dupavisitometer

trick pilihanraya umno: kaedah hanya calon konfem menang yang menjerat diri

2 ke 3 hari lepas, kedengaran idea bengong dari pemuda umno yang disuarakan oleh kj, bahawa pemuda umno hanya akan meletakkan akan mengemukakan calon yang konfem menang sahaja untuk bertanding dalam pru13 yang akan datang. 

objektif cadangan ini dikemukan mengundang banyak pertanyaan dari jawapan dan 'kurang' mendapat sambutan dan komen dari pelbagai peringkat pimpinan umno sendiri, dan sekiranya ter'highlight' dalam media arus perdana, bolehlah kita kira sebagai satu penghormatan atau satu 'laluan' untuk kuota ketua pemuda dalam arus perdana.

kenapa kurang sambutan? sebab idea yang diketengahkan amatlah asing kepada amalan dan praktis politik dalaman umno. ini idea gila. kalau tidak gila, ideanya sedikit gila. sebab, kaedah 'calon konfem menang' ini adalah secara harfiahnya adalah berdasarkan merit. terfikirkah kita bahawa umno ini sebuah parti yang hidup dengan kaedah ampoo dan rasuah dan politik wang. tiada ruang untuk merit. 

cara politik mereka adalah wang,projek dan kronisme. kalau hendakkan merit, sudah lama umno itu berubah dan bersatu padu. malang, umnolah satu-satunya parti yang tak kunjung padam dengan kontroversi dan perpecahan, sedangkan kepada merekalah orang melayu meletakkan harapan untuk pimpinan yang telus dan kompetant.

satu kombinasi yang sedikit 'off'.

hari ini, lanjutan dari idea 'gila' ini, Kj memberikan reaksi bahawa sekiranya PM kata dia bukanlah calon konfem menang, dia terima dengan hati terbuka, sekarang, ketua pemuda pun sudah tidak konfiden dengan nasib politiknya sendiri.

apa yang boleh kita harapkan lagi dengan umno? mungkin sebagai rakan ketawa kita...har har har har har....

kdnk sebelum hari raya...tak cukup power dari berita jawatankuasa pemilihan pilihanraya

lebih kurang sama tarikh, BNM mengumumkan kadar kdnk dan prestasi kewangan negara untuk suku kedua 2011, iaitu untuk tempoh Apr-June 2011. semuanya kureng memberangsangkan, sebab pasaran=pasaran utama (iaitu pengimport-pengimport utama negara) mengalami kemurungan ekonomi yang disebabkan oleh hutang.

kita masih ingat, pada ketika itu, the pigs(portugal,iceland,greece dan spain sedang bergelut mencari dana tambahan. pada ketika itu juga, china mengalami kenaikan inflasi dan memperkenalkan langkah-langkah yang kewangan yang ketat untuk mengekang kenaikan inflasi tersebut.

pada masa sama, kerajaan malaysia juga tidak pernah jemu-jemu memperkenalkan komestik-realistik polisi=polisi dan arahtuju ekonomi dengan berselindungkan dengan tema transformasi. dalam komen terbaru, bank negara masih menjangkakan ekonomi malaysia secara asasnya masih disokong oleh perusahaan asas, dan masih mengharapkan segala projek mak nenek transformasi oleh kerajaan itu mendatangkan hasil.

disebabkan BNM tidak memberikan cukup kredit kepada projek-projek transformasi oleh kerajaan ini, sensasi berita telah beralih kepada tindakan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa pemantauan pilihanraya, sebagai langkah kerajaan menenangkan kehangatan isu tuntutan 'bersih' serta isu pendaftaran pati dan juga isu 'mismah' yang bisa mengukuhkan persepsi bahawa proses demokrasi yang ada kini kotor dan dimanipulasikan oleh perkakas-perkakas dan kuda-kuda tunggangan kerajaan.

kasihan, isu ekonomi yang sebegitu penting ditenggelamkan oleh berita-berita hanyir politik. dasar hipokrit dan hipokrasi tingkat nasional.

garisan halus training day - satu kutukan umum


pernah tengok citer training day lakonan denzel dan ethan? secara ringkas cerita tu pasal polis rookie (ethan) ikut otai (denzel), tetapi teramatlah terkejut sebab si otai ni sebenarnya lebih jahek dan kejam serta ruthless daripada penyangak-penyangak jalanan.

akhirnya si otai ni mati kena pelangkung dengan russian mob. padan muka.

kenapa cerita pasal training day the muvie ni? sebab bila aku baca tt, tengok ada entry yang memang bebal giler pasal penguatkuasa yang melanggar garisan halus antara tanggungjawab dan ambik kesempatan. yang paling teruk, perkara keji ini dirakam!!

asyik cerita pasal maruah melayu....aduh...minddle finger kepada orang-orang hipokrit yang kununnya nak jaga melayu, nak pertahan maruah melayu padahal merekalah yang menindas, yang membolot hak melayu-melayu yang lain. dasar keji...

video pau rm50 dari orang singapura

hipokrasi orang-orang yang bangang. (perkasa dan YB yang melompat)

Menurut kajian dan survey merdeka review (entah siapalah merdeka review ni, tapi kadang-kadang PAS guna pakai, kadang-kadang BN gunapakai - harap mereka tidak kong-kang macam athory husin) antara PM dan Anwar, PM punya imej yang lebih baik sebab berita yang masuk dalam media perdana pasal anwar semuanya huduh-huduh dan pertuduhan-pertuduhan rekayasa tersebut. 

kemudiannya, banyak konco-konco "murtad" dari perjuangan PKR-anwar yang menyerang dia balik, jadi pawn kepada BN dan diberikan ruang dalam media perdana. lebih buruk menurut merdeka review, tidak semua orang dan semua tempat mempunyai akses kepada media alternatif. media alternatif ni sebenarnya internetlah, bukan flyers yang ditampal di 7-11 walaupun flyers itu jugak salah satu daripada media alternatif/undergrounder.

benar, sejak kes panggil PM+isteri ke mahkamah, video seks made in thailand dan terbaru kes serbuan gereja DU, yang banyak kita tengok bersilat bukanlah UMNO-BN sendiri, tetapi pawn-pawn yang hanya lebih menjaja kekejian jika dibandingkan dengan perjuangan sejati. (apa itu perjuangan sejati? aku pun tak tau, aku main tulis ja). UMNO-BN mahu cuci tangan atau menaguk air yang keruh.

Mereka menyuruh barua katak yang melompat dan perkasa doing the hachet untuk mereka. yang paling teruk, perkasa dan para-para katak ini rela pula diri mereka dijadikan kuda tunggangan untuk umno-bn.
yang paling menyedihkan adalah zulkifli noordin. keduanya ezam. dan ketiganya zahrin. lama-lama kita memerhatikan perkara ini, kita akan berkata kepada mereka, biarlah labu terjun dengan labi-labinya.

dasar murahan.

chong wei kalah kepada lin dan, dan lin dan juara kali ke 4

kejuaraan ini dalah milik lin dan. ini kali ke 4? kegagalan chong wei bermakna kita masih menunggu lebih dari 34 tahun untuk menamatkan kemarau kejuaraan dunia. 

game semalam sesiapa pun boleh menang, cuma fate berpihak dan lady luck tersenyum ke gelanggan lin dan. memang ala-ala federer-nadallah dikatakan orang. 

permainan ini mengambil masa 86 minit.

sebelum permainan, PM ada membuiat seruan agar semua rakyat Malaysia menyokong penuh perjuangan chong wei. masa harimau malaya lawan singapore dulu pun PM membuat seruan yang sama.
hasilnya, dua-dua suwei dan kalah dan tidak bernasib baik. Apakah ini boleh dijadikan petanda khurafat? Wallahua'lam-bis-sawab.

middle finger: banyak lagi yang kerajaan boleh jimat selain kurangkan suhu aircond

siapalah yang memberikan idea bongok keapda bernard dompok bahawa penjimatan dan alam sekitar dapat diselamatkan dengan mengurangkan suhu aircond pejabat kerajaan. 

ianya langkah bongok sebab penjimatan yang lambat dan kurang memberikan impak.

secara persepsinya, cara cepat pantas dan puas hati untuk kerajaan berjimat ialah dengan:-

1, berhenti tanggung bil-bil utlities pak-pak menteri. setahun 10 juta apa cerita ni?
2. berhenti tanggung bil-bil perbelanjaan isteri-isteri pak menteri bershopping.
3. berhenti tanggung ,bil-bil intan permata isteri-isteri pak-pak menteri. pau rm 250 duit rakyat sama keji dengan beli emas permata 24 juta. ingat tu.
4. berhenti tanggung duit petrol pak menteri yang bukan atas kerja rasmi. kalau rakyat boleh keluar duit gaji sendiri bayar petrol, kenapa pak menteri atas urusan parti pun tanggung?
5. potong gaji pak menteri dan elaun-elaun yang tak perlu, keraian umpamanya. nak rai tanggung sendiri la brader. rakyat buat kenduri tak pernah pau duit kompeni pun!
6. berhenti bagi kontrak-kontrak dan projek-projek yang confirmed cost overrun dan tiris. sebagai sebuah kerajaan, mesti ada sistem audit yang relaible untuk pantau dan react semua benda ni.
7. standardkan kereta pak menteri hanya keluaran tempatan. kereta personal pun pakai kereta tempatan. sebagai eksekutif sebuah kerajaan, kena pakai lah barangan buatan malaysia, tak kira atas urusan rasmi ke tidak, 
8. kalau majlis menteri cukup dengan sistem PA yang mantap. tak perlu pentas, susun bunga dan perarakan, karpet, aircond kehmas 1st class, semua tu membazir. 
9. jangan ajar pegawai-pegawai kerajaan berlagak. bila nak berlagak kena berbelanja tinggi. 
10. yang lain fikirkanlah sendiri, tapi definitely not reducing the aircond temp. sound sooo middle finger up!

kenapa kerajaan boleh accept idea hanyir macam ni?

kata tok guru nik aziz, ramadhan bulan untuk membersihkan jiwa.

perihal hassan ali vs. saf kepimpinan pas dan jais serta serbuan di gereja, tuan guru nik aziz kata, ramadhan bulan untuk membersihkan jiwa.

harapannya,, mereka, terutamanya hassan ali fahamlah maksud tok guru tu. 

dipetik dari harakah online:


Jais: Jangan bergeser sesama sendiri
Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 7 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan anggota parti supaya tidak ‘bergeser’ sesama sendiri kerana ianya akan memberi ruang pada pihak lawan.
Menurutnya, segala masaalah seharusnya diselesaikan dengan baik dan jangan sekali-kali memberi ruang pada pihak lawan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku kerana ianya akan memberi keuntungan pada mereka.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist di Damansara utama, baru-baru ini selepas menyampaikan sumbangan cek kepada tiga bekas pemain bola sepak Kelantan termasuk Inderaputera Mahayuddin.
“Saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini dan saya serahkan ianya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan kerajaan Selangor sendiri,” ujarnya.
Namun tambahnya, apa yang penting bulan Ramadan yang mulia ini seharusnya memperbanyakkan amalan mulia serta membersihkan jiwa.

RAMADHAN KAREEM 2011


Ramadhan kareem. ahlan wa sahlan ya ramadhan al-mubarak.

dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka, syaitan dirantai dan dijanjikan satu malam yang lebih baik dari 1000 malam. itulah kelebihan ramadhan.

ramadhan kareem.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...