dupavisitometer

Perak: Antara Prinsip Dan Keadilan

Perak sekarang menjadi tumpuan. Permainannya, jauh dari penamat. Masih berterusan. Masih duga-menduga, masih berteka-teki, dan masih syak dan berprasangka. PR sangsi dengan ADUN sendiri. BN goyang dengan ADUN sendiri.
Minggu lepas, BN yang main tarik tali, sekarang, PR pulak yang main tarik tali.
Bota, Behrang dan Changkat Jering tidak semena-mena jadi popular. Lintang dan Ipoh Barat juga tidak ketinggalan. Tidak mahu lagi jadi 'groupies'. Apa lagi nak dikata, seorang politikus itu adalah juga seorang opportunis. Berdecit sikit nak masuk paper, tersengih sikit nak masuk TV.
Disebalik segala kejadian rentetan, berita media massa dan khabar oleh angkatan 'blogger' (BN atau Non-BN) yang bisa saja merusuh jiwa, ada baiknya kita bertenang barang sedetik dua dan berfikir akan perkara-perkara yang berkaitan prinsip parti yang berpolitik di Negeri Perak dan keadilan untuk rakyat Negeri Perak, seperti perkara-perkara yang berikut:-
- Apa salahnya yang melompat itu tinggalkan kerusi supaya kerusi ADUN boleh dikosongkan dan memberi laluan kepada Pilihanraya Kecil. Ini lebih 'Jantan' dan bermaruah layaknya.
- Apa salahnya diadakan pilihanraya kecil barang nak tahu letak duduk perkara. Kalau PR dan BN yakin dengan prestasi semasa masing-masing, pilihanraya Kecil pastinya medan ujian yang terbaik.
- Samada yang melompat ke BN itu sudah di'beli' atau yang melompat ke PR itu sudah jadi 'suci', bukanlah perkara yang mustahak sangat kalau hendak dibandingkan dengan prinsip demokrasi yang kita pilih ini. Demokrasi maknanya suara rakyat terbanyak, bukan suara siapa yang pihak pemerintah dan pembangkang hendak.
- Pasti, apa yang berlaku di Perak kini menguntungkan pembangkang (BN), meresahkan kerajaan pemerintah (PR) dan menyisihkan rakyat Negeri Perak.
Dan lazimnya; Mana yang jantan duduk di gelanggang. Mana yang betina bercakaran sendiri.

2 comments:

besi said...

perang seni politik sudah tamat
Tuanku sudah buat keputusan...
tunggu PRU 13 nanti

Unknown said...

Welcome Yop.

Yang elok jadi pengajaran.
Yang tak elok itu UMNO.

Hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...