dupavisitometer

PIMPINAN DAN TELADAN

Kalau mencari tempat mandi, Pertama teluk, kedua pantai, Kalau mencari pemimpin negeri, Pertama elok, kedua pandai. Itu pantun lama. Pesan orang dulu-dulu, buat pedoman Melayu kini dalam perihal kepimpinan. Kamu! Sang Pemimpin… Pandang kiri, pandang kanan. Tengok siapa lagi yang tinggal. Tengok baik-baik siapa lagi ada dalam barisan. Perhatikan barisan. Masih lurus lagikah? Masih telus lagikah? Pandang kiri. Siapa sebelah kamu? Siapa yang lebih baik? Kamu? Dia? Pandang kanan. Siapa sebelah kamu? Siapa yang lebih baik? Kamu? Dia? Ambil cermin. Nilai diri kamu baik-baik. Luar dan dalam. Zahir dan batin. Masih sucikah? Atau sudah terpalit dosa? Jikalau ada, insafkah kamu?
Kepimpinan ini amatlah berat. Diletakkan pada gunung, nescaya hancur berderai-derai.
Amanah ini juga amatlah berat. Diletakkan pada langit, nescaya runtuhlah langit seruntuh-runtuhnya. Jinakkan nafsu kamu. Biar kamu menjadi tuan kepadanya, daripada kamu menjadi hamba dan terhumban ke lembah dina.
Pandang kiri sekali lagi. Pandang kanan sekali lagi. Tutup mulut kamu. Jangan tambah keriuhan yang sia-sia ini. Dahan yang kamu paut, kini tidak sekuat mana. Sedar atau tidak, pohon yang kamu tumpang teduh sudah gugur dedaunannya, kerana kamu juga yang lupa menyuburkannya dengan kejujuran dan ketelusan. Kamu lupa pada akarnya.
Pandang atas dengan mata terbuka. Biar sampai merah dipanah mentari. Bertahanlah sampai malam. Dalam kedinginannya, perhatikan sinaran bulan. Bukankah indah dan mempersonakan.
Tidakkah kamu layak untuk keindahan itu?

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,

nampaknye aku ni adalah pengunjung sesat ke laman blog kamu. sesat dari blog si org jelebu ke blog org kuale. tanah kuale yg sangat indah.

sedara, bukan takut dgn cina atau dgn india. sbb aku sedar bangsa melayu semakin sakit walaupun ada yg kata tidak. aku tak merasakan perpaduan bangsa melayu di pihak lain satu solution yg bijak. aku tidak pro UMNO, PKR atau PAS. aku concern kan melayu. walaupun ada yg mengatakan UMNO tak menjaga org melayu, tapi aku tetap yakin bahawa UMNO tetap ADA menjaga hak kita. ya, memang ada kebocoran sana sini di dalam tongkang. ini sudah pasti. sebab manusia ni ada pelbagai warna. manusia tidak sempurna. dan aku YAKIN, parti penentang juga ada memiliki hati-hati yang begini. sebab mereka bukan malaikat atau rasul. mereka juga tak dapat melenyapkan keaadaan ini. apa yg mereka boleh buat, bendung dan cuba kurangkan.

ok, jika anda rasa anda boleh mengubah keadaan, kenapa tidak masuk kedalam tongkang yg bocor ni dan cuba perbetulkan tongkang ini? kerana mereka boleh bercakap shj. nak masuk kedalam tongkang pecah takut tak pandai berenang dan terus hanyut. sila buat perubahan. jgan pecah belahkan melayu. kalau aku ada kuasa, sudah pasti aku akn bg tau Anwar dan Nik Aziz, marilah kita bersatu demi bangsa melayu. tapi sudah tentu mereka ada agenda yg tersendiri dan terus mengatakan kerajaan tetap corrupt. jika mereka tak masuk ke tempat yg salah utk betulkan kesalahan, berjuang la mereka lagi berpuluh tahun lagi. sbb yg memerintah akn ttp memerintah.

Anonymous said...

sedara, bukan takut dgn cina atau dgn india. sbb aku sedar bangsa melayu semakin sakit walaupun ada yg kata tidak. aku tak merasakan perpaduan bangsa melayu di pihak lain satu solution yg bijak---->maaf, solution yg tidak bijak

Unknown said...

Saudara Anonymous;

Terima kasih atas kunjungan dan pandangan. Sekarang, izinkan saya ulas dan marilah kita berlapang dada mengenainya.

Melayu itu tidak pernah sakit. Yang sakit hanya pimpinan. Pimpinan yang korup, yang lalai, yang alpa dengan tanggungjawab, jika berlebih-lebih, inilah jadinya. Banyak pepatah melayu ada menyebutkan perihal ini untuk dijadikan pedoman.

Tetapi, entah mengapa, mereka memilih untuk tersungkur seperti ini. Ke'sungkur'an ini bukan kejutan, sebab sungguhlah bagai yang dikata,tongkang ini sudah sedianya compang disana camping disini.

Jika Melayu itu berbondong-bondong keluar menyokong PAS dan bukannya UMNO, maknanya mereka bukan berpecah, tetapi mereka memilih untuk bersatu dibawah satu panji yang mereka yakini akan membela mereka.

Seperti yang sering aku katakan, yang hilang dari UMNO kini bukan KEYAKINAN, tetapi KEPERCAYAAN orang Melayu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...