dupavisitometer

Keputusan JawatanKuasa Disiplin PAS

JawatanKuasa Disiplin PAS akhirnya telah membuat keputusan berkenaan tindakan Khalid Samad dan Hassan Ali. Baki 6 bulan tahun 2009 yang lalu, inilah dia dua orang PAS yang membikin suhu politik dalaman PAS sentiasa hangat dan mendebarkan.
Kemudian, isu Ariffahmi ada juga mengambil tempat sekali sekala dan itu satu cerita yang lain.
Khalid digantung 6 bulan dan Hassan kena amaran keras. (Penjelasan Khalid Samad Di sini). Secara rasminya, hanya Abdullah Karim sahaja yang mempertikaikan keputusan itu secara terbuka. Yang lain, dirangkaian blog-blog ternama pembangkang, tanpa ditahan-tahan lagi telah menyindir dan mempertikaikan keputusan itu, seperti "perkara-perkara halal dalam PAS" (al-Bakistani), "jangan sampai orang berkata begini..."(Bila sauh DiBongkar), dan "Tahniah Umno!"(Penarik Beca).
Barangkali, inilah proses kematangan (dan boleh jadi kebodohan juga) PAS dalam menuju puncak pemerintahan Malaysia.
PAS selama ini berahsia dengan struktur dan perjalanan parti boleh meneruskan tatacara kerahsiaan itu. Dan untuk beberapa perkara, kerahsiaan itu penting.
Cuma, jangan terkeliru diantara keperluan maklumat yang benar dengan rahsia yang perlu disimpan rapi apabila tiba berinteraksi dengan rakyat terbanyak.
Kecemerlangan PAS dalam PRU 12 yang lalu adalah kerana maklumatnya benar. Walau di sisi lain (Kerajaan BN dan media-media perdananya) PAS (terutamanya Harakah) dilabelkan sebagai persepsi, namun ramai masyarakat diluar sana akur dan bersetuju dan sukar menafikan suara hati kecil mereka bahawa terdapat kebenaran dalam laporan-laporan harakah, ceramah-ceramah dan Kuliah-kuliah PAS.
Yang harus Wala', Thiqah dan akur dengan kepimpinan Parti hanya ahli-ahli. Yang menentukan kejayaan PAS dalam sistem demokrasi ini hanya Allah SWT dan pengundi majoriti. pengundi majoriti tidak semestinya wala' dan thiqah dengan semua tindak-tanduk dan angguk-geleng kepimpinan PAS. Mereka hanya boleh dipengaruhi dengan maklumat-maklumat dan informasi-informasi yang benar.
Dan, kebenaran itu selalunya punya harga yang mahal.

Tangguh

dengan ini sessi pembacaan risalah ditangguhkan.

Berhenti

Sudah tiba masanya, untuk aku berhenti mengharap.
Selebihnya, biarlah dalam ketentuan-Nya.

Ujian


Akan datang kepada-mu satu ujian. Yang mana tidaklah engkau tenggelam di dalamnya melainkan engkau sendiri memilih untuk tenggelam. Dan akan juga kepada-mu satu ujian kejiwaan, yang mana akan datang ke dalam jiwa-mu yang lembut gemalai itu satu kerusuhan dan gelora yang maha hebat.
Sedarlah, ujian itu didatangkan sesuai dengan keupayaan-mu untuk lalu dan menghadapinya dengan bijak. Mak ketikanya engkau merasakan engkau akan tertewas, maka tingkatkanlah ketabahan hati-mu, kerana hanyalah dengan hati yang teguh dan kukuh engkau dapat menenangkan fikiran dan tindakan.
Janganlah engkau hiraukan bingit-bingit orang-orang yang duduk melihatkan engkau, kerana mereka sebenarnya tidak pernah berbuat apa-apa untuk mengurangkan ujian yang didatangkan kepada-mu. Insafkanlah diri-mu, bahawasanya mereka tidak layak untuk ujian sebegitu, sebagaimana yang telah ditentukan untukmu, dengan kerana itulah mereka dijadikan hanya sekadar duduk-duduk dan riuh rendah yang mereka sendiri tidak mengerti untuk apa berbuatkan riuh-rendah itu.
Sesungguhnya, janganlah engkau cuba untuk mengharapkan orang lain untuk melalui ujian itu dengan sepenuh jaya, kerana dia tidakkan sanggup dan tidak pula mengerti untuk apa dan perlunya ia melalui ujian itu. Ujian itu didatangkan kepada-mu semata-mata hanyalah sebagai pengajaran dan pedoman untuk diri-mu sendiri.
jika ujian yang engkau lalui itu adalah disebabkan orang lain, maka sedarlah dengan sesungguh sedar, dia didatangkan kepada-mu dengan satu sebab dan bertanggungjawablah dengan sepenuh tanggungjawab untuk faham dan mengerti apakah sebab yang dimaksudkan. dengan hanya mengenal sebab, engkau akhirnya akan faham dan mengerti, dengan hati yang penuh tulus ikhlas.
kerana, tuhan-mu bertindak dalam rahsia, dan rahsia itu tidakkan terungkai dengan agak-agak, penolakan, pemberontakan dan putus asa kerana disitulah terletaknya rahsia dalam rahsia.

Bayangan Hipokrasi

Hipokrasi adalah penipuan. Penipuan yang bermatlamat. Hipokrasi, dalam bahasa mudahnya adalah cakap tak serupa bikin dan bikinan yang tidak serupa dengan percakapan.
Kita boleh menyaksikan pelbagai bentuk hipokrasi, bergantung dengan matlamat akhir si hipokrit.
Ada yang kita sangka adalah sebaik-baik insan, yang boleh kita kesan samada dari latarbelakang keluarga, keilmuan, keperibadiannya atau apa sahaja yang hendak kita tafsirkan rupa-rupanya adalah seorang yang hipokrit apabila kita melihat dia ditekan, dipengaruhi atau terbuai dengan matlamat yang telah dipilihnya sendiri, yang mana amat malang, matlamat itu sama sekali berlainan dengan sifat-sifat yang baik-baiknya tadi.
Maknanya, ia jadi hipokrit dengan sifat-sifat baiknya demi matlamatnya yang negatif. dan begitulah juga sebaliknya, ada yang hipokrit dengan sifat-sifat jahatnya demi matlamatnya yang baik. Namun, ini jarang-jarang sekali kita jumpa dewasa ini, kerana sifat masyarakat itu sendiri yang kagum, dan terpana dengan kebaikan-kebaikan yang digembar-gemburkan. Dan sudah lumrah di Malaysia ini, jarang perkara yang baik-baik terlepas dari lensa dan berita perdana, baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.
dalam masyarakat yang dipanduarah oleh para-para politikus, adalah sesuatu yang mustahil untuk kita menafikan dan membutakan mata dan fikiran kita kepada amalan hipokrasi yang dilakukan oleh mereka.
Biarlah, walaupun politikus itu sah benar seorang hipokrit, sekurang-kurangnya ia membuat kebaikan. Begitukah caranya kita berfikir? Jika ya, why i'm not surprise...

World Bank Says Asia Faces Asset Bubbles, Overheating Risks

Jan. 21 (Bloomberg) -- Developing Asian economies face the risk of asset bubbles or overheating as the region’s growthoutpaces the rest of the world this year, the World Bank said. Developing East Asia, which excludes Japan, Hong Kong,Taiwan, South Korea and Singapore, will expand 8.1 percent thisyear, faster than a November estimate of 7.8 percent, the Washington-based lender said its Global Economic Prospectsreport today. South Asia will grow 7 percent in 2010, it said.
Asia is leading a recovery from the deepest global recession since World War II after policy makers cut interestrates and governments announced more than $950 billion of stimulus measures. Some Asian central banks are already raisingborrowing costs or taking steps to remove the excess cash in their banking system to fend off inflationary pressures.
In East Asia, “downside risks facing the region have diminished owing to improvements in the global financialenvironment and positive growth developments,” the World Bank said. Capital inflows may spur the “risk of yet another roundof asset bubbles, this time in emerging markets, the bursting of which could carry adverse effects over the short and mediumterm.” Economies including South Korea and Hong Kong are facing rising asset prices, consumer credit and corporate loans,spurred by record-low interest rates and government stimulus. China last week unexpectedly raised the proportion of deposits that banks must set aside as reserves as a credit boomthreatens to stoke inflation and create asset bubbles. Vietnam raised its benchmark interest rate by one percentage point to 8percent in the last quarter.
China Effect
China’s economic expansion will underpin an export-led revival for the rest of the East Asian region, according to thereport. East Asian exports are forecast to grow 6.6 percent this year and 8.8 percent in 2011, the lender said. “The recovery in business investment is expected to be gradual because excess capacity will first have to be workedout,” the World Bank said. “Recognizing that prospects for export-led recovery are less favorable than in the past, policyis likely to shift further toward fostering growth in household demand, helping, in turn, to offset the profile of weakergovernment spending.”
China’s economy is forecast to expand 9 percent this year and next, according to the World Bank. Malaysia and Thailandwill return to growth this year, while the economies of Indonesia and Vietnam are expected to accelerate, it said. EastAsian economies expanded 6.8 percent last year, the World Bank estimated.
Inflationary Pressure
In South Asia, policy makers will be “particularly responsive” to signs of building inflationary pressures becauseof a strong aversion to food-price increases, the World Banksaid. “Expected progressive tightening of monetary conditions over the forecast horizon will contribute to an easing ofinflationary pressures by 2011 across the region,” it said.“External demand for goods and services is anticipated to recover, while improving consumer and business confidence,combined with the lagged effects of expansionary monetary and fiscal policy measures and a positive turn in the inventorycycle, should contribute to strengthening domestic demand.”
India’s economy will probably grow 7.6 percent this calendar year and 8 percent in 2011, according to the report. The World Bank said capital inflows to South Asian economies could also lead to an appreciation of their currenciesand hinder exports. “Failure to mop up excess liquidity in banking systems or to bring down the region’s large fiscal deficits could lead tohigher inflationary pressures,” according to the report.
Another risk faced by South Asia is reduced remittances as growth in the Middle East “could surprise on the downside,”hurting migrant workers in the Gulf, the World Bank said.

Kisah Saya Pejuang Islam - Ed Husain

Kisah Saya Pejuang Islam - Ed Husain -Kino Books
Kisah Saya Pejuang Islam - Ust. Wan Ji (Al-Bakistani Review)
Very moving semi-biography by someone who enter an Islamic fundamentalist movement, observed, and finally detach for better option in life.

Quality Arrest By SPRM

on today's paper, an executive Councillor of shah alam adun, Yaakop Sapari and 34 others was drag down to SPRM cuffs. Good job SPRM. We should not tolerate on bribery and power misconduct regardless how small and how insignificant they are.
this sudden and shock attempt by SPRM should left the PR adun's and MP checked.
But, there still one million dollar question we need to shoot to SPRM.
Dear SPRM, which is better, quality or quantity arrest?
If we assume 34 wrongdoer's get 1 million bribe at one time, it is only resulted 34 million misuse of people money in total.
Imagine how much money and time SPRM could save if, let say they caught red-handed 1 people with 354 million ringgit bribery. Let's the quality arrest be the SPRM ultimate goal. not the quantity, and definitely not the political muscle that heating up SPRM ass. Sorry, it sound rude, but most people think they do.
Anyway, until it is proven, congrats again on the latest arrest.

Kawan-Kawan Dan Facebook

Dalam filem 'Funny People', dalam adegan 'f**k facebook!', George Simmons (GS) dalam 'opening act' Myspace berkata:-
I got so many friends online. How much? almost a thousand. So, what do you do on friday night? nothing. Just chilling with my online friends. Alone. With my notebook.
Ada beza rakan benar dan rakan maya. jika rakan benar itu juga adalah rakan maya, ia juga benar-benar beza.

"An Oppressive Government is More to be Feared than a Tiger" - Confucius

Setelah tayangan filem terbaru James Cameroon meledak di pawagam-pawagam China, dan mengutip 44.6 juta UK Pound dalam masa 2 minggu tayangannya, kerajaan China telah mengharamkan tayangan 2D Avatar pada 23 Jan 2010 nanti.
Ini bagi melindung hasil kutipan filem 'Confucius' lakonan 'God of Gambler', Chow Yuen Fatt.
Pihak berkuasa perfileman China memberikan alasan bahawa Avatar telah pun mengutip keuntungan yang mencukupi sepanjang tempoh tayangan yang mana jika dibiarkan lagi akan menyusutkan hasil tayangan filem-filem tempatan, terutamanya filem 'Confucius'. antara lain, unsur-unsur keganasan dalam filem Avatar ini mungkin mempengaruhi minda penonton.
Tetapi, China terlupa yang membawa 'Avatar' adalah sistem kapitalis sejati. ia tidak mengenal 'Keuntungan yang mencukupi'. dan tindakan ini mengundang kecaman pelbagai pihak, terutamanya barat.
Namun, Kerajaan China punya hak. Keupayaan Avatar mengutip 44.6 juta UK pound pasti membimbangkan tatkala kesihatan ekonomi China yang mana 'bubble' ekonominya menghampiri 'burst'. China telah menaikkan kadar faedah dan mengetatkan syarat kredit rabu lepas, sebagai usahanya untuk mengembalikan wang isi rumah kepada poket kerajaan.
Rakyat China tidak asing dengan kawalan dan pengharaman sebegini. Kebanyakan negara asia juga tidak asing. Kalau di Malaysia, kita ada Proton.
dan, bagi barat yang tidak pernah mengerti, ini satu lagi hantu komunis yang datang menjengah tiap-tiap malam. ini satu halangan hak asasi manusia untuk berhibur. Selalunya begitulah.
Siapa betul, siapa salah, kita sendiri-sendirilah menentukan.

Geli

Atas masalah-masalah teknikal kontrak pembelian bazar tok guru, Kelantan rugi RM 50 juta. ada yang kata ia belum materialiased. ada yang kata bukan rugi. ada yang persoal entah macamana maklumat sensitif boleh terbarai.
Betul juga, ini minit mesyuarat exco, bukan minit mesyuarat anjur ceramah.
Kelantan memang lain. 18 tahun duduk diam-diam di luar lensa arus perdana. Tiba-tiba, ia mendapat super radar. Pelik.
UMNO nampaknya riuh-riuh sikit-sikit. Paling-paling riuh pun UMNO kelantan sahaja nampaknya. report seleweng sana, report seleweng sini. Geli.
Kuman kat jemaah orang nampak, dekat jemaah sendiri buat-buat lupa.

Kickdefella vs. Ariffahmi, Amalina, TGNA (Husam?)

Bagi sesiapa yang mengikuti secara jauh pergolakan politik dalaman PAS Kelantan atau lebih tepatnya rungutan-rungutan Kickdefella terhadap TGNA, anak dan menantunya, pasti kita serba sedikit akan terganggu dengan entry-entry Kickdefella.
Makin lama kita membaca tuisan-tulisan kickdefella, makin kita merasakan ianya satu 'desperado attempt' kickdefella yang entah bermotifkan apa. Dan lama-kelamaan kita akan merasakan ia berat kepada keghairahan membuka aib. Ini sesuatu yang ganjil jika ia melibatkan PAS, dan bukan sesuatu yang baru jika ia berlaku dalam UMNO.
Benar, kronisme itu salah dari segi praktis dan persepsi. Namun, membuka aib dan percubaan-percubaan membuka aib juga salah. Pasti ada cara yang betul. Salurannya pasti ada.
Semua tulisannya berkisarkan PMBK. Sepertinya lubuk emas itu ada di PMBK.

Accept Sugar Price Hike Positively - Ismail Sabri

(Klik tajuk untuk berita penuh)
Satu lagi cover-up bangang dari seorang yang bertaraf menteri. kenyataannya, macam kita diberitahu yang burung memang boleh terbang, dan api memang panas.
Sesungguhnya, memanglah menyihatkan kalau kita mengurangkan ambilan gula harian. kalau masalah peningkatan kos hidup, kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi oleh kerajaan boleh diselesaikan dengan mengurangkan pengambilan kadar gula harian, maka tidak perlulah kita kepada keperluan seorang menteri.
Menteri dan kementeriannya, perlulah memikirkan cara yang terbaik untuk menjaga kepentingan rakyat terbanyak apabila berhadapan dengan krisis kenaikan harga barang keperluan. Janganlah sewenang-wenangnya menurunkan ketidakupayaan kerajaan menangani krisis ini kepada rakyat. jika ini berlaku, tiada bezalah sebuah kerajaan dengan syarikat rokok. Asal naik cukai tembakau, ditanggungkan kepada pembeli.
Kerajaan bukan kapitalis, kerajaan adalah berkhidmat. dan, memang benar harga gula dunia memang sudah melambung tinggi . Dan, adalah mustahil untuk kita mengawalnya selagi pasarannya terdedah kepada spekulatif dan manipulatif spekulator.
Bila berlakunya krisis kenaikan harga, samada petrol, gula dan baja, pandai kerajaan bikin 'vibe', kecoh sana, kecoh sini bagi rakyat faham.
Tetapi, dengan pengumuman-pengumuman projek-projek sensitif dan berpotensi untuk dipecahamanahkan, pandai pulak kerajaan main sembunyi-sembunyi. Contohnya, apa perbandingan harga kenderaan import, kos sebenar pembinaan rumah dan set-up broadband negara bertuah ini dengan negara luar?
Adakah kompleks yang serupa fungsinya dengan PKFZ dalam rantau ini bersamaan dengan kos PKFZ? Kenapa bisu?
Bila krisis, pandai kecoh-kecoh. Bila bab nak merompak, pandai tong-tong sama sendiri? Begitu?

Mamak!, Teh Tarik Manis Gila Satu!

4 orang sahabat sampai ke kedai mamak, untuk lepak-lepak dan minum-minum. ini adalah outing 4 sahabat ini yang pertama selepas kenaikan harga gula dan di tahun baru 2010. Kebetulan, semuanya bercadang untuk teh tarik dan itu adalah teh tarik mereka yang pertama untuk 2010.
India-muslim dari India pun dipanggil.
Sahabat 1: Mamak, berapa harga teh tarik sekarang? Dah naik ke belum?
Mamak : Sekarang susah bos, goverment sudah kasi gula naik. teh tarik RM 1.50
Sahabat 1: Eloklah tu. Kerajaan India kau tu pun apa kurang, sama bengong. Korang order la dulu.
Sahabat 2: Teh tarik kurang manis satu.
Sahabat 3 & 4: Sama la, teh tarik kurang manis satu. (serentak)
Sahabat 1: Mamak, aku nak order teh tarik manis gila satu. Aku nak minta kurang 30 sen. 3 orang dah order kurang manis, berapa banyak dah ko safe kat situ.
Mamak: ???

Di Pondok Kecil

'Di Pondok Kecil' dan 'Sunnah Berjuang', adalah koleksi nasyid NadaMurni tatkala ia masih bergerak secara indie. Ya, sebelum bergerak secara mainstream, Raihan, Rabbani dan Hijjaz adalah satu kumpulan nasyid, dimana albumnya adalah koleksi hikmat sebahagian taliban-taliban sekolah-sekolah agama satu malaysia.
Terutamanya, bagi tuan punya blog, nasyid 'di pondok kecil'. Dari segi apapun, samada dari segi cara ia dilagukan, lirik, alunan suara, waima bak kata Ogy 'air lagunya' pun, nasyid ini berat dengan kesedihan yang pilu lagi memilukan.
Secara umumnya, lagu ini berkisarkan akan perasaan, perbualan dan kisah seorang abang yang cuba menenangkan si adik yang bersedih dengan kepergian ayahnya yang menyahut panggilan jihad.
Si ayah hanya meninggalkan pesan 'Jaga adikmu baik-baik, ayahkan pergi jauh. Diam-diamlah sayang, doakanlah ayah semoga diterima'. Si abang menenangkan si adik, dimana si abang memahami sungguh-sungguh akan keperluan dan nikmat berjuang menuju syahid, yang dituju si ayah.
Keluarga ini bukan keluarga kaya, mereka miskin. apabila si ayah pergi, tinggallah anak-anaknya di pondok kecil mereka, dipantai ombak, berbuih putih, dengan hati dan perasaan yang beralun-alun.
'Di Pondok kecil' - orginal version-
'Di Pondok Kecil' - Ae-Man feat Bazli UNIC (re-edit version)

Masalah Yang Telah Selesai

Ini dipetik dari rumusan berita-berita akhbar:- - apa yang hilang? enjin jet. - berapa nilai? 50 juta. - Siapa yang buat? Orang dalam dan vendor - Siapa yang jumpa? audit - Barang hilangkah? Ya, katanya hilang. - ada kat mana? ada kat amerika selatan, dengarnya argentina. - Yang lain ada hilang? ada la, scrap aviation sana, scrap aviation sini. - ada tindakan? Orang dalam internal, orang luar masuk mahkamah. - Ada pembetulan? enjin scrap, nilai 300ribu sahaja. - Bia kes kejadian? 2007 Masalah nampak macam dah selesai pada hari pertama ia disiarkan kat suratkhabar, kenapa kita kecoh-kecoh? - major shareholder suratkhabar kita yang punya. - Kita boleh control berita apa. - Kita kena sembunyi hal gula naik. - Malu sikit tidaklah mengapa, janji orang tak bising-bising gula naik. - lagipun ini hal-hal ketenteraan, banyak yang classified. - classified file mana nak buka. - Kita negara aman, bajet ketenteraan pun rahsia. - Lagi kemas rahsia, lagi banyak habuan. Herald Tribune pun sama. kan harga petrol nak naik ni. itu pun tak reti ke?

You Know I'm No Good - Amy Winehouse

Cuba dengar lagu diatas. ikut telinga tuan punya blog, sedap. Tajuknya pun sedap. Tambah sedap kalau hubungkaitkan dengan tingkahlaku UMNO. Kasihan, UMNO nampaknya bersungguh-sungguh untuk mencuci tangan. Siapalah yang pegi tuduh UMNO ini perkauman.
Dah banyak kali UMNO dituduh begitu. tiap-tiap tahun UMNO kena tuduh. Simpati, manakan tidak tuan punya blog tak simpati. UMNO kita kena kenang jasanya dalam mengekalkan kestabilan, kemajuan, dan keamanan Malaysia. Untuk orang Melayu lagi banyak. Lagi penting. Yang terbesar sekali, ialah UMNO berjuang untuk kemerdekaan. Bukan senang untuk menang dalam rundingan dengan penajajah. Tunku peguam. Tun Razak peguam. Dave Marshall peguam. Don Corleone kata, peguam lebih banyak merompak jika dibandingkan dengan semua muscle-muscle mafia family combined. UMNO dan mafia tiada kaitan. UMNO siasah politik, godfather adalah filem. Jangan salah faham.
UMNO selalu kena tuduh. Walaupun UMNO jalan pijak semut tak mati, UMNO sentiasa paranoia dan skizo dengan sentimen sekeliling. UMNO tegang sebab UMNO rasa macam dia cakap kat semua orang 'you know i'm no good'.
Siapa orang-orang itu? PAS ke? orang-orang PAS selalu duduk di masjid. Dengar kuliah ataupun berusrah. Paling kurang merancang nak buat ceramah. Peti derma masuk kat mana, nak sembahyang kat mana, nak check arah kiblat, nak susun orang jual-beli, sound system, semua orang PAS nak fikir. Kat kelantan, orang PAS lagi sibuk. Kat Selangor orang PAS sibuk dengan UMNO.
Dalam banyak 'press release' pembesar-pembesarnya, emosional dan keras. PM kata jangan tuduh UMNO. Menteri kata ISA mungkin akan digunakan. Hari ini ada gambar dalam paper orang Islam patrol gereja. Ini baru harmoni. Kita kena akui. Isu yang membelit sekarang panas. drop it like it hot. SPRM lagi banyak kerja. Mana nak siasat dulu? Kek ke PKFZ. Enjin Jet. KOAM. Kakitangan SPRM perlu tingkatkan motivasi. Semua kes berat. Berapa gaji pegawai SPRM? Tuan punya blog fikir kita kena bayar gaji mereka lebih sikit.
Jangan lupa untuk dengar drug-addict artist, amy winehouse: you know i'm no good.

Siapa Yang Langkah Kanan?

Kita perlu sedar akan suhu politik Malaysia sekarang. Politik adalah komponen kepada kuasa, dan kuasa adalah pintu gerbang kepada duit dan penyalahgunaan duit, dan apabila tiba pada hukum hakam duit,manusia selalunya mudah terpedaya, tergoda dan lupa. Lupa pada halal haram, Lupa yang dibagi makan anak bini itu hasilnya daripada mana? dan paling berbahaya, tamak. Bukan cakap orang lain, aku pun sama. cuma aku tiada akses. Mereka ada. Siapa? Orang-orang politik. Jadi, 2008 menyaksikan komponen kuasa ini sudah longgar, dan terlucut dari gengaman yang selama ini kemas mencengkam. Selagi berkuasa, i'm the law, katanya. apabila komponen kuasa telah beransur-ansur terlepas, maka secara langsung, duit pun terlepas juga. Yang tinggal sekarang, hanyalah yang 'high maintainance'. Terengganu, Sabah dan Sarawak. Agaknya mereka punya fikiran begini:- Untuk kekal berkuasa, kita perlu sokongan. Kalau kita yakin dengan pembacaan tahap mentaliti rakyat terbanyak,yang setia dengan media-media kita, yang lapar dengan dakyah-dakyah halus kita, maka seharusnya dengan mencuit dan bimbangkan mereka dengan isu-isu maha sensitif, maka kita pasti kembali menguasai majoriti. Kita sudahpun mempunyai pengundi-pengundi saluran satu, dan orang-orang yang yakin pada ketuanan kita. Ada sesiapa yang kita terlupa? Ya, Parti hijau. Mereka kebelakangan ini, pada isu-isu tertentu tidak mengikut tari gendang kita. Lagu kita lagu ekstrem. Kenapa mereka tidak juga campur jadi ekstrem? Adakah kerana sudah terlalu lama kita potretkan mereka ekstrem sehingga kita tiada strategi balas jika mereka mempotretkan diri mereka sebagai sebuah parti yang moderat? Setiap langkah mereka dimulakan dengan Bismillah dan mula dengan langkah kanan. Kita? Dancing-dancing pun kita mula dengan langkah kiri?

Buat Apa bagi Pada Orang Yang Tak Tahu Guna

Lagi 2 minit sebelum azan Juma'at berkumandang, dua sahabat berbual-bual pasal kejadian pagi ju'maat, sebuah gereja di desa melawati dibakar. "ada dengar berita tadi? gereja kena bakar".- Tanya "ada, baca Fox News. Beritanya sikit, tuduhannya yang banyak".-Jawab "Isna(Islamic Society of Northern America) pun dah buat official statement suruh kerajaan Malaysia akur dengan keputusan mahkamah" -Jawab lagi. "Orang dah panas, tapi nampak macam provoke je". - Tanya "Jadi, abang apa komen pulak? Nak bagi ke tak bagi? Orang Islam banyak diam je nampaknya. Takut, ini dah masuk akidah. Orang Azhar ngan Jordan la kena terang." - Jawab "Apapun kata PAS, apapun UMNO nak buat aku tak kisah. Tapi aku tetap TAK SETUJU". - Tanya "Kenapa?" - Jawab "Kalau bagi pun, diorang tak tau nak guna".- Tanya Nota:- 1. KENYATAAN ISNA DALAM ISU KALIMAH "ALLAH" 2. Malaysia Church Set Ablaze Over Use of 'Allah'- FOX NEWS

Cerita Pemuda Dan Sahabatnya Seorang Pencuri

telah datang seorang pemuda menasihati seorang sahabatnya yang terkenal dengan kelakuannya yang suka mencuri, tetapi selalu terlepas dek kerana kekurangan bukti untuk pendakwaan, dan sahabat pencurinya itu memang licik orangnya. Berkatalah pemuda, "kariah sini sudah meningkat pemantauan untuk tangkap pencuri. Ana nasehatkan ente kena teruskan mencuri, tetapi dengan lebih berhati-hati lagi". "Kenapa?", tanya si pencuri. "dengan mereka meningkatkan pemantauan, dan kerana itu ente berhenti mencuri, ente seakan-akan mengakui bahawasanya selama ini memang ya-lah ente yang mencuri", jawab si pemuda. "Itu sebab ana pesan ente supaya lebih berhati-hati". Atau ente boleh mengaku sekarang depan Tok penghulu dan terima hukuman yang setimpal. Pengajaran dari kisah ini; Tiada yang pelik dengan kenyataan akhbar Timb. Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor berhubung isu Kalimah ALLAH yang bersimpang jauh dengan kenyataan akhbar PAS pusat.

Isu Yang Maha Sensitif Dan Sensitiviti Umat Melayu

Orang-orang Melayu hanya ada dua isu yang maha sensitif. Kedaulatan Islam dan Hak-hak keistimewaan Orang Melayu. Mana yang menjuarai yang mana, sendiri fikir, sendiri buat keputusan. tetapi, itu bukan isunya.
Isunya ialah, adakah ini perangkap yang cuba menduga sensitiviti umat melayu dengan isu yang maha sensitif? Pasti, ini peluang untuk menjadi juara, namun barang diingat, harganya pasti mahal juga.
Dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia ini, perundingan seharusnya menjadi tunjang, dan bukannya mahkamah. Dan bukan semuanya isu boleh disamarata dan disatumalaysiakan.
Kalau isunya hanya setakat Hari ini pakai dhoti, esok pakai suit, lusa pakai baju Melayu kemudian sama-sama naik bendera, memang boleh dan memang senang diselesaikan.
Kalau isunya hanya setakat Hari ini buat EGM, esok buang timbalan presiden, lusa lantik timbalan presiden baru, tulat timbalan presiden yang kena pecat pegi ROS, minggu depan ROS install balik jawatan timbalan yang kena pecat, minggu lagi satu timbalan presiden baru tak mahu undur, dan bulan depan semua ugut letak jawatan, isu macam ini memang boleh dan memang senang untuk diselesaikan.
perlu diingat, kelulusan hanya pada percubaan kedua. sedangkan pada percubaan pertama dulu, kenapa yang ramai-ramai, riuh-rendah berdengung-dengung itu memilih untuk tidur?
Dah terhantuk baru nak mengadah?

Umno: Akhir Sebuah Impian

Umno: Akhir Sebuah Impian (U:ASI) adalah buah tangan akhir Mohamed Rahmat (MR) (1939-2010) yang merakamkan serba sedikit lanskap politik tanahair era 5 Perdana Menteri yang terdahulu.
Buku ini ditulis dalam keadaan santai dengan gaya bersembang yang penuh dengan penilaian peribadi terhadap tokoh-tokoh yang pernah menggegarkan iklim politik tanahair, dan yang paling tertonjol sekitar era Mahathir Mohamed.
M.Rahmat mendedahkan bahawasanya, UMNO, parti yang dijunjungnya berdekad lamanya sentiasa mempunyai api perebutan kuasa yang menyala-nyala walaupun ia sentiasa nampak tenang, kukuh dan bersatu padu di mata masyarakat Melayu.
Bakat politiknya dikesan oleh Sardon Jubir, yang kemudiannya mendapat perhatian Tun Razak dan Tun Dr. Ismail. Selebihnya ia berkhidmat dibawah Tun Hussein Onn, dan kemudiannya di bawah Tun M.
M.Rahmat juga menceritakan bagaimana Sulaiman Palestin menjadi 'Pawn' Mahathir dalam perancangannya ke puncak kuasa.
Namun begitu, M.Rahmat memilih untuk setia, dan baginya, kesetiaan adalah nilai penting dalam menjunjung semangat perjuangan dan kesepaduan parti. M.Rahmat juga semacam mengakui bahawa dia memang berbakat dalam menyebarkan propaganda UMNO dan juga kerajaan, dan sesuai benarlah kapasitinya sebagai Menteri Penerangan.
Semakin kita menghampiri helaian akhir U:ASI, kita akan dapat mengesan kekecewaan M.Rahmat akan nasib Umno pasca PRU 12 yang lalu. Mungkin, apa yang berlaku kepada UMNO hari ini adalah sebahagian dari kerosakan-kerosakan dalaman yang tertinggal atau mungkin juga menyala-nyala dalam konflik kepimpinannya dalam era 1969, 1988, 1998, dan 2004.
Mohamed Rahmat, Al-fatihah.

Mengubah Persepsi Dan Perhatian

Salam.
Untuk menutup kelemahan dan kejadian hampir hilang kuasa dek tak cukup undi untuk kelulusan bajet 2010, nampaknya usaha untuk mengubah persepsi ataupun mengalih perhatian rakyat terbanyak giat dijalankan.
untuk mendapatkan perhatian masyarakat terbanyak dan golongan opportunis, khususnya pembangkang, dibukakan cerita enjin jet hilang.
kemudian, siarkan berita yang berkaitan poket rakyat, contohnya mekanisme harga minyak mula Jun 2010.
Kemudian, cerita lagi pasal gula yang dinaikkan harga.
Lama-lama orang tidak bercakap lagi pasal wakil rakyat tuang dalam meluluskan bajet 2010 dan bagi yang malas, tidakkan tahu apa implikasinya jika bajet 2010 tidak diluluskan di dewan rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...