dupavisitometer

Keputusan JawatanKuasa Disiplin PAS

JawatanKuasa Disiplin PAS akhirnya telah membuat keputusan berkenaan tindakan Khalid Samad dan Hassan Ali. Baki 6 bulan tahun 2009 yang lalu, inilah dia dua orang PAS yang membikin suhu politik dalaman PAS sentiasa hangat dan mendebarkan.
Kemudian, isu Ariffahmi ada juga mengambil tempat sekali sekala dan itu satu cerita yang lain.
Khalid digantung 6 bulan dan Hassan kena amaran keras. (Penjelasan Khalid Samad Di sini). Secara rasminya, hanya Abdullah Karim sahaja yang mempertikaikan keputusan itu secara terbuka. Yang lain, dirangkaian blog-blog ternama pembangkang, tanpa ditahan-tahan lagi telah menyindir dan mempertikaikan keputusan itu, seperti "perkara-perkara halal dalam PAS" (al-Bakistani), "jangan sampai orang berkata begini..."(Bila sauh DiBongkar), dan "Tahniah Umno!"(Penarik Beca).
Barangkali, inilah proses kematangan (dan boleh jadi kebodohan juga) PAS dalam menuju puncak pemerintahan Malaysia.
PAS selama ini berahsia dengan struktur dan perjalanan parti boleh meneruskan tatacara kerahsiaan itu. Dan untuk beberapa perkara, kerahsiaan itu penting.
Cuma, jangan terkeliru diantara keperluan maklumat yang benar dengan rahsia yang perlu disimpan rapi apabila tiba berinteraksi dengan rakyat terbanyak.
Kecemerlangan PAS dalam PRU 12 yang lalu adalah kerana maklumatnya benar. Walau di sisi lain (Kerajaan BN dan media-media perdananya) PAS (terutamanya Harakah) dilabelkan sebagai persepsi, namun ramai masyarakat diluar sana akur dan bersetuju dan sukar menafikan suara hati kecil mereka bahawa terdapat kebenaran dalam laporan-laporan harakah, ceramah-ceramah dan Kuliah-kuliah PAS.
Yang harus Wala', Thiqah dan akur dengan kepimpinan Parti hanya ahli-ahli. Yang menentukan kejayaan PAS dalam sistem demokrasi ini hanya Allah SWT dan pengundi majoriti. pengundi majoriti tidak semestinya wala' dan thiqah dengan semua tindak-tanduk dan angguk-geleng kepimpinan PAS. Mereka hanya boleh dipengaruhi dengan maklumat-maklumat dan informasi-informasi yang benar.
Dan, kebenaran itu selalunya punya harga yang mahal.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...