dupavisitometer

Bota Dan Perak Yang Berantakkan.

Bagi yang tak tahu, wilayah Bota ini ada dua, Bota kanan dan Bota kiri. Jadi, disebabkan wilayahnya pun dua, maka janganlah kita terkejut sangat kalau-kalau YB-nya beralih angin, sebab kalau dia tak selesa di kanan, dia boleh duduk di kiri. Tak jadi masalah.
Baru-baru ini, ADUN Bota buat kejutan (Pada UMNO itu kejutan, pada PR pastilah tak berapa nak terkejut) dengan 'beralih' dan menyertai PR. Setelah segala macam andaian dan persepsi yang melanda, jelas, yang berpindah tetap berpindah. Yang kena tinggal haram nak muhasabah diri. Yang disertai mengaut kemenangan moral.
Nyatanya, memang pimpinan UMNO negeri Perak sekarang berantakkan. Pengerusi pada mulanya mahu letak jawatan, sekarang sudah kena dibincang balik. Yang pasti, siapalah yang sanggup jadi kambing hitam.
UMNO Perak rata-ratanya masih lagi terluka berbajukan pembangkang yang berduri, kemudiannya bersusah-payah menyabung duit dan strategi untuk pemilihan parti. Sepanjang proses itu, tidaklah dinafikan adanya kehilangpercayaan, ketidakpercayaan, kedengkian, golongan opportunis dan golongan adu-domba yang saling melepaskan pucuk agenda dan matlamat masing-masing. Dan, sepanjang proses itu juga pastilah ada yang tersadung dan melepas. Dan, percayalah, yang tersadung dan melepas itu pasti mengulit api dendam yang tak kunjung padam.
Mereka bercakap-cakap seperti mereka tiada masalah, tapi perbuatan dan tindak-tanduk mereka macam mereka ada masalah. Siapa yang mereka hendak tipu?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...