahun demi tahun.

deepak krishnan dan karpet dari afghanistan: satu lagi keharuan politik malaya

semakin dekat kita dengan pru13, semakin banyak 'ibadah' dedah mendedah dan jsutifikasi moral masharakat diperlukan, baik parti pemerentah mahupun parti lawan.

disini ada kisah celaru dan haru amanat haji hadi, dan disana ada juga haru dan keharuan india jual karpet, deepak krishnan. haru biru yang ditimbulkan oleh deepak kini sudah masuk ke level serbuan Lembaga tabung amananh pesara tentera.

lain yang didedah, lain pulak yang terkena bara.

maulana jual karpet pun ada hati nak jadi player dalam politik malaya.

dan, nampaknya buku kafirkah aku oleh c.n al-afghani memang dapat publisiti meluas secara percuma.

orang pakistan jual karpet. india pun. dan jugak afghanistan.

deepak dan c.n al-afghani ni dua duanya jual karpet ke? rumah siapa yang takde karpet ni?

banjir dan banjir kepala otak

ya, bumi timur tanah melayu kini sedang banjir. kuantan tenggelam, sungai golok masih di paras bahaya. sessi sekolah ada yang mungkin akan ditangguhkan.
 
bila banjir, paling menarik adalah pertempuran politik. bantuan sana sini. memang eloklah membantu yang memerlukan, dan dalam persoalan niat, cukuplah sekadar kita mengadili setakat yang kita nampak. pening nanti jadinya kalau kita sebuk nak 'judge' apa yang kita tak nampak.
 
untuk skala yang lebih luas, kepala otak kita ini sebenarnya sudah lama banjir dengan pertempuran politik. saman menyaman. kafir meng-kafir. amanat meng-amanat. dengan segala macam transformasi dan propaganda. cis, kalau dituangkan ke tanah, barangkali siap dengan air sisa dan limbahannya.
 
kasihan kita pada mangsa banjir.
 
kasihankanlah juga dengan akal dan fikiran kita yang banjir dengan taik taik, propaganda, tipu helah dan sampah sarap politik kasta bawahan.

sandy cook elementary school dan iklan aes hotfm

okay. aku masih bersedih pasal mamat gila tembak budak budak sampai mati. gila sedih. bayangkan hari tu hantar anak pegi taska, tengah keje ada orang call bagitau anak dah mati kena tembak. memang cilaka.
 
tragedi sandy cook adalah tragedi paling sedih yang amerikah pernah hadapi. semoga yang mati masuk syurga. tapi, dalam dunia kapitalisma dan paranoid mendalam dan sangat terbuka macam amerikah, pasti ada lagi tragedi sedang menunggu. pada ketika obama dan lawan dan kawannya sibuk bercakap pasal apa nak buat, nak lulus rang undang undang bagai, tragedi yang lebih menyayat hati sedang 'in process'.
 
okay, cukup untuk amerikah.
 
hari hari aku dengar radio, time pergi dengan balik kerja. aku dengar hot fm.
 
dengar radio ok, cuma aku rasa nak termuntah dengar iklan survey pasal rasuah, pasal subsidi (suara lelaki tu mcm suara rostam) dan latest, pasal iklan aes langgar lampu merah.
 
iklan tu dengarnya memang amat kejam, dialog si ayah dan ibu (ibu kudung kaki) yang trauma dengan kematian anak lelakinya (amir) disebabkan kemalangan bila ada orang langgar lampu isyarat. memang sedih iklan ni.
 
cuma aku takde masalah kalau iklan ni justify kesalahan langgar lampu merah.
 
aku nak dia justify naik hiway boleh henjut 110 kenapa sekat sampai 80km 24 jam?
 
dan, langkah flip flop kerajaan semalam pasal aes ni, terus buat iklan ni tak relevan dan kedengarannya sangat bodoh dan expired.
 
salam.

umno dan pemulihan semangat

aku tak tau macamana reaksi dan 'bekal' pakej pemulihan semangat yang dibawa balik oleh perwakilan perhimpunan agung umno (PAU) minggu lepas. mungkin dah ada counter-strike dari segi point point dan hujah hujah mantap untuk kasi KO kaw kaw buat PAS, PKR dan parti rasis DAP.
 
kalau ditengokkan dari segi pekik dan lolongan pimpinannya, memang A++.
 
bukan sahaja point untuk menunddukan dakyah pembangkang, dibekalkan juga point untuk memulihkan semangat dan setiakawan serta tunduk dan taat setia pada parti pilihan Allah ini. kalau tangisan dan dayu bait bait lagu warisan nordin kardi pun masih tak mampu mengebalkan umno dari sabotaj dan kebencian ahli ahlinya sendiri, sukar untuk mengukur dan mencari apa lagi yang mampu.
 
dan, walaupun aku sedikit geli dengan nyanyian bait bait lagu warisan, yang tiba tiba bertukar menjadi mood sedih dan mengharukan di dewan perwakilan, aku terkesan juga dengan lagu itu.
 
bukan apa, lagu itu sebenarnya lebih sesuai untuk dijadikan cermin muhasabah diri umno, dari dijadikan senjata untuk mengingatkan melayu yang lain.
 
apapun, cepatlah cepatlah pru13 bertandang, biar kita sama sama tahu langit yang kat atas itu tinggi ke rendah.

aku dan gempar

ianya bermula dengan khabar biasa ke kampung. bertanyakan keadaan emak, yong, abang dan adik adik. sudahnya aku yang gempar, sebab ada berita kurang jelas. berita yang ditengah-tengah, hujung pangkalnya tak tahu.

abah masuk hospital. rebah hari isnin. hari rabu rebah lagi.

ya, kali ini berita pasal abah. terus aku meletakkan diri di kasutnya. fikirannya. cita citanya. perjalanan hidupnya. akhir akhir ini. aku bungkam. aku tak mampu nak membayangkan apa yang lebih jauh dari yang aku bayangkan kini.

baru tadi aku dapat menelefon abah. bercakap sendiri. suara tuanya kedengaran segar. segar hanya sekejap. selebihnya, perit kesakitan yang ditanggung sangat jelas. segar dia mendengar suara aku barangkali. aku memohon maaf dan ampun untuk segala salah silap. hak memaafkan hanya ada pada dia. hak yang aku tak punya. 

untuk aku cerita kenapa, tersangatlah peribadi.

aku yakin dengan keputusan aku ini. aku tak boleh tangguh. aku mesti balik malaysia.

paling cepat esok malam.

chua soi lek sebagai agen doktrin 'pecah dan perintah'

sehari dua ini, presiden mca terpaksa memancarkan dirinya sebagai agen doktrin 'pecah dan perintah'. ini doktrin politikal purba. sejak zaman penjajah, inilah doktrin politik yang paling subur, teguh dan efektif untuk mengawal minda penduduk multi-etnik macam tanah melayu ini.
 
kita dipisah-pisahkan dengan prejudis agama, bangsa, taraf ekonomi dan status sosial dengan maksud menanam sekali 'ketakutan-ketakutan' untuk menerima nilai sejagat dan kerjasama utuh yang merentas nilai-nilai agama, bangsa, ekonomi dan sosial.  
 
kita dipecah-pecah supaya merasakan sekiranya kita mempunyai fikiran berdaulat dan bebas, kita itu selalunya lemah. kecuali kita bergantung kepada 'tuan' dan agen-agen blok-blok pecahan ini, dengan dogma dan candu tiruan bahawasanya mereka sahajalah yang mampu menangani konflik yang 'tercetus'.
 
tujuannya, supaya kita terus 'percaya' mereka sahajalah juara isu superiorti bangsa, mereka sahajalah yang mahir ekonomi, mereka sahajalah yang alim dalam beragama, dan mereka sahajalah yang ada 'penawar' dalam isu nanah dan lendir masharakat.
 
namun realiti gelapnya, merekalah yang memunggah keuntungan nampak dan keuntungan tak nampak apabila krisis 'prejudice - sensitivity' ini berlarutan. dan, dalam banyak peristiwa, mereka jugalah yang memulakan krisis dan mengakhirinya, dengan harapan di akhir krisis, 'ketakutan' itu kekal dan makin melebar.
 
semakin lebar dan dalam 'ketakutan' itu tertanam, semakin teguh mereka. semakin untung mereka.
 
kita tengoklah nanti, akan ada banyak pihak akan terperangkap, terkeliru, melampaui batas dan ke hulu ke hilir dan mendengus dan menyalak macam babi gila.
 
dan inilah peluang kita.
 
peluang untuk tengok orang-orang bodoh berlumba-lumba masuk suratkhabar cari populariti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...