Jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang beriman dan berpetunjuk.
Orang yang berpedoman.Jalan ke syurga.
Islam dan Melayu itu semacam ada ikatan simbiosis. Macam isi dengan kuku. Buang kuku sakit isi. Buang isi, kuku tak tumbuh. Jadi, apabila mengaku seseorang itu dia seorang Melayu, maka secara terus, pedoman hidupnya Islam, budaya hidupnya Melayu. Islam itu datang dahulu. Islam mempengaruhi budaya. Islam subur dalam budaya Arab, Cina, Eurosian, American, India-Muslim waima kalau Islam di hutan Amazon sekalipun, ia tetap subur di dalam gelung budaya masyarakat hutan Amazon itu sendiri.
Dalam konteks Malaysia, kuasa pemerintahan dan majoriti undi dalam sistem demokrasi dipegang oleh orang-orang Melayu. Oleh itu, samada kita sedar atau tidak, sistem demokrasi kita ini berpedoman dan berpaksikan Islam. Bukan disebabkan demokrasi ala Malaysia itu sudah mengucapkan dua kalimah syahadah, tetapi kerana 'suara' majoriti sistem demokrasi Malaysia itu yang mengucap dua kalimah syahadah.
Jadi, seharusnya, sistem demokrasi Malaysia ini berpedoman dan berwajahkan Islam,sekurang-kurangnya dalan bentuk perbuatan dan nilai-nilai Islam itu sendiri.
Kemudiannya, ada sistem Raja berpelembagaan. Sistem Ke-rakyatan dan Ke-rajaan itu sudah masuk dalam sistem budaya. Merangkumi cara hidup dan cara berfikir orang-orang Melayu.
Dengan andaian di atas, seharusnya kita marah dan kecewa kepada kumpulan-kumpulan yang melanggar pedoman dan prinsip-prinsip nilai Islam dulu, dan kemudiannya barulah kita alihkan kepada kumpulan yang menolak prinsip nilai dan budaya Melayu. Itu yang seharusnya. Walaupun kedua-duanya salah.
Selepas itu, kita tanyakan hati kecil kita, dari titik ini, kalaulah jadi ada antara kumpulan-kumpulan itu yang bakal menentukan arah tuju kita di masa hadapan, agak-agaknya kemana kita akan dibawa?
Adakah menuju ke jalan yang lurus, jalan yang diberi petunjuk dan jalan ke Syurga?
2 comments:
walaupun banyak jalan
tapi selalunya jalan
yang benar ada satu....
begitu juga dengan budaya
dan warisan....jalannya ada
satu sahaja...
kadang2 kita lupa jalan yang satu
itu, mereka telah merosakkanya
dengan membuat pelbagai jalan
seolah olah jalan mereka yg benar
sehingga org tidak tahu
jalan mana yang betul2 jalan yang
satu.........
Jalan yang benar itu pasti satu.
jalan budaya ada banyak, ada jalan minang, jalan jawa, jalan banjar, jalan jawa makan tempe jadi hensem pun ada.
Post a Comment