dupavisitometer

Perak 09: Man Jailu / Jamal Posmen / Nasa Bota / Hee Jelapang

Checkmate. Man Jailu, jadi boneka dan pemangkin BN merampas kuasa. Kalau tak salah, mungkin inilah golongan Kuffah. Jamal posmen, jadi batu ladung menaut umpan BN. Ini juga kalau tak salah, termasuk sekali dalam golongan Kuffah. Jiwanya nyata berpenyakit. Nasa Bota, memang darah cap keris sejati. Tergadai maruah dan harga diri. Ini macam golongan munafik, tapi entahlah. Kalau zaman Umar Al-Khattab, pancung! Hee Jelapang, pemusnah unggul, entah apa yang mendorong dia berpaling tadah. Dia kafir Zimmi. Dia patutnya duduk diam-diam dalam jemaah DAP. Inilah askar-askar catur BN yang telah dikesampingkan. Sekarang tinggal Knights, Castle, Bishop, Queen dan King mematikan langkah PR Perak. Checkmate. Ramai macam terperanjat dengan tindakan BN. Mengapa terkejut? Pelik, baru kenal BN ke? Ini standard prosedurlah. Pemilihan parti ke, pilihanraya umum ke, inilah strateginya. Kalau dulu lawannya sesama sendiri, sekarang lawannya satu. PR. Kalau lupa, ingat kembali peristiwa Sabah 1992, berlaku ketika Anwar masih TPM, Najib Naib Presiden. Anwar Jedi- Master, Najib Padawan. Anwar Obi-Wan Kenobi, Najib Luke Skywalker. Sekarang Anwar kepala perang PR. Najib kepala Perang BN. Sekarang, dua-dua dah jadi Yoda. Cakap terbalik. Yang kita patut ‘surprise’ sambil tak faham adalah tindakan kumulatif susulan PR sepanjang drama coup de’ tat ini. Antaranya:- 1. Kenapa Nasa Bota lompat dulu, tak buat Pilihanraya kecil. Adakah sebab ianya satu gain’ kepada PR maka ianya tidak perlu? Kan dah makan tuan. 2. Kenapa Speaker cepat sangat umum letak jawatan Man Jailu dan Jamal Posmen? Macam bagi blue-print strategi pada UMNO dan macam tunjuk jalan untuk kuffah dua orang ini jadi ADUN bebas. 3. Hee jelapang tu kenapa DAP tak pantau? Tak kaji apa yang dia tak puas hati? Adakah DAP seronok sangat tengok drama melayu sampai lupa opera cina dah nak khatam? 4. Yang lain-lain rasanya hanya tindakan panik dan menggelabah PR. Memang susah nak faham. Banyak yang kita terlepas pandang. Banyak juga yang kita terlepas fikir. Yang terbunuh siapa? Jawab ramai-ramai, Demokrasi!

1 comment:

besi said...

pekan punya strategi lagi bagus
dari permatang pauh punya strategi.. kena ingat timbalan pekan, bagan datoh..penuh maklumat
ttg permatang pauh.....
camne nak menang.........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...